Berkongsi paparan mesej penting di Insta Story, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red meluahkan kesyukuran apabila Adira didakwa mahu menarik kembali permohonan cerai.

Menerusi mesej tersebut, Adira difahamkan akan menarik kembali permohonan cerai di atas sebab anak-anak.

Lagi satu, Fira, Adira nak Tarik balik perceraian tu. Adira rasa tuk anak anak Adira tak nak cerai, tq Fira,” menurut perkongsian terbabit.

IKLAN
“Adira Nak Tarik Balik Perceraian,” – Datuk Red Syukur, Masih Punya Jodoh Sama Isteri

Terdahulu Adira memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 28, memfailkan permohonan itu pada 1 April lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

IKLAN

Datuk Red bagaimanapun membantah permohonan isterinya itu.

IKLAN

Adnan, seorang ahli perniagaan menikahi Adira di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan, Adira dan Adnan dikurniakan tiga cahaya mata.

Foto : Instagram Datuk Red

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI