Penyanyi Adira Suhaimi mendedahkan dia tidak pernah mengenali ‘Datuk H’ seperti mana yang diperkatakan sesetengah pihak, baru-baru ini.
Malah, pelakon drama Jangan Tinggal Abang, Dek… ini akui terkejut apabila berita itu tersebar memandangkan dia tidak mengenali mana-mana lelaki berpangkat Datuk selepas berpisah dengan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red, April lalu.
“Saya tidak tahu apa-apa. Datuk H tidak wujud. Saya tidak tahu mana datangnya sumber itu dan daripada bahagian saya, memang tidak kenal dia.
“Semestinya saya terkejut. Kalau dulu saya nak elak-elak menjawab tapi sekarang ini saya tidak pandai menipu,” katanya.
Adira berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Drama Jangan Tinggal Abang, Dek di Senja Kirana Event Space, Sentul, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Sementara itu, Adira yang kini kembali rapat dengan bekas suaminya itu turut menjelaskan Datuk Red mengetahui perkara itu.
Ads
“Dia tahu sahaja tentang Datuk H dan dia tidak kisah. Sebab dia tahu hanya dia (Datuk Red) ada dalam hati saya.
“Dalam masa sama, doakan (hubungan) kami yang baik-baik. Saya tidak mahu cakap lebih-lebih,” katanya lagi.
Tambah Adira, dia terima takdir Allah sekiranya mereka mempunyai jodoh.
Ads
“Sekarang ini kita tengah usaha. Dia pun ada benda yang tengah usahakan, sama macam saya. Tidak mahu fokus kepada percintaan semua ini.
“Sekarang sedang mencuba. Hanya beri ruang dan peluang kepada (Datuk Red). Saya rasa dia layak lagi untuk dapat peluang,” ujarnya.
Ditanya mengenai drama Jangan Tinggal Abang, Dek, Adira berkata dia berasa gembira kerana dapat kembali dalam dunia lakonan.
Ads
“Saya sangat gembira dapat kembali. Saya harap semua suka dengan lakonan ini,” katanya.
Selain Adira, pelakon yang turut menjayakan drama dalam talian tersebut adalah Adj Putra, Nabila Huda, Elly Mazlein, Fathia Latiff.
Drama tersebut disiarkan di TikTok dan Instagram Kayra TV pada setiap hari Jumaat, Sabtu, Ahad.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan pelakon, Achey Bocey menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT selepas memaklumkan ibunya kini sudah pun dilaporkan pulih sepenuhnya selepas hampir 29 hari bertarung dengan wabak Covid-19.
Jelas Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, sepanjang tempoh tersebut, semangat yang ditunjukkan oleh ibunya itu amat luar biasa sehingga dia telah pun dibenarkan pulang dari hospital pada Rabu.
“Alhamdulillah, 29 hari fight umur 70-an dengan penyakit yang sedia ada, hadir pulak Covid-19 memang semangat nak kena sangat sangat sangat kuat. Baik pesakit dan orang sekelilingnya,” tulisnya.
Perasaan gembira itu dikongsikan oleh pelakon filem, Abang Long Fadil 2 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Achey turut menitipkan ucapan penghargaannya buat para petugas barisan hadapan yang berkhidmat di Hospital Segamat, Johor kerana telah menjaga ibunya dengan baik.
Malah, Achey turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah pun mendoakan mengenai kesihatan ibunya sepanjang berada di hospital.
“Terima kasih frontliner hospital SEGAMAT. Khidmat anda tak terbalas.
“Thank you pada adik beradik saudara semua dan semua yang mendoakan mak serta keluarga kami,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut berkongsi rasa gembira selain turut mendoakan agar segalanya baik-baik sahaja buat ibu dan seluruh ahli keluarga Achey yang lain.
“Alhamdulillah, syukur Ya Allah.
“Syukur Alhamdulillah. Semoga makcik terus kuat dan sihat selalu. Ameen.
“SubhanAllah, hanya Allah yang maha penyembuh dan berkuasa. Semoga makcik terus sihat dan sembuh segera.
“Semoga Allah kurniakan mak kekuatan dan kesihatan yang berterusan. Amin Ya Allah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, keadaan ibu Achey dilaporkan buruk kerana tahap oksigen yang rendah dan terpaksa ditidurkan dalam keadaan meniarap bagi memudahkam proses pernafasan.
Malam, Achey juga pernah memaklumkan tujuh ahli keluarganya yang lain termasuk ibu serta abang dan kakaknya turut telah disahkan positif Covid-19.
Sumber: Instagram Achey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas suami kepada penyanyi Lufya Omar, iaitu Dr Che Muhammad Hafiz ada berkongsi cerita mengenai penggunaan bahasa Inggeris di dalam dunia perubatan.
Meski sudah hampir 7 tahun menuntut pengajian di sekolah perubatan di luar negara, Hafiz berpendapat mahir bertutur dalam bahasa Inggeris bukan menjadi satu ukuran untuk melabelkan seseorang itu sebagai seorang yang bijak pandai.
Selain itu, Hafiz mengakui adalah lebih mudah untuk berkomunikasi dalam bahasa Malaysia bersama pesakit oleh kerana pesakit yang dirawatnya banyak dari kalangan berbangsa Melayu.
“Belajar di Medical School hampir 7 tahun pun jarang sy tgk doc guna bahasa inggeris? First skali mmg kita tahu lah penguasaan bahasa inggeris bukan menjadi satu ukuran untuk seseorang itu di labelkan sebagai seorang yang bijak pandai.
“Ya, mmg betul jika hebat berbahasa inggeris tu kita patut rasa bersyukur kerana dikurniakan satu kelebihan extra.
“Sejak saya balik ke malaysia kebanyakan pesakit saya adalah orang melayu dan most of the time mmg sy guna bahasa melayu. Lain la masa duduk di luar negara dulu dah mmg takde pilihan lain sb semua pesakit tak pandai berbahasa melayu.
“Cuma skrang ni bila berada di malaysia kadang2 tu apabila sy jumpa pesakit bukan melayu mmg sy akan prefer untuk bercakap dalam bahasa inggeris. Itu pun pesakit yang mula dulu bercakap dlm bahasa inggeris sb nak elak miscommunication,” tulisnya.
Sebagai seorang doktor, Hafiz memberitahu aspek keselamatan dan keselesaan pesakit adalah amat penting bagi dirinya agar dapat memberikan yang terbaik kepada pesakit.
“Apa2 pun di hari jumaat yang penuh barakah ni sy selesai meeting dgn Encik shah ( kontraktor yang incharge untuk menjayakan projek regalion clinic di kota damansara) pun cakap dlm bahasa melayu dan berjaya dapat kata sepakat dah pun alhamdulilah.
“Pelbagai aspek telah dibincangkan termasuklah isu keselamatan dan keselesaan dalam klinik mengikut ukuran dan standard yang telah ditetapkan kkm.semua nya adalah untuk memastikan sy dapat berikan yang terbaik untuk patients/customers saya nanti. InsyaAllah..,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Lufya pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lana Haura, 2 tahun.
Bagaimanapun, pasangan tersebut sudah punpada 17 Jun lalu.
Foto: Instagram Dr Che Hafiz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Datuk Jovian Mandagie hari ini mengumumkan bahawa beliau telah membuat keputusan untuk menghentikan sementara jenama fesyennya, Jovian Mandagie dan Jovian ready-to-wear setelah 17 tahun berkecimpung dalam dunia fesyen.
Berita tersebut dikongsikan oleh figura berpengaruh dalam dunia fesyen di Malaysia ini pada Khamis, 9 Mei 2024 menerusi satu hantaran di akaun Instagram peribadinya.
“Setelah tempoh 17 tahun yang mengagumkan dalam dunia fesyen bersama Jovian Mandagie dan Jovian ready-to-wear. Bersama dengan pasukan yang hebat dan pelbagai peluang.
“Saya telah mendapat keistimewaan untuk mereka pakaian buat golongan elit dan kerabat diraja dari seluruh dunia. Kami telah melancarkan pelbagai koleksi dan menggayakan jutaan rakyat Malaysia.
“Meneroka pelbagai kategori fesyen dan membawa idea liar saya menjadi kenyataan. Ia merupakan kegembiraan bagi saya untuk melayan anda semua, Jovianista,” ujarnya panjang mengimbau memori dalam sepanjang berniaga fesyen.
Menerangkan lebih lanjut mengenai keputusannya, bapa kepada seorang cahaya mata ini menyatakan perubahan yang dilaluinya sebagai seorang pereka fesyen kepada ahli perniagaan.
“Seiring dengan peredaran masa, saya menyedari yang saya sudah bersedia untuk satu perubahan, untuk meneroka apa yang sebenarnya mengujakan saya. Dunia fesyen sentiasa berubah, begitu juga saya yang berubah dari seorang pereka fesyen kepada ahli perniagaan.
“Dengan perkara ini diminda, kami telah membuat keputusan untuk menghentikan sementara operasi di jenama Jovian Mandagie dan Jovian ready-to-wear.
“Kami akan menutup perniagaan ini dalam masa dua minggu, jadi kami mengajak anda untuk membeli-belah dengan kami buat kali terakhir sebelum kami melabuhkan tirai,” tambahnya lagi.
Walaupun begitu, pereka fesyen berusia 37 tahun ini menyatakan bahawa jenamanya mungkin akan membuat kemunculan semula suatu hari nanti, cuma dalam skala yang lebih besar dan lebih baik.
Imbas kembali, Datuk Jovian Mandagie memulakan jenama fesyennya ketika berusia 20 tahun dan ketika itu beliau melayan pelanggannya dari rumah ke rumah, sehinggalah beliau mampu melebarkan jenamanya dengan lebih besar dan memiliki butik di bandar-bandar terkemuka di Malaysia.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...