Fedtri Yahya menerusi perkongsian di laman Instagram menyatakan rasa sebak dengan keadaan adik Muhammad Fawwaz Adli, 6 yang terlantar dipercayai parah selepas dihempap peti ais pada 12 Julai tahun lalu.
Jelasnya, sehingga kini, empat pembedahan telah dilakukan sejak insiden berlaku dan doktor meramalkan Fawwaz tiada harapan untuk sembuh.
“Adik Fawwaz ditimpa peti ais 1.8 Meter. Sudah 4 kali jalani pembedahan sejak Julai tahun lalu. Doakan kesembuhannya. Ibu ayah tak dapat bekerja buat sementara waktu kerana fokus penjagaan anak. Mereka berniaga air balang di Nilai. .
No akaun maybank:
562263547454 Mohd Bukhari
( bapa ),” kongsinya.
“Hampir 8 bulan berjuang, bukan sedikit kegelisahan yang dialami. Pernah diramal ‘tak ada harapan’ kerana keadaan yang begitu teruk – demam, sawan, kurus melampau.
“Namun Allah terus mengurniakan usia dan nafas. Kita tak tahu doa siapa yang makbul, jadi ayuhlah berdoa untuk adik Fawwaz,” jelasnya lagi.
Menerusi muat naik di laman Facebook bapa kanak-kanak ini, Mohd Bukhari, doktor mengesahkan anaknya mengalami masalah pendarahan di kepala dan kekejangan saraf. Malah keadaannya akan kekal begitu.
Foto : Instagram Fedtri Yahya & FB Mohd Bukhari