“Adik, You Are Still So Young, Baru Belasan Tahun,” – Neelofa Maafkan Individu Yang Fitnahnya Seikhlas Hati

Share

Neelofa memilih untuk memaafkan individu dikenali sebagai Syamira Safiya yang didakwa telah membuat fitnah terhadapnya di laman Twitter dan laman sosial lain pada 26 Disember lalu hingga mencetuskan tular.

Menerusi salah satu hantaran di Instagram Story pada Ahad, hos dan usahawan tersebut berkongsi kenyataan tersebut dengan disertakan tangkap layar artikel permohonan maaf dibuat Syamira, baru-baru ini.

Tulis Neelofa, dia dengan ikhlas memaafkan individu tersebut selain turut memberikan nasihat.

“Adik, you are still so young, baru belasan tahun. Jauh lagi perjalanan. Apa yang lepas memang sangat pahit untuk dihadapi tapi ada banyak hikmah yang tersirat.

“Saya maafkan seikhlas hati, semoga Allah menjagamu,” tulisnya.

Sebelum ini, Syamira ada berkongsi beberapa cerita yang disertakan dengan tangkap layar mesej perbualan di aplikasi WhatsApp dengan antara lain mendakwa, Neelofa dan pendakwah bebas, PU Riz sudah berkahwin di Kelantan, Neelofa membuat pemindahan wang ke akaun Riz serta terkena minyak pengasih.

Gadis berkenaan kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman Twitter yang menjelaskan dia tidak ada niat jahat ketika muat naik ciapan berkenaan.

Terdahulu, Neelofa menerusi satu kenyataan media menafikan semua tuduhan sebagaimana yang didakwa.

Penafian tersebut turut dikongsikan figura terkenal itu menerusi video di Instagram yang sehingga kini sudah pun ditonton lebih 3 juta kali beserta dengan ribuan komen.

Foto: Instagram Neelofa

Published by
MH