Penyanyi Adira mengejutkan ramai apabila muncul di Mahkamah Syariah Gombak Barat, Rawang, pagi Isnin.
Kehadiran ibu kepada empat cahaya mata itu ditemani kakaknya Emma, selaku wakil bagi sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) susulan permohonan perceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu pada 25 Oktober lalu.
Permohonan itu diajukan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor bersandarkan Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Ads
Ini menjadi permohonan kedua pemilik nama sebenar Siti Adira Suhaimi, 32, selepas menfailkan tuntutan sama pada 1 April 2019 iaitu ketika hamil anak ketiga mereka.
Lapor Kosmo Online!, bagi sebutan kedua kes yang berlangsung pagi tadi, Adnan, 43, hanya datang bersendirian tanpa membawa bersama wakil seperti ditetapkan mahkamah.
Ads
Berikutan tindakan tersebut, Hakim Syarie Abdul Hadi Omar menegur ahli perniagaan terbabit yang dikatakan melambat-lambatkan proses JKP.
Susulan itu, Abdul Hadi menangguhkan sesi bersama JKP kepada 18 Disember depan Adnan membawa bersama wakil yang dilantik mewakilinya.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ketiadaan pelawak baharu, Dewa Arteh di episod pertama program, Sepahtu Reunion Live 2022 nyata menimbulkan tanda tanya di hati banyak pihak.
Kelibat Dewa yang juga merupakan pemenang Kasut Emas bagi program realiti Mencari Sepahtu Yang Hilang langsung tidak kelihatan sepanjang episod itu berlangsung.
Bagi menjawab segela kekeliruan, pelawak yang juga merupakan anggota kumpulan Sepahtu Jep akhirnya menjelaskan mengenai perkara tersebut.
Menurut laporan Astro Gempak, Jep memaklumkan Dewa sebenarnya hanya membuat kemunculan di Sepahtu Reunion Live pada edisi yang lalu sebagai bonus hadiah kemenangan dan bukannya selaku ahli tetap.
“Sebenarnya kemunculan Dewa di Sepahtu Reunion Live adalah sebagai hadiah kemenangan juara program Mencari Sepahtu Yang Hilang. Itu sahaja yang kita janjikan.
“Jadi kemunculannya setakat itu sahajalah, bukan sebagai kemunculan tetap.
“Penampilannya pada edisi terdahulu adalah sebagai bonus diatas kemenangan. Bila kita mula dengan musim baharu, dia dah tiada,” katanya seperti yang dipetik.
Katanya lagi, perkara ini sebenarnya memang sudah diketahui oleh semua peserta ketika mereka sedang bersaing di produk Mencari Sepahtu Yang Hilang.
“Mereka semua pun tahu tentang perkara tersebut, sebelum bermula program Mencari Sepahtu Yang Hilang pun kita ada maklumkan kepada semua peserta tentang hadiah bonus itu. Jadi jelas di situ,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin turut memberitahu, pada edisi kali ini, Sepahtu Reunion Live 2022 bakal diserikan lagi dengan kehadiran seorang pelawak lagenda bermula minggu hadapan.
“Saya sangat teruja dengan kemunculan seorang lagi lagenda untuk menyertai keluarga Sepahtu Reunion Live musim terbaru ini. Saya merasakan individu individu ini akan banyak membantu kami sepanjang episod.
“Saya dan banyak berkerjasama dengan individu ini dan Alhamdulillah semuanya menjadi. Cuma minggu ini dia tidak dapat hadir bersama kita. Dia akan buat kemunculan minggu depan,” akhirinya.
Terdahulu, Dewa yang juga merupakan anak kepada pelawak lagenda, Mr. Os merupakan pemenang bagi program Mencari Sepahtu Yang Hilang bersama kumpulan Arteh dan turut dinobatkan selaku pemenang kasut emas.
Sekadar informasi, program Sepahtu Reunion Live 2022 bersiaran pada setiap hari Khamis, jam 9 malam di saluran Astro Warna.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Dewa Arteh & Jep Sepahtu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah dan penerbit, Michael Ang mengharapkan ada perkembangan positif bagi mengurangkan kadar jangkitan wabak Covid-19 di negara ini, selepas kerajaan memutuskan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021 depan.
Tulisnya di Instagram, dia turut menasihatkan kepada mereka yang berkemampuan untuk saling membantu sekiranya ada.
“Salam guys! Total lockdown akhirnya! Walaupun ni dah 3 minggu lalu dah boleh dibuat. Husnuzon ajelah! We can do it!
“Lets give a go and alhamdulillah kita boleh n akan berjaya.
“Pada yang berkemampuan tu tengok-tengok orang-orang di sebelah anda. Kalau boleh bantu tolonglah. Jangan senyap aje ok! Luv you all and be safe,” tulisnya.
Sementara itu menerusi satu kenyataan pada malam Jumaat oleh Pejabat Perdana Menteri, ia antara lain menjelaskan sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.
Setakat Jumaat, seramai 2,552 orang telah meninggal dunia akibat wabak berkenaan.
Kewujudan varian-varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi dan pantas juga turut mempengaruhi keputusan yang dibuat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, usahawan dan penyanyi rap, Caprice ada memuat naik foto bersama rakan-rakan artis menerusi akaun Instagaram miliknya.
Menerusi posting tersebut, Caprice turut dilihat telah berkongsi gaya terkini sahabatnya yang juga merupakan seorang penyanyi, Sufian Suhaimi yang dilihat telah bertukar imej kepada botak.
Pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Min-hee, 43, telah selamat melahirkan seorang anak lelaki hasil hubungan bersama pengarah filem terkenal, Hong Sang-soo.Menurut laporan media tempatan,...