Bagaimanapun, pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal ini tenang mengahadapi ujian yang diberiNya.
Ads
“Hai. Hari ini ada kejadian tidak diingini berlaku ketika di set penggambaran Aneh. Saya mengalami kemalangan kecil yang tidak diduga. Tetapi tidak mengapa, semuanya ada hikmah Insya-Allah,” katanya. “Disebabkan semua teringin sangat tengok saya berlakon, jadi saya berjuang untuk hiburkan kalian. Jangan lupa saksikan cerita Aneh yang akan keluar tidak lama lagi,” katanya sambil merakam video berdurasi satu minit.
Ads
Lalu, netizen berasa gerun dan mengerikan melihat kepala Elyana dijahit.
Malah, ada juga yang bersimpati dengan nasib yang menimpa dirinya.
Video : Instagram Elyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan usahawan, Shuib akui teruja apabila pertama kali dapat menyambut ketibaan bulan Ramadan bersama isteri tercinta, Watie Hanifiah.
Menurut Shuib, dia merasakan kehidupan keluarganya di bulan Ramadan makin tersusun dengan kehadiran Watie.
“Alhamdulillah, ini merupakan tahun pertama saya menyambut Ramadan dengan isteri baharu. Ia tahun yang cukup bermakna buat saya dan keluarga.
“Sejak daripada Ramadan yang pertama, saya sudah boleh rasa keseronokkan berpuasa. Ada orang yang akan bangun pagi untuk siapkan semua dan kejutkan kita sahur.
“Begitu juga ketika berbuka. Ada juga orang yang sibuk-sibuk memasak,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, bekas anggota kumpulan Sepahtu ini juga gembira kerana dapat melepaskan rindu untuk menikmati juadah kegemarannya di bulan Ramadan iaitu, pajeri nanas.
“Alhamdulilah, tahun ini juga saya dapat makan pajeri nanas yang sangat sedap. Pada orang yang kenal saya, pajeri nenas itu merupakan menu yang saya boleh makan setiap hari ketika sahur dan berbuka.
“Dahulu, arwah isteri selalu masakkan pajeri nanas buat saya. Tahun ini saya dapat makan yang sama sedap. Resepinya berbeza kerana ini masakkan Watie,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Shuib turut memuji usaha Watie yang tidak pernah jemu untuk belajar memasak menu kesukaannya dan anak-anak.
“Macam yang pernah saya katakan dahulu, Watie ini ada tangan ajaib. Ini merupakan kali pertama dia masak pajeri nanas.
“Ada banyak makanan yang baru dia masak buat pertama kali tapi rasanya seperti sudah lama dia belajar memasak.
“Walaupun bulan puasa kita tak boleh nak rasa ketika memasak tapi hasilnya sangat sedap,” katanya lagi.
Ditanya mengenai menu kegemaran di Hari Raya, Shuib memaklumkan kuah kacang dan rendang sentiasa menjadi pilihan utamanya.
“Kalau boleh, tahun ini saya nak Watie buatkan kuah kacang dan rendang. Dua menu ini memang kepakaran arwah Sarah.
“Saya memang nak kekalkan menu-menu yang selalu arwah masakkan buat keluarga,” akhirinya.
Terdahulu, Shuib memaklumkan dia bakal mengumpulkan seluruh ahli keluarga, mentua dan sanak saudara untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di Parit Buntar, Perak.
Sekadar informasi, Shuib dan Watie telah mendirikan rumah tangga dengan hanya sekali lafaz pada tanggal 23 Jun 2023.
Sebelum ini pula, Shuib kehilangan isteri tercinta yang juga merupakan penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah disebabkan wabak COVID-19.
Mereka dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Debarannya kian terasa! Daripada 20 finalis yang dicalonkan bagi setiap kategori, akhirnya lima peserta akhir yang bakal berentap di anugerah berprestij, Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2023 telah pun diumumkan, hari ini.
Paling mencuri tumpuan sudah pastilah bagi kategori Selebriti Tergempak yang menyaksikan saingan daripada penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bakal berentap dengan pelakon meningkat naik seperti Meerqeen, Anna Jobling dan Amir Ahnaf.
Sementara itu, Dolla mengekalkan reputasi mereka sebagai grup popular tanah air apabila dua buah lagu mereka tercalon dalam kategori Video Muzik Tergempak.
Dalam pada itu, penyanyi popular, Aina Abdul pula tercalon bagi kategori bagi kategori Lagu/Audio Tergempak menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu.
Aina bakal bersaing dengan beberapa penyanyi lain seperti Danial Kifli dan Firdaus Rahmat.
Bagi ketegori Drama Popular pula, lima drama yang tercalon adalah Projek: High Council, Hijrah Jannah, From Saga With Love, My Famous Ex-Boyfriend dan Melur Untuk Firdaus 2.
Berikut adalah senarai penuh finalis Top 5 yang akan bersaing di GMWA 2023;
Gamer Tergempak
Video Tergempak
Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak
Digital Content Creator (Motivator) Tergempak
Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak
Pengumuman Top 5 GMWA 2023 telah diadakan menerusi satu majlis sidang media yang berlangsung di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Rabu.
GMWA 2023 bakal diadakan secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 25 Februari ini.
Empat pengacara terkenal tanah air iaitu Sean Lee, Amelia Henderson, Sherry Al-Hadad dan Zizan Razak telah dipilih untuk mengemudikan malam anugerah yang memasuki edisi kedua ini.
Menampilkan tema Y2K, GMWA 2023 akan mengimbas kembali era kebangkitan evolusi digital dari segi fesyen, muzik, dan gaya hidup.
Undian calon Top 5 bagi setiap kategori boleh dilakukan di laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com bermula 17 Januari, jam 6 petang sehingga 25 Februari 2024, jam 12 tengahari.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konsert minggu pertama One In A Million (OIAM) yang bersiaran secara langsung dari Studio NTV7, Shah Alam pada Ahad menyaksikan saingan daripada 20 peserta terbaik.