
Pelakon senior, Fauziah Nawi ada berkongsi berita gembira apabila menerima sumbangan daripada pelakon, Datuk Adi Putra.
Lalu, bintang veteran yang sinonim disapa Ibu Fauziah Nawi itu ada menzahirkan rasa syukur di akaun Instagram miliknya.
“Terima kasih Dato Haji Adi Putra @adpadiputra Sumbangan peribadi beliau yg disampaikan sendiri. Alhamdulillah.,” tulisnya.
Lantas, perkongsian bintang drama bersiri Curi-Curi Cinta itu telah menjadi perhatian rakan selebriti selain para peminat.
Bukan itu sahaja, rata-rata rakan selebriti turut memuji sikap baik dan prihatin Adi Putra yang dilihat peka mengenai soal kebajikan pelakon senior.
Foto: Instagram Fauziah Nawi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Memang Agak Janggal Tapi…,” – ‘Berakhirlah Pencarianku’ Digantikan Penyanyi Lain, Ernie Zakri Akur Keputusan Pihak Pengurusan

Penyanyi, Ernie Zakri menerima dengan hati yang terbuka apabila lagu Berakhirlah Pencarianku nyanyiannya bersama Hafiz Suip bakal dinyanyikan oleh penyanyi baharu Wani Kayrie dan Ahmad Syafiq bagi saingan separuh akhir Muzik-Muzik ke-37.
Menurut Ernie, sebagai penyanyi, dia akur dengan segala keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.
“Saya hanya layak memberikan kenyataan sebagai seorang penyanyi sahaja. Tanggungjawab saya hanyalah untuk menyanyi bagi projek lagu Berakhirlah Pencarianku.
“Ia merupakan projek usahasama di antara dua syarikat rakaman iaitu Rocketfuel dan Nova Music beserta komposer lagu tersebut. Seratus peratus keputusan bukan di tangan saya.
“Mereka yang berhak untuk menentukan hala tuju lagu ini. Ini sahaja yang boleh saya katakan ketika ini. Setidaknya, sekarang, saya boleh berikan fokus yang lebih buat lagu Korban,” katanya kepada MH.
Isteri kepada penyanyi, Syamel itu berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis sidang media separuh akhir Muzik-Muzik ke-37 yang berlangsung di Petaling Jaya Performing Arts Centre, Damansara pada Jumaat.
Bagaimanapun, Ernie memaklumkan dia tetap melihat perkara ini daripada sudut positif dan percaya ia juga merupakan peluang yang terbaik buat Wani untuk menyinar.
“Saya dapat tahu mengenai keputusan ini pada minggu lepas. Sudah tentu saya berasa agak janggal apabila lagu yang kita nyanyikan dan lalui proses rakaman tetapi penyanyi lain pula yang akan menyanyikannya di atas pentas.
“Namun, saya tak melihat situasi ini daripada sudut negatif. Bagi saya, ia juga merupakan pendedahan yang baik buat Wani Kayrie. Saya rasa dia juga gembira untuk menggalas tanggungjawab ini.
“Kalau saya berada di tempat Wani pun, saya tidak akan melepaskan peluang seperti ini. Mungkin tiada rezeki buat saya menyanyi lagu ini,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Ernie turut memberitahu, dia bersedia untuk memberikan apa sahaja bentuk bantuan buat Wani bagi menjayakan lagu Berakhirlah Pencarianku ini.
“Saya baru dapat berjumpa dengan Wani hari ini sebab masing-masing baru ada masa. InsyaAllah jika selepas ini Wani memerlukan apa-apa bantuan, dia boleh sahaja hubungi saya,” akhirinya.
Meski tidak akan menyanyikan lagu Berakhirlah Pencarianku, Ernie akan tetap bersaing di Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 bagi lagu Korban yang juga merupakan lagu ciptaan sepenuhnya dirinya sendiri.
Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 bakal berlangsung pada 25 dan 26 November ini di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam
Konsert yang berlangsung selama dua hari ini juga bakal bersiaran secara langsung di TV3 dan boleh di strim di www.tonton.com.my bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Derma Sebelah Buah Pinggang Kepada Bapa, Tahap Kesihatan Nam Yoon-Su Semakin Baik

Pelakon terkenal Korea Selatan, Nam Yoon-Su beru-baru ini telah berkongsi tahap kesihatannya yang terkini selepas menjalani operasi pemindahan buah pinggang.
Dia yang menderma sebelah buah pinggang kepada bapanya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat dan sama-sama mendoakan keselamatan mereka berdua.
“Saya menyedari perkara ini adalah perkara yang perlu saya lakukan. Tidak mengapa, dengan keputusan kecil ini, saya merasa gembira dapat memberikan hari-hari yang lebih baik kepada ayah saya.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tulus kepada peminat yang mendengar tentang saya melalui berita dan menghiburkan saya, serta kakitangan hospital yang melayan kami dengan baik selama beberapa hari.

“Menyasarkan untuk menjadi seseorang yang sedia menghulurkan bantuan dalam situasi ketakutan dan keraguan yang akan datang.
“Saya dengan sepenuh hati akan memberi sokongan kepada para pesakit yang sedang menunggu untuk melakukan transplant,” tulis bintang yang terkenal dengan siri Extra Curricular itu
NamYoon Su dan bapanya menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang di Universiti Katolik Korea Eunpyeong St Mary’s Hospital pada 19 Jun yang lalu.
Sedikit latar tentang bintang berusia 27 tahun ini, dia memulakan kerjayanya sebagai model pada 2014 dan membintangi beberapa video muzik.
Dia mula berlakon dalam drama pada 2018 menerusi karya seperti The King’s Affection, Beyond Evil dan I’m Not a Robot. Akan datang dia akan membintangi drama bersiri yang bertajuk Love in The Big City.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Penting Tarikh Nikah Saya,” – Vida, Iqbal Bakal Naik Pelamin Disember Ini?

Sesi siaran langsung di Instagram (IG Live) oleh pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida pada malam tadi mengundang perhatian wargamaya apabila dia berkongsi tarikh perkahwinannya bersama bekas pembantu perihadi, Ahmad Iqbal Zulkefli.
Meski tidak mengumumkan tarikh secara spesifik, namun usahawan yang pernah muncul menerusi single I Am Me itu mencetuskan tanda tanya ramai mengenai kesahihan tarikh perkahwinan tersebut.
Malah Iqbal sendiri ada memberikan respon ketika sesi siaran langsung itu dengan meninggalkan komen ringkas iaitu ‘bulan 12’.
Bagaimanapun, tiada ulasan panjang diberikan Vida mengenai hal berkaitan, cuma dia sempat merakamkan ucapan terima kasih atas doa yang baik-baik daripada semua.
“Banyak yang hubungi ucap tahniah in advance, terima kasih sangat dan Tuhan mendengarlah kita punya doa iaitu kita nak kaya dunia dan akhirat.
“Alhamdulillah… saya dapati di dunia ini doa itu penting. Ikhlas daripada hati semua yang kongsi ‘saya ada kembar dan saya nak Datuk dapat anak kembar’ walau saya rasa agak mustahil.
“Akan tetapi kalau Allah kata ‘kun’ insyaAllah akan menjadi,” katanya.
Sementara itu rakan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri turut bersama-sama Vida pada sesi sama dan sempat memberikan nasihat serta pandangannya mengenai bekas pekerja ibu kepada empat cahaya mata itu.
Ogos lalu, keakrabannya dengan Iqbal kembali diperkatakan dan sehingga timbul desas-desus mengatakan mereka bakal berkahwin.
Lalu, Iqbal yang kini turut aktif berbisnes ada memberikan penjelasan terperinci mengenai hubungannya dengan Vida.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton hampir 100,000 kali di Instagram.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI