“Adik Lelaki Saya Huzer Kena Heart Attack,” – Kini Di ICU, Jasmin Hamid Mohon Doa

Share

Berkongsi berita duka di mana adik lelakinya yang dikenali sebagai Huzer kini berada di Unit Rawatan Rapi selepas menjalani prosedur angioplasty, pelakon Jasmin Hamid mohon doa ramai.

Mengikut entri terbaru, Huzer dikatakan mendapat serangan jantung buat pertama kali sewaktu Subuh pagi tadi.

“28 Ogos 2019…

“Setiap Dugaan Allah kerana Allah sayangkan hambaNya.. Sekali lagi saya dan keluarga di uji Allah di mana ADIK LELAKI saya HUZER kena HEART ATTACK untuk pertama kali subuh tadi dan SEKARANG sedang menjalani pembedahan.

“Mohon keluarga dan kenalan serta semua supporters saya MENDOAKAN agar adik lelaki saya di panjangkan umur dan operasi pembedahan berjalan dengan lancar,” jelasnya.

Menurut pelakon ini, arwah ibunya sebelum ini meninggal dunia disebabkan serangan jantung.

Arwah MAMA saya dulu meninggal kerana HEART ATTACK. Mohon Allah panjangkan usia adik lelaki saya dan sentiasa dalam peliharaan Allah.

“Beliau seorang anak, adik dan ayah yang sangat baik.. Sebagai kakak yang sulung, saya akan terus berdoa dan mohon pertolongan dan perlindungan dari Allah..

“Mohon Allah kuatkan semangat kami anak beranak dengan dugaan Allah ini,” tulisnya.

Semoga dipermudahkan urusan dan diberi kesembuhan.

Foto : Instagram Jasmin Hamid

Published by
Noraini Abd Wahab