Hari ini, adik kepada penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat bakal melangsungkan perkahwinan bersama jejaka pilihan.
Bagaimanapun, Ayda tidak terlepas daripada soalan-soalan para pengunjung yang bertanyakan bila pula Ayda akan menamatkan zaman bujang.
Katanya, dia harus mencari asalan untuk ‘temberang’ dan menjawab soalan-soalan panas itu.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Ayda menerusi laman Twitter miliknya.
Saya tak marah makcik pakcik nak tanya ‘Kakak bila nak kahwin ni adik dh lepas, langkah bendul ekkkkkk hawaw’ cuma esok saya akan busy. Hahahaha! Alasan. Okbye. Nak #temberang apa esok ni.
— Ayda Jebat (@Ayda_Jebat) February 1, 2019
“Saya tak marah makcik pakcik nak tanya ‘Kakak bila nak kahwin ni adik dh lepas, langkah bendul ekkkkkk hawaw’ cuma esok saya akan busy. Hahahaha! Alasan. Okbye. Nak #temberang apa esok ni,” tulisnya.
Nak sorok mana ni? #soalansoalanmeminta pic.twitter.com/ohnCBfAwqM
— Ayda Jebat (@Ayda_Jebat) February 2, 2019
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan kenyataan Ayda itu malah mereka turut memberikan cadangan bagaimana untuk mengelak daripada terperangkap dalam situasi tersebut.
Ala, jangan risaulah Ayda. Di zaman serba moden ini tiada siapa pun yang fikir fasal langkah bendul ini lagi.
Apapun MH doakan semoga Ayda cepat bertemu dengan jodoh pilihan. Amin!
Sumber: Twitter Ayda Jebat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI