Penyanyi Siti Sarah berhasrat untuk memberikan hadiah kepada pemuda yang hampir terperangkap di dalam bank selepas mengeluarkan wang di mesin teler automatik atau automated teller machine (ATM).
Baru-baru ini, video berkenaan tular khasnya di laman sosial dengan meraih lebih 1.4 juta tontonan menerusi aplikasi TikTok.
Apa yang menarik, single penyanyi Sarah, Kesetiaan yang dimainkan oleh perakam video secara tidak sengaja menjadi ‘lagu tema’ video terbabit.
Aksi pemuda itu yang cemas kerana pintu ATM tertutup secara automatik seakan ‘kena’ dengan bait lirik lagu Kesetiaan.
“Ya Allah adik. Tak berenti Sarah gelak bila ada orang bagi Sarah video ni. Katanya viral eh? Alahai, lucu ada, cemas ada, kesian pun ada. Sabar ye.
“Maaf Sarah gelak tapi keadaan tu lucu sikit hehe. Lagu Sarah masa time BBNU dulu, ‘Kesetiaan’ dah jadi mcm lagu tema dah.
“Sarah difahamkan memang pintu ATM akan automatik tutup masa pukul 8 malam waktu lockdown ni.
“Lepas tu video ni kena pula part lirik lagu ‘ku hayunkan langkah kaki’ tu, sedang elok je ngam ngam masa pintu tu nak tutup automatik turun ke bawah.
“Risau pun ada jugak takut adik tak dapat keluar dari tempat ATM tu, tapi tengok video nombor dua ni, Alhamdulillah adik selamat keluar siap baca-baca komen lagi,” tulis Sarah.
Usahawan hijab jenama Loveta itu turut mendoakan agar urusan pemuda viral itu sentiasa dipermudahkan.
“Apa pun Sarah doakan adik sentiasa selamat dan urusan dipermudahkan okey? Untuk semua peminat Sarah juga, Sarah doa semua yang baik-baik waktu lockdown ni.
“Jangan selalu keluar rumah, keluar kalau perlu sahaja okey? Take care semua. Kalau boring, jom shopping dekat @lovetahq still onz tau! Kalau mulut tu tak tahu nak duduk diam nak mengunyah je, cuba usha @unagihq memang confirm sedap teruk!
“Adik dalam video ni, sila mesej Sarah ye. Ada sesuatu hadiah istimewa yang sarah nak bagi,” tulisnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata turut terhibur melihat aksi pemuda terbabit dan ada yang turut memuji budi baik penyanyi itu yang mahu memberikan hadiah kepada pemuda viral terbabit.