Categories: Berita

“Adik Saya Terbakar Dan Melecur Tahap Dua,” – Dugaan Besar Ajak Menjelang MLM Final, Malam Ini

Share

Tidak sampai beberapa jam lagi untuk mengintai peluang sebagai juara dalam Maharaja Lawak Mega 2019, Ajak yang menganggotai kumpulan Rare bersama Pak Ya dan Ropie memilih untuk meninggalkan sesi latihan demi menjaga adiknya yang kini berada di hospital akibat kemalangan.

Memetik laporan Astro Gempak, adik Ajak yang dikenali sebagai Fitri difahamkan mengalami melecur tahap dua dan kini sedang rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Buat masa ini apa yang boleh saya kongsi, adik saya terbakar dan melecur tahap dua.

“Saya belum lagi bertanya kepada dia mengapa dan bagaimana kemalangan tersebut boleh berlaku.

“Biar doktor buat rawatan dahulu dalam masa sama mahu adik berehat kerana sudah tentu dia berada dalam keadaan trauma dan masih terkejut,” katanya seperti yang dipetik.

Penyampai radio ini turut mengucapkan penghargaan buat dua teman baiknya atas pengorbanan dan faham akan dugaan yang tertimpa atasnya.

Besar dugaan saya, Adik saya kemalangan tadi masa kerja. Sy tinggalkan rehearsal untuk final Maharaja. Saya terpaksa uruskan adik saya dan sekarang sy masih ada dekat hospital.

“Saya terpaksa tinggalkan Pak Ya dgn Abg Ropi berdua kat sana. Terima Kasih Pakya dgn Abg Ropi sebab faham saya.Kita cuba buat yg terbaik esok,” jelasnya yang turut berkongsi paparan mesej perbualan bersama Ropie dan Pak Ya.

Rare akan berentap dengan empat lagi kumpulan iaitu Puteh, Zero, Bocey dan Jborn di pentas akhir MLM 2019 malam ini bagi merebut gelaran juara dan wang tunai RM500,000.

Foto : Instagram Ajak Dan Astro Gempak

Published by
Noraini Abd Wahab