Memang tidak dinafikan nama pelakon jelita, Fathia Latiff sering mendapat perhatian dan kecaman oleh netizen. Bermula dengan video Bigo bersama rakan artis, sehinggalah isu politik.
Walaupun pendapat dan tindakkannya sering dikecam netizen, Fathia seperti sudah lali dengan apa yang terjadi . Terbaru, entrinya sekali lagi mendapat perhatian. Kami tertanya-tanya kenapa Fathia tiba-tiba muat naik foto lama yang tidak bertudung tu?
Bagaimanapun, selepas beberapa jam memuat naik gambar kontroversi itu, dia telah menutup ruangan komen. Namun, netizen mengambil peluang untuk menyoal mengapa dia berbuat sedemikian pada gambar yang lain.
Di ruangan kapsyen Fathia menulis ‘Lovin’ someone is not an option #tbpost’ untuk menyatakan foto tersebut adalah gambar lama, atau senang kata Throwback.
Akan tetapi perbuatannya itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi seperti kononnya dirinya bakal membuka tudung.
Dalam masa yang sama, ada juga yang menasihati Fathia sebagai seorang yang sudah berhijab agar tidak memuat naik kembali gambar tidak menutup aurat.
Rata-rata mengatakan Fathia tidak perlu memuat naik gambar berkenaan dan akan mengundang kecaman dari pelbagai pihak.
Namun begitu walaupun dihujani dengan komen negatif, ada juga segelintir pengikut Fathia yang berkata pelakon itu hanyalah manusia biasa, tak akan sentiasa sempurna.Malah, ada yang turut mendoakan Fathia untuk terus istiqomah.
Sabar ye Fathia, MH harap niat Fathia memang sekadar untuk berkongsi bukanlah bermaksud apa-apa. Mungkin selepas ini Fathia harus lebih berhati-hati memilih gambar untuk dimuat naik agar tidak mendatangkan sebarang kontroversi dikemudian hari.