Penyanyi, Adira Suhaimi terpaksa menolak beberapa tawaran kerja pada minggu lepas disebabkan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan sehingga menyebabkan dia pengsan.

Menurut Adira, dia bersyukur kerana kesemua pihak menganjur faham dengan situasi yang dialaminya itu.

Adira Cerita Sebab Pengsan, Usaha Cari Masa Untuk ‘Me Time’ – “Ingatkan Diri Ini Kuat…”

“Saya dimasukkan ke hospital selama lima hari. Banyak juga tawaran yang saya terpaksa batalkan. Namun, pihak penganjur memang betul-betul faham.

“Saya memang betul-betul rebah dan sedar-sedar sahaja berada dalam ambulans,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Pujaan Hati itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pengenalan duta dan pelancaran produk terbaharu Elegant Cosmetics, baru-baru ini.

Katanya lagi, ini merupakan kali pertama dia pengsan sehingga terpaksa dikejar ke hospital dengan menaiki ambulans.

Adira Cerita Sebab Pengsan, Usaha Cari Masa Untuk ‘Me Time’ – “Ingatkan Diri Ini Kuat…”

Ads

“Saya memang ada rasa demam tapi saya ingatkan ia demam biasa sahaja. Sebelum ini, saya pernah lalui demam yang sama. Jadi, saya ingat semuanya okay.

“Saya memang tak jangka sampai boleh pengsan. Alhamdulillah ada abang-abang dan kakak-kakak ipar saya ketika itu. Mereka bertindak pantas untuk hubungi ambulans.

“Saya memang tak pernah pengsan seumur hidup. Jadi, semua orang risau,” katanya lagi.

Jelas Adira lagi, keadaannya kini sudah beransur pulih namun masih lagi dalam pemantauan.

Ads

Adira Cerita Sebab Pengsan, Usaha Cari Masa Untuk ‘Me Time’ – “Ingatkan Diri Ini Kuat…”

“Doktor kata saya alami tekanan darah rendah, terlalu penat bekerja dan demam. Dahulu saya memang ada tekanan darah rendah tapi dah lama tak kena.

“Sejak mengandung anak pertama sehingga ketiga, tak pernah ada masalah. Jadi, saya memang tak jangka akan berlaku hal seperti ini.

“Alhamduillah keadaan saya ketika ini sudah okay tapi masih perlu dipantau. Ada beberapa temu janji yang saya kena hadir,” kongsinya.

Ads

Dalam pada itu, Adira akui dirinya kita harus bijak membahagikan masa diantara kerja dan rehat.

“Kadang-kadang kita ingat diri ini kuat dan boleh buat semua kerja. Bila dah pengsan, mungkin itulah petandanya. Jadi, selepas ini, saya akan lebih berhati-hati dan curi masa untuk berehat.

“Namun, untuk tawaran kerja pada bulan Disember ini, kita telah terima lebih awal. Namun saya akan cuba untuk tidak terlalu penat atau stress.

“Kerja tetap kerja tapi kena juga ada masa untuk diri sendiri. Selama ini, kalau saya cuti sekali pun, saya akan sibuk meluangkan masa bersama anak-anak di rumah kerana itu sahaja masa yang saya ada” akhirinya.

Terdahulu, Adira dan pelakon terkenal, Fattah Amin telah diperkenalkan selaku duta baharu bagi jenama Elegant Cosmetic.

Pada acara sama, Elegant Cosmetic turut melancarkan dua produk baharu iaitu Setting Mist dan Face Mist.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI