Sakit perut melihat keletah Azad Jasmin berlatih watak antagonis menerusi laman Instagram isterinya, Eira Syazira.

Eira menerusi kapsyen berkongsi video lucu yang terjadi antara Azad dan adik bongsunya, Syainie Shuhaimi.

“Seperti biasa Pak Azad menyakat adik ipaq dia @syainieaida.

“Nasib adik la sayang dpt abg ipaq ding dong.

“Bila Pak @azadsyazirarose begitu method menjiwai watak antagonist filem terbarunya. Masalahnya adik bongsu I pulak yg jd mangsa training nya,” tulisnya.

Ads

View this post on Instagram

Part 2 ???

A post shared by E I R A S Y A Z I R A (@eirasyaziraofficial) on

Kedua-dua video yang mendapat jumlah tontonan hampir 600,000 itu memperlihatkan Azad sebagai tuan pengarah yang membuli adik bongsu Eira yang berlakon sebagai pembantu rumah.

Ads

Netizen yang terhibur dengan aksi lakonan kedua-duanya terharu dengan hubungan akrab yang terbina dalam keluarga pasangan selebriti ini.

Adik Ipar Jadi Mangsa Azad Jasmin. Nak Hafal Dialog Sampai Macam Tu Sekali… Adik Ipar Jadi Mangsa Azad Jasmin. Nak Hafal Dialog Sampai Macam Tu Sekali… Adik Ipar Jadi Mangsa Azad Jasmin. Nak Hafal Dialog Sampai Macam Tu Sekali…

Ads

Namun, ada yang menasihatkan agar berhati-hati dalam menjaga hubungan antara ipar.

“Berhati2 dgn hubungan antara ipar sbb Nabi saw ada bersabda yg ipar adalah maut.. hadis sohih.. maknanya kena ekstra hati2 terhadap hubungan bukan mahram ini. Suka atau tak.. tetap kena ada batasan.”

Adik Ipar Jadi Mangsa Azad Jasmin. Nak Hafal Dialog Sampai Macam Tu Sekali… Adik Ipar Jadi Mangsa Azad Jasmin. Nak Hafal Dialog Sampai Macam Tu Sekali… Adik Ipar Jadi Mangsa Azad Jasmin. Nak Hafal Dialog Sampai Macam Tu Sekali…

Foto : Instagram Eira Syazira & Syainie Shuhaimi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI