Baru-baru ini terdapat satu rakaman video yang telah memaparkan penyanyi Haqiem Rusli di laman media sosial.

Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan penyanyi yang terkenal dengan lagu Lembah Kesepian itu dilihat sedang beramah mesra bersama peminatnya.

Apa yang menarik, bintang remaja itu turut dilihat bermesra bersama seorang peminat cilik perempuan yang dipercayai menangis kegembiraan apabila bertemu dengan penyanyi kesayangannya itu.

“So sweet @haqiemrusli98_ ni layan fans cilik dia. Cerita dia ramai tengah berebut nak bergambar dengan Haqiem, lepastu adik ni nangis sebab takut tak dapat jumpa abang Haqiem dia.

IKLAN

“Yang adik tu pun comel je.  #instaSeleb,” tulis kapsyen di Instagram Era.je itu.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji sikap baik dan mesra Haqiem bersama peminat setianya, tak kira tua atau muda.

IKLAN

“Adik Ni Nangis Sebab…,” – Layanan Haqiem Rusli Buat Fans Cilik, Ramai Yang Memuji

IKLAN

Untuk rekod, Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli dilahirkan pada 16 Jun 1998 di Hulu Langat, Selangor.

Selain Lembah Kesepian, antara lagu lain yang turut melonjakkan namanya ialah Tergantung Sepi, Selamat Tinggal Sayang, Jatuh Bangun dan banyak lagi.

Video: Instagram Era.je

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI