Orang kata, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Sebab itulah adik kepada pelawak Achey turut menyertai program Gegar Lawak dalam usaha menempatkan diri ke dalam industri hiburan tanah air.

Nornatasha Hamzah, 25 tahun atau lebih mesra dipanggil Tasya inginkan kehadirannya dalam industri tidak dibayangi abangnya yang sememangnya sudah terkenal.

IKLAN

Adik Achey Sertai Program Gegar Lawak, Tidak Mahu Dibayangi Abang Sendiri

IKLAN

“Saya nak cuba sesuatu yang baru yang di luar kotak. Masa mula-mula audition tu pun saya tak cakap pun saya ni adik Achey.

“Bila dah beberapa kali baru ada peserta lain perasan dan tanyakan pada saya.

“Masa itulah saya mengaku,” katanya.

Dalam pada itu, Tasya juga ada meminta pendapat abangnya semasa ingin menyertai program berkenaan.

IKLAN

“Dia (Achey) sokong sahaja, cuma dia nasihat jadi diri sendiri tapi jangan terlalu mencuba.

“Sebab kalau terlalu mencuba nanti, lawak tak jadi. Selain itu, dia juga ada bagi tips tapi takdelah dia suap semua.

“‘Idea kena cari sendiri’, itu katanya,”tambahnya lagi.

Apa-apa pun MH doakan supaya Tasya dapat pergi jauh dalam industri ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI