
Pelakon dan penyanyi, Adibah Noor ada memuat naik sekeping foto sedang menjalani rawatan susulan gangguan saraf muka, Bell’s Palsy yang dialami pada bahagian kiri wajah.
Kongsi penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini, dia kini sedang dalam proses pemulihan daripada penyakit berkenaan.
Perkongsian tersebut dibuat Adibah menerusi satu entri di Instagram buat tatapan umum.
“Repair otak jap. hehe #bellspalsy #roadtorecovery,” tulisnya ringkas pada fotonya yang sedang menjalani pemulihan.
Atas makluman tersebut, rata-rata peminat menitipkan doa agar pelakon drama bersiri Kampung People 2 ini sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.
Malah ada di antara komen tersebut mendapat reaksi Adibah sendiri.
Sebelum ini, pelakon Faye Kusairi turut mengalami situasi sama, awal Disember lalu.
Foto: Instagram Adibah Noor
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aisar Khaled Mahu Jumpa & Bantu Peniaga Teh Ais Viral, Tuai Pujian Netizen Indonesia

Personaliti media sosial, Aisar Khaled menyatakan hasrat untuk bertemu dengan peniaga air teh di Indonesia yang baru-baru ini tular disebabkan insiden dihina oleh seorang mubaligh kerana berniaga saat majlis agama sedang berlangsung.
Menurut Aisar, dia yang kini berada di Jakarta sedang berusaha mencari informasi mengenai lelaki berkenaan untuk menyampaikan sedikit bantuan.
“Assalamualaikum warga Indonesia, buat sesiapa yang mengenali pakcik ini, saya mahu berjumpa dengan dia kerana pakcik ini seorang yang sangat hebat.
“Sekarang ini, saya masih lagi berada di Jakarta. Jika pakcik ini berada di Papua, Bandung atau mana-mana sahaja negeri di Indonesia, kalau boleh, bantu saya untuk
menghubungi pakcik ini,” katanya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Aisar menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Rabu.
Lantaran itu, Aisar turut berharap agar orang ramai dapat membantu untuk merealisasikan hasratnya itu.
“Kalau ada yang kenal, boleh tolong komen atau bantu kongsikan video ini.
“Saya akan datang berikan sedikit bantuan dan kegembiraan buat pakcik ini. Tolong bantu ya teman-teman,” kongsinya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen Malaysia dan Indonesia menyambut baik usaha tersebut selain turut mendoakan semoga Aisar sentiasa dimurahkan rezeki.
“Ya Allah sampai influencer luar negara pun ikut respon. Seharusnya kita rasa malu.
“Suka melihat karakternya. Nama kamu bakal naik di Indonesia.
“Lebih baik beli sahaja rumah di Indonesia Aisar. Semoga rezeki kamu semakin lancar dan sihat selalu.
“Terima kasih Aisar kerana sudah mahu berbahagi rezeki. Semoga terus murah rezeki dan sukses di mana pun kamu berada.
“Semoga Allah sentiasa berada di sisi kamu,” antara komen-komen netizen.
Sehingga kini, video yang dimuat naik Aisar itu telah pun meraih lebih 2 juta tontonan dan menerima lebih 2,000 komen.
Terdahulu, kisah mengenai penjual air teh ini sedang hangat diperkatakan oleh netizen Indonesia.
Rata-rata mereka mengecam tindakan mubaligh tersebut yang disifat amat keterlaluan dan telah menjaduhkan air muka lelaki tersebut.
Difahamkan, mubaligh tersebut telah pun berjumpa dengan peniaga air teh berkenaan untuk memohon maaf secara terbuka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aisar Khaled
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelakon Filem X-Men Meninggal Dunia Akibat Kanser Apendiks

Adan Canto, pelakon dan penyanyi kelahiran Mexico telah disahkan meninggal dunia akibat kanser apendiks pada usia 42 tahun.
Menurut keterangan yang diberikan oleh ekseskutif publisitinya, Jennifer Allen kepada pihak media, Adan selama ini membuat keputusan untuk merahsiakan penyakitnya daripada umum.
“Kami sangat sedih mengetahui pemergian Adan Canto. Seorang pelakon yang hebat dan rakan yang dikasihi.

“Kami sangat bertuah memilikinya sebagai sebahagian daripada keluarga Warner Bros. Television dan Fox Entertainment sejak penampilan sulungnya di Amerika Syarikat dalam ‘The Following’ lebih sedekad lalu,” kongsi Jennifer kepada CNN.
Memulakan langkah dalam dunia seni sejak berusia 16 tahun lagi, Adan membuat debut di kaca televisyen Mexico menerusi siri drama Estado de Gracia pada tahun 2009.
Tahun 2013 menjadi kenangan manis baginya apabila dia berjaya melebarkan sayap dalam ke Hollywood menerusi drama bersiri The Following yang disiarkan di saluran Fox.
Disifatkan sebagai pelakon serba boleh dan berdedikasi, Adan kemudiannya membintangi beberapa siri drama terkenal antaranya seperti siri Designated Survivor, Narcos dan The Cleaning Lady.

Selain terkenal menerusi siri drama, Adan turut membintangi pelbagai filem. Antara lakonannya yang terkenal adalah menerusi francais filem X-Men. Dia muncul dalam filem X-Men: Day of Future Past yang ditayang pada 2014 memegang watak sebagai Sunspot.
Pada saat kematiannya, Adan meninggalkan seorang balu, Stephanie Ann canto dan dua orang cahaya mata.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sakit Jantung Sejak Beberapa Bulan Lalu,” – Adik Jamal Abdillah Telah Pergi Dijemput Illahi

Adik kepada penyanyi terkenal, Jamal Abdillah dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur akibat sakit jantung.
Allahyarham Ahmad Tihami atau lebih dikenali dengan panggilan Hamka meninggal dunia pada pukul 7.20 petang Selasa.
Jamal seperti yang dipetik Astro Awani meberitahu, ia merupakan berita yang amat mendukacitakan beliau sekeluarga, namun reda menerima ketentuanNya.
“Allahyarham adik saya mendapat sakit jantung sejak beberapa bulan lalu dan dirawat di IJN sehinggalah keadaannya kritikal sebelum meninggal dunia,” katanya seperti yang dipetik.
Sementara itu, Allahyarham Hamka, ujarnya, akan dikebumikan di Kulim, Kedah, pada Rabu.
Jamal memohon semua ahli keluarga atau kenalan adiknya agar dapat sama-sama mendoakan kesejahteraan Allahyarham adiknya yang juga anak keenam daripada tujuh beradik.
Sumber/Foto: Astro AWANI/mStar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI