Usahawan sensasi, Nur Sajat ada berkongsi satu entri yang disertakan dengan luahan yang dipercayai menjurus kepada apa yang berlaku dalam hidupnya.
Perkongsian yang dibuat penyanyi Makhluk Penggoda itu awal hari ini nyata mengundang perhatian ramai seterusnya memberikan pelbagai spekulasi.
“Sometimes when you love someone who isn’t right for you, no matter how much you love them and want them back you have to let them go,” tulisnya.
Meski tidak menyebut nama mana-mana individu, namun Sajat pada masa sama turut muat naik beberapa status di Insta Stories juga.
“Semuanya dah berubah, kau masih macam tu. Kau pukul aku lagi, cukuplah setakat ini,” tulis Sajat menerusi salah satu entri di IG Stories miliknya.
Foto: Instagram Sajat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Class,” – Kebaya Songket Berkain Duyung & Gaun 2 Bulan Untuk Disiapkan, Busana Resepsi Raysha Rizrose Cantik On Point!
Sah disatukan sebagai suami isteri pada 22 Februari lalu, pasangan pengantin baharu, pelakon Raysha Rizrose dan suami, Nabil Jeffri, 30, akhirnya selesai mengadakan majlis resepsi pada malam Ahad.
Berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur, penampilan Raysha atau nama sebenar, Farza Naquraisha Mohd Fariz, 27, memukau mata setiap yang melihat dua persalinan busana serba elegan dan anggun yang digayakannya pada malam itu.
Menerusi persalinan pertama, Raysha dan Nabil memilih songket hijau zaitun rekaan Rizman Ruzaini yang diberi detailing cukup menarik lebih-lebih lagi di bahagian lengan serta dada baju.
Pereka fesyen itu berkongsikan gambar pasangan mempelai di laman Instagram miliknya serta memperincikan keindahan kebaya yang direka mereka.
“Berseri-seri pengantin baru, Raysha dalam persalinan Rizman Ruzaini Bridal Couture.
“Kebaya songket berkain duyung diperindahkan dengan tintaan batuan mengilau,” tulis pereka fesyen duo itu.
Manakala untuk busana kedua, Raysha menggayakan gaun rona kelabu manakala sang suami tampil kacak dengan sut hitam putih.
Menurut Rizman Ruzaini, gaun tersebut mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan sepenuhnya.
“Untuk persalinan kedua, kami suntikkan kisah dogengan ke dalam ball gown Raysha ini.
“Gaun mega ini dititip dengan perincian batu kristal dan swarovski yang mengambil masa hampir dua bulan untuk disiapkan,” tulis Rizman Ruzaini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan peminat melahirkan rasa kagum dan wow dengan hasil kerja Rizman Ruzani malah memuji kecantikan Raysha dalam persalinan tersebut.
“Lawa gila.
“Simple but elegant.
“Perfect!
“Lawa macam kerabat.
“Muka ada class, seriously cantik mahal.
“Cantik sangat, warna yang sesuai dengan pasangan ni.
“Macam kerabat diraja, elok sesuai, semoga till jannah,” komen sebahagian netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Angkatlah Wabak Ini…,”- Pihak Masjid Minta Khariah Solat Jemaah Di Rumah, Perkongsian Zoey Rahman Ini Bikin Hati Netizen Sayu
Susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran penularan wabak COVID-19, kebanyakkan lokasi dan premis diarahkan untuk ditutup buat sementara waktu termasuklah rumah ibadat seperti masjid, gereja, kuil dan sebagainya.
Lantaran itu, pelakon dan usahawan, Zoey Rahman ada berkongsi sebuah video yang sempat dirakam sewaktu pihak masjid di kawasan perumahannya membuat pengumuman supaya para jemaah tidak perlu datang ke masjid dan hanya menunaikan solat jemaah di rumah.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi pembesar suara masjid yang turut boleh didengari penduduk sekitarnya.
Ya Allah, maafkan kami, angkatlah wabak ini dari kami pic.twitter.com/peBwM1kbUf
— zoey rahman (@zoeyrahman7) March 17, 2020
“Ya Allah, maafkan kami, angkatlah wabak ini dari kami,” tulisnya ringkas.
Video yang dikongsi dilaman Twitter itu menghadirkan rasa sayu di kalangan netizen.
Selain turut bersedih, rata-rata netizen turut menitipkan doa supaya wabak ini berakhir segara seterusnya berdoa agar segala aktiviti harian dapat dijalankan seperti biasa.
Bermula hari ini, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk mengurangkan pergerakan terutamanya aktiviti luar sebagai langkah pencegahan untuk membendung wabak COVID-19 daripada terus merebak.
Sumber: Twitter Zoey Rahman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Kisah Apa Yang Berlaku Tapi..,”- Dikatakan Perli Artis Lain, Afdlin Shauki Mohon Maaf Terbuka Di IG
Terdahulu, pelawak Datuk Afdlin Shauki ada memuat naik sekeping gambar ketika dia mengimbau dirinya saat bergelar penyampai anugerah ketika dia di usia muda menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi posting tersebut, pelawak yang berusia 47 tahun itu telah menerima kecaman daripada netizen kerana merasakan perkongsian Afdlin itu seakan seperti memerli artis lain.
Berikutan dengan itu, pelawak yang berasal dari Johor Bahru itu telah memohon maaf secara terbuka di Instagram mengenai hal tersebut.
“Assalammualaikum. Sekali lagi saya nak minta maaf kerana admin saya yg sangat nakal. Saya tak kisah pun apa yg berlaku tapi mungkin overexcited kut admin nak buat content yg disruptive… so sekali lagi i apologize.”
“I don’t care kalau nobody likes me because people who knows who i am, know i am not a dick. Aku tak suka publisiti murah… aku lagi rela main dgn kucing dari sibuk sibuk dunia glamour ni… i am about my work… i do good work and am proud of it.”
“InshaaAllah god knows my heart… admin please check with me before updating anything controversial. Haters korang boleh simpan korang punya hate because i only care about my true fans and friends. I only have love for all of you”tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on
Malah, posting yang dimaksud itu juga sudah pun diedit pada bahagian kapsyen agar tidak menyentuh hati mana-mana pihak. Bagus dengan cara profesional Afdlin.
Video : Instagram Afdlin Shauki
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI