Pelakon Fiza Halim memohon maaf kerana setakat ini, dia masih belum boleh menjawab pertanyaan media berhubung isu dakwaan dia ‘kaki sondol’ sebagaimana tular di media sosial, baru-baru ini.
Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim,40, berkata dia tidak dapat memberi jawapan kerana perkara terbabit sudah menjadi kes polis dan kini dalam siasatan lanjut pihak berkuasa.
Pelakon filem Getaran ini menambah, dia akan berkongsi perkembangan terkini sebaik mendapat hasil siasatan.
“Saya mohon maaf kerana tak dibenarkan memberi apa apa kenyataan berhubung perkara berbangkit dan tular itu.
“Ia memang masih dalam siasatan polis. Dalam minggu depan insya-Allah saya akan mendapat keputusan hasil siasatan,” katanya.
Pada masa sama, ibu kepada tiga cahaya mata itu bukan bermaksud mengelak daripada rakan media.
“Hakikatnya saya terpaksa kunci mulut dulu. Biarlah pihak berwajib melakukan kerja mereka dulu. Pasti kalau ada sebarang makluman akan dimaklumkan kelak,” katanya lagi.
Fiza turut memuat naik perkara sama menerusi satu posting di Instagram miliknya.
Beberapa hari lalu, nama bekas anggota kumpulan Elite itu menjadi bualan di Twitter selepas seorang individu dipercayai bekas adik iparnya membongkar situasi sebenar hal yang berlaku dalam rumah tangganya bintang berkenaan.
Sehubungan itu, Fiza tampil membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara, baru-baru ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Untuk rekod, Fiza mendirikan rumah tangga bersama suami pertama, Ahmed Farriq Zainul Abidin dan mereka dikurniakan dua anak iaitu Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.
Fiza dan Ahmed Farriq bagaimanapun bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.
Perkahwinan kedua Fiza bersama penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia (AF), Adam, pada September 2013, juga tidak kekal.
Fiza kemudian bertemu jodoh dengan juruterbang berstatus duda dua anak, Aizat Al Jefri pada Disember 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Baby Aleena yang berusia hampir tiga tahun. Bagaimanapun, keduanya bercerai pada Julai tahun lalu.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Lakonan, tak rasanya.” Demikian kata sponta oleh selebriti terkenal, Noor Neelofa ketika ditanya selepas melahirkan cahaya mata sulung, 29 Januari lalu.
Neelofa, 33, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, keutamaan kini adalah menjaga, mengurus dan membesarkan anaknya, Muhammad Bilal, hasil perkongsian hidup bersama suami, Ustaz Muhammad Harris Mohd Ismail.
Dia pada masa sama juga mahu terus memberikan komitmen terhadap rangkaian perniagaan yang diusahakan.
“Kerjaya seni, selepas berbincang dengan suami, saya mungkin akan keluar dengan program bual bicara tidak lama lagi, tapi masih dalam proses perbincangan. Nanti saya akan kongsikan, tak lama lagi. Insya-Allah lepas raya akan dimaklumkan.
“Cuma, fokus lebih pada bisnes dan keutamaan kami lebih pada Bilal. Saya pun tak nak tinggal dia lama-lama dengan pembantu kan. Saya nak jalankan rutin sebagai ibu itu lebih daripada lain. Kalau bisnes pun mudah, sebab boleh buat dari rumah.
“Jarang pun pergi mesyuarat atau buat penggambaran. Sama juga macam program dalam industri pun, tak memakan masa banyak,” kata belas hos program MeleTOP itu lagi.
Sementara itu, PU Riz, 27, ketika ditanya soal keterbatasan Neelofa dalam kerjaya seni, dia berkata perkara itu sudah dibincangkan secara terperinci.
“Alhamdulillah kita sudah berdiskusi perkara ini begitu terperinci setiap perkara dengan imej agama dibawa kena banyak berhati-hati dan sebagainya.
“Lofa alhamdulilkah boleh ikut. Banyak pun dia ikut, pakaian pun dia taat pada perintah Allah SWT. Jadi kita bagi dia ruang berkarya dalam perkara yang dia sudah biasa buat.
“Soal lakonan, kita tak kata, tak nak terlibat langsung. Tapi itu bukan keutamaan sebab sekarang buat bisnes. Masa tu tak ada. Lebih pada nak fikir bisnes, ada produk baru nak lancar.
Macam saya pun lakonan, setakat perancangan tak ada lagi,” katanya.
Neelofa dan PU Riz berkahwin pada Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang kini berusia tiga bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Walaupun drama Bidaah telah melabuhkan tirai tayangannya di platform penstriman Viu, ia masih menjadi topik hangat dalam kalangan penonton.
Malah salah seorang pelakonnya, Riena Diana...