Pelakon dan penyanyi, Adibah Noor ada memuat naik sekeping foto sedang menjalani rawatan susulan gangguan saraf muka, Bell’s Palsy yang dialami pada bahagian kiri wajah.
Kongsi penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini, dia kini sedang dalam proses pemulihan daripada penyakit berkenaan.
Perkongsian tersebut dibuat Adibah menerusi satu entri di Instagram buat tatapan umum.
“Repair otak jap. hehe #bellspalsy #roadtorecovery,” tulisnya ringkas pada fotonya yang sedang menjalani pemulihan.
Atas makluman tersebut, rata-rata peminat menitipkan doa agar pelakon drama bersiri Kampung People 2 ini sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.
Malah ada di antara komen tersebut mendapat reaksi Adibah sendiri.
Sebelum ini, pelakon Faye Kusairi turut mengalami situasi sama, awal Disember lalu.
Foto: Instagram Adibah Noor