
Pelakon Ruhainies ada memberikan titipan kata buat adik lelakinya, Nul Aiman Zainul yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-19.
Bagaimanapun, ucapan yang diselitkan dengan kata sinis darinya mengundang perhatian peminat.
Secara berseloroh, dia meminta adiknya itu agar ‘stay single’ di akhir ucapan.
View this post on InstagramA post shared by @ ruhainies7 on
“Happy Birthday my baby boy @_nulaimanzainul__ , i wish you nothing but the best in Life. You’re an amazing brother that everyone could ask for.
“May all your dreams in life come true. SLIDE TO SEE 1yr old VS 19yrs old @_nulaimanzainul_ (gambaq rasa nak cium VS gambaq rasa nak penampaq).
“Stay single okay. Thanks! Love,Your psycho sister,” tulis bintang Jejak Karmila ini.
Lalu, rata-rata peminat turut terhibur dengan ucapan tersebut dan tidak kurang yang turut mengucapkan selamat hari lahir buat adiknya itu.
Menerusi ruangan komen juga, si adik ada mengucapkan terima kasih buat Ruhainies dan turut dibalas sinis pelakon terbabit.
Foto: Instagram Ruhainies
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kerjaya Saya Terkesan…,” – Tetap Mahu ‘Lawan’, Amelia Henderson Tempelak Dakwaan Sombong

Pelakon, Amelia Henderson menyangkal dakwaan segelintir pihak yang menuduh dirinya sombong susulan meneruskan ‘lawan’ sekaligus menuruskan kes perlanggaran kontrak bersama syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd.
Menurut Amelia, dia hanya mahu mempertahankan nama baik serta kerjaya yang telah dibina sejak lebih dua dekad lalu.
“Saya nampak ramai yang memberikan komen dengan mengatakan saya degil dan sombong. Itu yang mereka katakan kepada saya apabila saya memilih untuk meneruskan kes ini.
“Saya tahu, kalau orang lain, mungkin kereka tidak akan memilih jalan ini. Namun berbeza buat saya. Saya sudah bekerja di dalam industri ini sejak 27 tahun yang lalu.
“Apabila ada yang mempersoalkan mengenai kerjaya yang sudah saya berikan sepenuh jiwa dan raga, saya agak sebak. Sudah tentu saya mengambil berat tentang kerjaya saya.
“Saya tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menghancurkan kerjaya yang saya bina seumur hidup saya,” katanya yang tidak dapat menahan sebak.
Dalam pada itu, pelakon filem Pulau ini
menyifatkan segala tohmahan yang telah dilemparkan langsung tidak mencerminkan keperibadiannya.
“Jawapan profesional, saya tidak terkesan sebab orang-orang yang mengenali saya tahu saya macam mana. Namun, kalau jawapan jujur, tiada manusia yang tidak akan terkesan kalau berhadapan situasi begini.
“Tipulah kalau baca komen tapi tak terasa. Jujurnya memang saya sakit. Selama ini memang saya jaga reputasi dan hubungan baik dengan peminat.
“Jadi, saya bimbang sebab apa yang mereka katakan kepada saya itu langsung tidak mencerminkan diri saya. Kalau saya sombong atau pentingkan diri sendiri, saya tak mampu bertahan sehingga hari ini,” ulasnya lagi.
Malah, pelakon berusia 27 tahun ini juga akui kes ini sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasinya sebagai anak seni.
“Sejujurnya selepas kejadian ini, kerjaya lakonan saya terkesan. Namun, saya mengharapkan reputasi yang telah bina selama ini tidak menjejaskan kepercayaan terhadap orang industri.
“Saya rasa semua orang percaya yang rezeki itu datang daripada Tuhan dan bukan manusia. Setiap kali saya tidur malam, fikiran saya memang jelas yang rezeki memang sudah ada tertulis untuk saya.
“Selagi saya cuba sedaya upaya untuk menjadi manusia yang baik dan karyawan yang ikhlas, saya yakin kes ini ada penyelesaiannya,” katanya lagi.
Terdahulu, mahkamah telah bersetuju untuk memberikan perlaksaan pergantungan kepada pelakon Amelia Henderson terhadap plaintif, A Aida Production Sdn Bhd.
Pihak Amelia tidak perlu membuat permohonan maaf atau memadam video berkaitan A Aida Production Sdn Bhd sehingga rayuan penuh di Mahkamah Tinggi pada 24 Oktober.
Sebelum ini, Hakim Zulqarnain Hassan memerintahkan Amelia selaku defendan membayar ganti rugi kepada A Aida menerusi syarikatnya, A Aida Production Sdn Bhd kerana melanggar kontrak penggambaran drama Sekali Lagi Cinta Kembali.
Amelia perlu membayar ganti rugi am RM90,000; pemulangan bayaran pendahuluan selepas menandatangani kontrak perjanjian sebanyak RM3,920 dan RM101,325 bagi pembayaran kos penggambaran serta kos RM18,000 kepada A Aida selaku plaintif.
Bukan itu sahaja, Amelia turut dihalang daripada menerbitkan kenyataan fitnah terhadap plaintif, memadam video berunsur fitnah dan membuat permohonan maaf menerusi akaun Instagramnya @ameliath dalam tempoh tujuh hari bermula 7 April.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hidupkan Api Sampai Janggut Dan Wajahnya Kena Asap,” – Jelang Ramadan, Ebit Lew Saran Suami Rebut Pahala Bantu Isteri Di Dapur

Sempena kedatangan Ramadan tidak lama lagi, penceramah terkenal, Ebit Lew berkongsi nasihat kepada masyarakat di luar sana agar sama-sama merebut pahala berbuat khidmat.
Ulasnya, menyediakan sahur dan berbuka puasa teramat besar nilainya di sisi Allah.
“Paling best balik jauh bila dapat masak untuk bidadari dan anak-anak. Walau jarang sangat. Dapat makan sama-sama. Bersepah dapur ayah masak. Anak-anak berlari makan dekat saya. Nikmatnya bila dapat beri masa bersama bidadari dan anak-anak. Suap bidadari dan anak-anak. Bestnya
“Ramadhan berapa hari jer lagi indahnya jika kita bawa keluarga dekat pada Allah. Sejuk Ramadhan dah makin terasa. Bulan bahagia kasih sayang, belas kasihan, hati lembut, doa sangat makbul, dosa diampunkan. Solat awal waktu, tarawih,qiamulail,baca AlQuran, buat Talim.
“Kasihan semua mak-mak dah siap menu sepanjang Ramadhan demi suami dan anak-anak.”
Dia turut berkongsi kisah sahabat Rasulullah SAW, Saidina Umar yang terbakar janggutnya semata-mata untuk membantu sebuah keluarga miskin pada tengah malam.
“Orang yang menyediakan sahur dan berbuka puasa teramatlah besar nilainya di sisi Allah. Kita dapat pahala macam orang yang berpuasa. Bergilir-gilirlah dan saling membantu dalam khidmat buat ahli keluarga dan juga orang lain. Jamu orang miskin dan anak yatim.
“Teringat Saidina Umar ra khalifah mulia bawa guni barang dapur dan masak untuk sebuah keluarga miskin tengah malam atas bukit dalam khemah. Hidupkan api sampai janggut dan wajahnya kena asap. Layan dan lihat anak mereka bermain. Katanya melihat anak ini tadi menangis lapar buat rasa sedih dan melihat mereka bermain kekenyangan buat rasa bahagia.”
Tegasnya, bulan Ramadan adalah bulan mengumpul pahala dan rebutlah peluang yang ada.
“Ayuhlah kita bantu isteri atau anak-anak bantulah ibu. Sekali sekala buat giliran yang dewasa siapkan sahur dan berbuka. Atau sama-sama buat dengan kasih sayang dan cinta. Bulan penuh rahmat dan keampunan Allah.
“Orang yang paling untuk orang khidmat. Semua orang yang puasa, solat, baca al-Quran, zikir dan semua kebaikan mereka dapat pahala. Tetapi orang yang khidmat menyediakan sahur dan berbuka buat mereka paling besar pahala. Dia dapat kebaikan puasa dan semua amal ahli keluarga.
“Berebut-rebutlah siapkan juadah sahur dan berbuka buat seramai mungkin kerana Allah. Semoga Allah sayang kita semua-ebitlew #keluargasunnahTour2019 #perbaikiDiri,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Semoga kedatangan Ramadan ini, kita lebih menjaga lisan dan penulisan dalam memberi komen dan pendapat ya.
Foto : Instagram Ebit Lew
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Konsert GV9 Nanti Pakai Sandal Atau Sneakers Takpe,” – Elly Masuk Hospital, Peminat Risau Kalau Sakit Lutut Balik!

Pelakon dan pengacara, Elly Mazlein kini difahamkan sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Menerusi perkongsian di Instagram, Elly merakamkan ucapan terima kasih kepada rumah produksi, Radius One dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin kerana telah menghantar buah tangan kepadanya di hospital.
“Thank you @radiusone_official @budakijat @fazli_radiusone sudi hantar bunga dan ambil berat. Terima kasih sangat-sangat,” tulisnya.
Pada masa sama, pengacara program Gegar Vaganza Musim ke-9 (GV9) ini turut menitipkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang perihatin terhadap keadaan kesihatannya itu.
“Terima kasih juga buat semua kesayangan yang mendoakan Kepom. InsyaAllah semuanya akan okay,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, Elly yang mesra disapa dengan panggilan Kak Lina Pom Pom itu tidak mengulas lanjut mengenai punca dia dimasukkan ke hospital.
Namun, terdapat juga segelintir pihak yang merasakan Elly terpaksa menerima rawatan di hospital disebabkan masalah kecederaan lutut yang dialaminya baru-baru ini.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga Elly akan segera sembuh daripada penyakitnya itu.
“Ala, kenapa dengan sayang Faz ni? Syafakillah. Semoga lekas sembuh ya,” komen pelakon, Fazura.
“Get well soon Kepom. Ghisau daripada hari tu lagi. Rehat naa,” balas pengarah, Shahrulezad Mohameddin.
“Kak Lina, nanti GV pakai sandal atau sneakers puk tak mengapa. Kami tak kisah. Untuk kesembuhan kaki Kak Lina,” kata seorang netizen.
“Semoga cepat sembuh. Sunyi dunia hiburan tanpa Kak Lina. InsyaAllah akan dipermudahkan semuanya,” balas seorang lagi netizen.
“Saya doakan semoga Kak Lina dirahmati Allah dan diberikan kesembuhan, kekuatan, ketabahan, perlindungan dan dipermudahkan segala urusan,” komen netizen lagi.
Sebelum ini, Elly memaklumkan lututnya telah terseliuh ketika menjalani penggambaran bagi sebuah projek drama.
Malah, ketika mengacarakan konsert mimggu ke-7 GV9, Elly terpaksa menggunakan kerusi roda kerana pergerakan agak terbatas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI