Menerusi petikan di Harian Metro, penyanyi Adira Suhaimi mengesahkan telah menfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak dan akan dibicarakan pukul 3.00 petang ini.
Mengikut jadual asal, perbicaraan permohonan cerai sepatutnya dilakukan jam 9.00 pagi namun diminta untuk diubah oleh penyanyi itu kerana tidak menyangka perkara itu diketahui umum.
Suami kepada penyanyi ini, Datuk Seri Adnan Abu bagaimanapun mendakwa tidak mengetahui isteri memfailkan perceraian.
“Berita mengatakan saya dan Adira mahu bercerai itu adalah palsu kerana kami masih bersama.
“Kelmarin saya baru saja pulang ke rumah Adira dan kami melakukan hubungan intim.
“Pagi semalam saya bersarapan bersamanya seperti biasa sebelum keluar bekerja. Hubungan kami baik dan mesra,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Pasangan ini bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Foto : Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI