
Pelakon, Eira Syazira memuat naik satu video menerusi akaun Instagram miliknya.
Menariknya, video tersebut memaparkan suami Eira, Azad Jasmin sedang bergurau senda dan menyakat adik iparnya.
“Masha Allah tak jadi nak shopping di buatnyaaaaaaa”Sabar je la wahai adik ku @syainieaida” tulisnya.
View this post on InstagramMasha Allah tak jadi nak shopping di buatnyaaaaaaa ??? . Sabar je la wahai adik ku @syainieaida ?
A post shared by E I R A S Y A Z I R A (@eirasyaziraofficial) on
Lantas, video tersebut telah menarik perhatian netizen. Malah netizen turut berasa terhibur apabila menonton video tersebut.
Alahai, comel betul Azad menyakat adik iparnya. Kalau tak mengusik orang lain memang tak sah tau Azad ni.
Video : Instagram Eira Syazira
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Birthday Boy Kita Ni Pemalu Orangnya,”- Fazura Buat Kejutan Sempena Hari Jadi Suami, Sweetnya!

Pelakon, Fazura telah membuat satu kejutan istimewa bersempena dengan hari jadi suaminya, pelakon Fattah Amin, hari ini.
Fazura atau nama penuhnya Fazura Sharifuddin berkongsi momen tersebut menerusi laman Instagram miliknya.
Di samping itu, aktres jelita ini ada menitipkan ucapan manis kepada suaminya.
“Happy Birthday in advance to my Hubsbaby @fattahaminz . Susah jugak nak plan, nasib baik ada fellow mastermind Faz..
“@imantang75 untuk tolong arrange semua dengan @dee.aziz , @zieazmy , @chot and @balloon_bar .
“Birthday boy kita ni pemalu orangnya.. tapi nampak dia senyum ke telinga tu and mengaku dia sangat tak suspect apa-apa memang buat hati Faz semakin berbunga-bunga!
“Sampai sekarang ni dia masih senyum-senyum lagi. So kira berjaya lah ya? Yayy.. Alhamdulillah! Love you so much sayang! I’m so happy that you’re happy.,” tulisnya.
https://www.instagram.com/tv/CFEwmlzFWz4/?igshid=qlfz9he3l8hz
Sekadar informasi, Fattah telah dilahirkan pada 14 September 1990 dan mendirikan rumah tangga bersama Fazura pada 27 November 2017.
Video: Instagram Fazura
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Biarkan Je Dia Macam Ni,” – Ramai Bertanya, Neelofa Maklum Dah Lama Tak Cukur Kening

Ahli perniagaan dan hos terkenal, Neelofa hari ini ada memberitahu pengikutnya yang dia kini sudah lama tidak mencukur atau mencabut keningnya.
Persoalan tersebut dijawab Lofa menerusi video pendek yang muat naik menerusi Insta Stories selepas ramai yang bertanya mengenai perkara berkenaan.
“Orang banyaklah komen, cakap sama ada saya lukis atau pun cukur kening.
“Saya dah lama dah tak cukur kening, biarkan je dia macam ni.
“Untuk mereka yang rasa sangsi kalau sama cukur kening atau tidak, ia tidak dicukur atau dicabut,” katanya jujur.
Terdahulu media melaporkan bekas pengacara program MeleTOP itu mengesahkan dirinya kini sudah berpurdah.
Dalam satu kenyataan, Neelofa memohon semua pihak mendoakan perjalanan baharunya itu sentiasa dalam rahmat dan reda Allah.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hidup Hang Pun Tak Terkawai, Sibuk Lah Dok Nak Kawai Apa Orang Buat,” – Kata Nourul Jangan Menghukum, Itu Kerja Tuhan

Menerusi perkongsian Nourul Wahab di Instagram, dirinya ada memaklumkan Islam menggalakkan untuk kita saling menegur antara satu sama lain andai terlihat sesuatu yang bercanggah dengan ajaran, namun tidaklah sehingga menimbulkan amarah dan sakit hati.
Namun jelas Nourul, sesetengah netizen lebih gemar menghukum dan mengatur kehidupan individu lain yang dirasakan tidak kena pada pandangan mata.
“Dalm Islam digalakkan menegur satu sama lain andai ternampak sesuatu yang sedikit bercanggah dengan ajaran yang kita TAHU.
“Tapi dalam society kita apa yang berlaku la ni, teguq cara yang salah sampai boleh menyebabkan sakit hati orang yang diteguq. Hukumnya dah tentu lh dosa kalau buat orang sakit hati dengan cara teguq yang salah.
“Cara teguq tu satu. Ni satu lagi yang suka kawai hidup orang! Hidup hang pun tak terkawai, sibuk lah dok nak kawai apa orang buat, apa orang pakai , apa orang nak baca, apa orang nak buat.
“Ni yang jenis tak pernah analisa diri. Bagi pendapat tu boleh, tapi jangan dok sibuk nak kawai hidup orang. Orang tu tau lah nak buat lagu mana hidup dia,” kongsinya.
Tegas penyanyi Cinta Azali ini lagi, kehidupan manusia tidak sempurna dan dan tidak perlu mengambil alih tugas tuhan untuk menjatuhkan hukum.
“Kalau ditanya, baru boleh bagi pendapat. Kalau dia tak tanya, tak habaq; toksah dok gatai mulut lah nak pi kawai hidup orang tu.
“Ini berlaku kat kami. Ramai sangat yang lagu tu. Kawai diri kita dulu. Tengok hidup kita dulu. Sebab kita ni manusia. Mana ada yang PERFECT. Semua buat salah. Kalau tak buat salah, kalau tak pernah GAGAL, bukan nama nya MANUSIA.
“Jadi, jangan jawai, jangan hukum orang selagi kita tak hidup dalam hidup dia atau kita tak kenai seseorang tu. Biaq tuhan yang buat qeja menghukum ni.
“Hukum menghukum manusia adalah KERJA TUHAN. Kalau nama kita manusia, jangan dok gatai buat qeja tuhan.
“Sorry cakap direct sikit. Sebab ni on behalf kawan2 dan kami yang dok terkena dengan orang yang judgemental,” kongsi ibu kepada empat orang anak ini panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
Foto : Instagram Nourul Wahab
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI