Minggu lalu, viral kes lelaki yang didakwa seorang pelawak popular telah mengasari seorang pengawal keselamatan warga emas di sebuah kawasan perumahan.
Meski tidak ada penjelasan dari pelawak yang berkaitan pada ketika itu, namun video yang tersebar di media sosial menunjukkan kejadian sebenar yang berlaku.
Memetik laporan mStar, selepas ditahan pada Ahad, suspek dibebaskan atas jaminan polis pada hari berikutnya. Bagaimanapun, identiti suspek masih belum didedahkan pada umum.
Apapun apabila berlaku suatu kejadian seumpamanya, pasti ia turut terpalit pada mereka yang ada hubungan rapat dengan individu yang didakwa terlibat, misalnya isteri pelawak berkenaan.
Ads
Namun bagi isteri kesayangannya itu, ia seperti tidak ada apa-apa yang berlaku dan aktiviti dakwah tetap diteruskan seperti biasa menerusi akaun Instagram miliknya.
Ruby Che Wan yang juga adik kepada bintang terkenal, Rozita Che Wan sudah pun berhijrah dengan memilih imej lebih santun selain sering menyebarkan dakwah kepada para pegikutnya, sekali gus cuba berkongsi sesuatu yang positif.
Menerusi salah satu posting misalnya, dia ada berkongsi mengenai ‘permata’ yang ada dibalik balutan hijab seorang wanita.
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza terharu dengan reaksi yang ditunjukkan peminat yang mengharapkan dia kembali membuat konsert berskala mega di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Idea tersebut tercetus selepas band popular antrabangsa, Coldplay berjaya memecahkan rekod untuk mencatatkan jumlah pengunjung tertinggi sewaktu mengadakan konsert The Spheres World Tour di SNBJ baru-baru ini.
Konsert tersebut yang dihadiri 75,000 penonton sekali gus membenamkan rekod yang dipegang Siti menerusi konsert Fantasia Tour pada 2004.
Menerusi hantaran di aplikasi X, penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu menyifatkan idea untuk kembali memintas rekod yang kini dipegang Coldplay itu mungkin boleh direalisasikan.
“Sedih dan terharu baca tulisan wartawan Kosmo. Mungkin boleh jadi kenyataan atau mungkin tidak ye?,” tulisnya.
Katanya lagi, dia juga memang mempunyai impian untuk sekali lagi membuat konsert berskala mega sebelum memutuskan untuk mengundurkan diri daripada industri seni tanah air.
“Kalau nak buat di stadium nasional sekali lagi, mungkin sebelum saya bersara ya. Biar jadi kenangan terindah buat semua,” kongsinya lagi.
Hantaran tersebut secara tidak langsung telah menzahirkan keterujaan di hati para peminat.
Rata-rata netizen turut berharap agar konsert tersebut dapat dirialisasikan satu hari nanti.
“Dulu kita kecil lagi. Sekarang kita dah besar dan ada duit. So take my money Queen. Nak merasa kat SNBJ.
“Tolong jadikannya realiti. Penonton boleh mencapai 80,000.
“Insyaallah. Tiada yang mustahil kerana itu adalah perancangan dari kita dan Allah yang akan berikan ia menjadi kenyataan. Semoga peminat Tokti sentiasa dikurnia kesihatan yang baik dan sentiasa menyokong apa jua yang Tokti usahakan mahupun yang dirancang.
“Tolong jadikan kenyataan. Salah satu impian saya untuk menonton konsert Datuk Siti.
“Cakap awal-awal. Nak start kumpul duit,” antara komen-komen netizen.
Bagaimanapun, netizen juga dilihat kurang senang apabila Siti turut membangkit tentang persaraan di dalam hantarannya itu.
Rata-rata netizen mengatakan mereka belum bersedia dan sebolehnya tidak mahu Siti bersara daripada dunia nyanyian.
“Tokti dah janji kan akan terus bernyanyi.
“Jangan la cerita pasal bersara lagi. Kami tak bersedia lagi.
“Nak konsert mega Siti Nurhaliza dekat SNBJ tapi tak nak yg bersara tu.
“Tidak. Tak boleh bersara. Rehat tak mengapa. Kak Iti dah janjikan. Lepas ni satu tahun satu single pun okay,” antara komen-komen netizen.
Setakat ini, hantaran tersebut telah meraih lebih 1000 ulang siar dan hampir 3000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & X Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid ada berkongsi cerita bersama pengikut di Instagram bahawa dia suka dengan perkongsian dari kenalan yang juga usahawan, Nurin Afiqah.
Jelas Nurin, dia suka menjalinkan hubungan dengan rakan positif sekali gus mendorongnya untuk sama-sama melakukan kebaikan.
Mawar menambah, dia turut mendapat satu perkongsian yang bermanfaat terhadap perkara tersebut.
“Harini mok cik ni cakap benda yang Mawar suka.
”Nak tau tak dia share ape ngn Mawar? I suka kawan org yg educated, and positive ni, buat kita lebih nak jd yg lebih baik, and buat benda baik.
”Mok cik ni, doa suka membaca, so dia share lah ngn Mawar 2 benda harini, best!
“1. Ingat nama orang. Kalau boleh ingat nama penuh lagi bagus.. org akan happy kalau kita sebut nama dia. And orang akan rasa dia penting kalau kita ingat nama dia
“2. Senyum.. senyum for no reason! Mawar ni mmg org yg suka senyumm.. Jgn cari sebab untuk senyum! Senyumankan satu sedekah. Gfan kata, kita bnyak senyum rezeki bnyk masuk! @arfanrashid.
“Mawar paling pantang kalau org buat muka! Rezeki tak masuk kalau buat muka! Setan suka! Okay byehehehehe @nurinafiqaaah,” tulisnya sambil memberikan kredit.
Usanita Sdn Bhd mengorak langkah baharu dalam perniagaan apabila bakal menceburi indutri kreatif.
Sebagai permulaan, deligasi diketuai oleh Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Hasan berjumpa dengan beberapa penerbit filem terkenal di Jakarta, Indonesia pada 28 hingga 30 Jun lalu.
Mereka terdiri daripada Raam Punjabi dari PT Multivision Plus; Manoj Punjabi (MD Entertainment); Deddy Mizwar (PT Demi Gisela Film dan Ketua Umum Persatuan Produser Film Indonesia -PPFI), Zairin Zein, (produser dan Setiausaha Agung PPFI) dan Ilham Bintang (Pengarah PT Bintang Advis Multimedia).
Adzliana berkata, pihaknya mahu memberi fokus terhadap usaha menjalin dan memperkukuh kolaborasi dengan pemimpin industri kreatif di Indonesia serta meneroka kerjasama serantau.
“Industri kreatif Indonesia adalah mercu tanda inovasi dan kekayaan budaya. Pihak kami teruja untuk meneroka peluang dan bekerjasama bagi meningkatkan lagi inisiatif Usanita yang mampu menyumbang kepada pembangunan industri kreatif yang dinamik di kedua-dua negara,” katanya.
Tambahnya lagi, industrti kreatif adalah peluang baharu yang boleh meningkatkan semangat keusahawanan dalam kalangan ahli Usanita.
“Kami dikenali sebagi sebuah organisasi yang menjalankan program kebajikan dan sosial di seluruh negara. Ia turut berperanan dalam pembinaan komuniti melalui acara yang memberi impak kepada masyarakat seperti bengkel, ekspo dan karnival keusahawanan.
“Selain memberikan bantuan kebajikan, Usanita juga aktif dalam mempromosi padanan perniagaan-ke-perniagaan dan industri kreatif adalah peluang baharu yang boleh meningkatkan semangat keusahawanan dalam kalangan ahli,” katanya.
Pada pertemuan tiga hari itu, turut serta penerbit, pengarah dan pelakon terkenal tempatan Erma Fatima.
Kehadiran Erma membuktikan komitmen Usanita terhadap kecemerlangan seni dan pertukaran budaya.
Erma berkata, sudah tiba masanya untuk Malaysia dan Indonesia menghidupkan semula produksi filem secara usahasama seperti yang dilaksanakan pada tahun 80-an dan 90-an.
“Kerjasama sebegini memberi peluang untuk kita bertukar pengetahuan agar mampu memenuhi kehendak penonton yang semakin mencabar.
“Teknologi produksi filem juga mengalami perubahan pesat dan jika bergabung, kedua-dua negara mempunyai kekuatan untuk menakluk pasaran global dengan sinergi yang betul,” katanya.
Delegasi Usanita turut melawat IDN Media dan berbincang dengan pihak pengurusan tertingginya untuk meneroka potensi kerjasama kreatif.
Perbincangan itu tertumpu kepada pembangunan bersama kandungan kreatif dan memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk melaksanakan projek yang inovatif dan menarik minat penonton di kedua-dua negara.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!