Pelakon Adi Putra, telah berkongsi satu gambar di akaun instagram miliknya menunjukkan mesej yang dihantar kepadanya daripada Shahida yang merupakan isteri kedua Adi.

Mesej di dalam gambar itu Shahida mengucapkan terima kasih kepada Adi kerana menunjukkan perangainya yang sebenar. Shahida juga berkata bahawa dia selalu mendoakan supaya Adi berubah namun baginya Adi tidak akan pernah berubah.

Adi Putra Kongsi Pesanan SMS Isteri Keduanya Di Instagram

Ads

Shahida juga turut berkata, dia tidak pernah terhutang budi pada Adi malah dia menyatakan bahawa sebaliknya Adi yang terhutang budi padanya.

“I was in love with you.. now is only hatred.” Inilah kata-kata terakhir untuk Adi di dalam mesej tersebut.

Manakala di kapsyen Adi pula, Adi berkata:

Ads

“Ramai tertanya ttg hutang apa, mayb can list down the hutang @marmobilespa #alhaq”

Walau bagaimanapun, gambar yang dikongsi oleh Adi itu telahpun dipadam olehnya.

Ads

Apa sekali pun masalah yang sedang Adi dan Shahida hadapi, kami di MH Online sentiasa mendoakan segala permasalahan dapat diselesaikan dengan baik. Semoga semuanya baik-baik sahaja.Adi Putra Kongsi Pesanan SMS Isteri Keduanya Di Instagram

Sumber: Instagram Adi Putra

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI