
Meski tiada pertalian darah, pelakon Chacha Maembong tetap menunjukkan rasa sayang terhadap rakan pelakon, Zarina Anjoulie.
Terbaru, bintang cantik itu dilihat telah menitipkan ucapan hari jadi buat Zarina menerusi akaun Instagram miliknya.
“Happy birthday sis! Adik love you so much and i miss you alot! Semoga panjang umur dan murah rezeki! Muaahhh xoxo @zarina_anjoulie,” tulisnya.
Lalu, rata-rata peminat mendoakan agar Zarina dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Di samping itu, peminat memuji dua wajah selebriti yang kelihatan semakin cantik.
Foto : Instagram Chacha Maembong
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Zizan Banyak Bantu Aspek Teori & Praktikal,” – Watak Heroin Sulung, Hawa Rizwana Okay Terima Teguran Pengarah

Personaliti televisyen, Hawa Rizwana Redzuan akui teruja apabila bakal melakukan debut menerusi drama pertamanya, Raya Sebagai Isteri pada hari raya nanti.
Pertama kali membawakan watak sebagai heroin, Hawa mendedahkan dirinya menerima banyak ilmu baharu berkaitan lakonan.
“Saya bersyukur kerana diberi peluang berlakon di dalam drama Raya Sebagai Isteri arahan Michael Ang. Walaupun ini pengalaman pertama, tapi saya bertuah kerana dapat bergandingan dengan pelakon-pelakon berpengalaman.
“Pelbagai perkara saya pelajari bukan sahaja daripada aspek lakonan tetapi juga teknikal.
“Ketika jadi pengacara, kita kena berinteraksi dengan kamera tapi ketika berlakon, tak boleh. Itu antara perkara yang saya kena biasakan,” katanya kepada MH.
Pengacara program Meletop itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis agihan bubur lambuk Astro Kasih yang berlangsung baru-baru ini.
Dalam pada itu, Hawa sangat senang dengan kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan pelakon dan pengarah.
“Saya tiada masalah untuk mencari keserasian sesama pelakon. Saya sudah mengenali Zizan untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Nina Jurin pula memang ada sifat keibuan. Jadi, saya rasa dekat.
“Dari segi pengarahan pula, baru sekarang saya faham mengapa berlakon ini bukan sesatu kerja yang mudah. Nak faham sesuatu watak pun bukan senang. Ia perkara asas.
“Awalnya memang sangat mencabar dan gementar. Namun, mereka buat saya selesa ketika di set penggambaran,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, Hawa memaklumkan dirinya tiada masalah untuk menerima segala teguran pengarah ketika penggambaran sedang berlangsung.
“Sudah tentu. Saya memang banyak kena tegur tapi ia teguran yang sangat membina. Sebagai orang baru sangat berlakon, saya kena terima dan belajar baik serta buruknya,” kongsinya lagi.
Ketika ditanya mengenai gandingannya bersama Zizan Razak, Hawa menyifatkan ia sebagai peluang untuk berkongsi ilmu.
“Zizan ini seperi abang-abang yang nakal dan kuat mengusik tapi perkara tersebutlah yang menceriakan suasana.
“Dia pun dah berlakon banyak filem-filem hebat. Jadi, ilmu yang dia berikan itu sangat bagus bukan sahaja dari segi teori tapi juga praktikal,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Karakter Kartun Ini Sangat Menakutkan…,” – Aeril & Wawa Dikritik Pilih Tema ‘Huggy Wuggy’ Rai Birthday Anak

Pasangan pelakon dan usahawan popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal baru-baru ini menganjurkan majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak pertama mereka, Ahmad Fakharuddin Attar Suhairi yang kini genap sembilan tahun.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik Wawa di laman Instagram, majlis itu dirai meriah dengan kehadiran rakan-rakan kepada anak-anaknya.
Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 31, turut menitipkan ucapan buat anak sulungnya sempena meraikan momen manis tersebut.
“Happy birthday tanda cinta pertama ayah dan mama, Ahmad Fakharuddin Attar. Sudah sembilan tahun berlalu.
“Kenangan mengandungkan dan melahirkan Attar memang tidak akan pernah padam di ingatan mama.
“Semoga menjadi abang dan anak yang baik. Amin ya rabbal alamin. We love you always brother,” tulis Wawa.
Namun begitu, majlis sambutan berkenaan turut mendapat kritikan segelintir netizen susulan tema yang dipilih dikatakan kurang sesuai dengan acara melibatkan kanak-kanak.
Ini kerana netizen mendakwa, kartun tersebut membawa unsur negatif seperti melibatkan pembunuhan dan keganasan selain tidak sesuai buat kanak-kanak yang masih kecil.
Lalu, ada yang menegur Aeril dan Wawa agar tidak mempromosikan kartun tersebut dan meminta mereka menjadi lebih peka tentang kartun kesukaan anaknya itu. Antaranya;
“Please jangan promote kartun ni, kartun ni seram untuk budak-budak. Tak boleh tengok kartun ni, jangna bagi anak tengok kartun sebarangan.
“Kartun ini actually tak boleh bagi budak tengok, sebab dia pasal bunuh-membunuh. Ibu bapa kena check balik pasal kartun ni. Seram.
“Tolong jangan promote, karakter kartun ini sangat menakutkan dan berbahaya.
“Kartun Huggy Wuggy tu bawa unsur negatif, elakkan anak menonton atau minat pada karakter berkenaan,” komen sebahagian netizen.
Sekadar info, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 9, Hayla Maghrifatul Adzkiyaa, 7, Ayya Soffya, 2, dan Muhammad Fahri yang kini berusia 10 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dah Agak Masa Nabil Risau Tengok Kak Lina Hyper Sangat,” – Muncul Di MeleTop, Peminat Gembira Tengok Elly Mazlein Sebab…

Selebriti versatil, Elly Mazlein sekali lagi diundang sebagai hos bersama Nabil Ahmad menerusi program hiburan, MeleTop pada Selasa.
Di samping menemubual artis undangan seperti kebiasaan, peminat juga turut terhibur melihat gandingan dua bintang yang turut bersama-sama mengendalikan Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim musim kedua.
Menerusi Instagram, Elly yang selesa disapa sebagai Kak Lina turut berkongsi fotonya bersama Nabil sambil mendedahkan pelawak itu ada berkongsi cerita mengenai dunia dan akhirat.
“Bersama Hj Nabil @nabilzira mlm td la dik. Bersama dia banyak dia share hal Dunia yang sementara & akhirat. Tq Haji Nabil.
“Ya kepom kat London lg .. Nabil dtg singgah tengok kawan-kawan,” tulisnya humor sebagai kapsyen.
Bagaimanapun menerusi ruangan komen, para peminat masih lagi bercerita mengenai perut Elly yang didakwa seperti ‘baby bump’ selain menyatakan wajahnya kian berseri.
“Nabil dah kantoikan time Muzikal Lawak Superstar. Dah agak dah masa Nabil risau tengok Kak Lina hyper sangat,” tulis seorang peminat.
“Tahniah! Semoga selamat hingga ke akhirnya,” ucap seorang lagi peminat.
“Dah nampak dah baby bump. Berapa bulan dah ni. Moga dipermudahkan dan selamat melahirkan,” kata seorang peminat lainnya.
“Kak Lina cantik,” puji peminat.
Terdahulu, gelagat Elly yang didakwa sering mengusap perutnya ketika mengacarakan MLS beberapa minggu lalu mencetuskan spekulasi di kalangan netizen yang mendakwa penyanyi lagu Dusta Cinta ini sedang hamil anak kedua.
Foto: Instagram Elly Mazlein
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI