Umum mengetahui bahawa pelakon dan usahawan, Abby Abadi masih menjalinkan hubungan baik bersama bekas suami, Norman Hakim meski sudah berpisah.

Malah hubungan silaturrahim yang terjalin kekal dibina meski masing-masing sudah memiliki keluarga sendiri.

Bagaimanapun, Abby dilihat seolah-olah menjawab soalan individu yang secara tiba-tiba bertanya mengenai hal silam di antaranya dengan Norman Hakim.

Ia berdasarkan kepada satu kapsyen yang dibuat Abby menerusi Instagram iaitu;

“Suami Sy @jaiezzany Ada kt rumah ni, sama2 sibuk berniaga & main dgn anak2 generasi kedua kami hehe.

“Tak! tak! dia tak ceraikan saya.

Ads

“Aduhaii.. baru main IG, masuk rumah org tanya, kenapa kena cerai,” tulis Abby.

Bintang Gerak Khas ini pada masa sama turut mendedahkan isu lamanya bersama bekas suami cukup hangat suatu ketika dulu.

“Ke dia baru keluar gua & tanya pasal Oman? Sebab dgn Oman cerai paling meriah sekali Sabar jap ye.

“Nanti Sy jawab berserta gambar mesra kami ye.

Ads

“Gelak2 jugak, meh support Sy berniaga ni. Cukup sale 10k hari ni baru Sy keluarkan gambar mesra dengan Oman hahaha,” tulisnya.

“Aduhai… Baru Main IG, Masuk Rumah Orang Tanya Kenapa Kena Cerai,” – Abby Abadi

Menerusi perkongsian terbabit, para peminat dilihat ada memberikan reaksi.

Ads

Imbas kembali, Abby atau nama penuhnya Arbaiyah Abd Manan mendirikan rumah tangga bersama Norman Hakim sekitar Januari 2002.

Bagaimanapun, keduanya mengambil keputusan untuk bercerai pada Disember 2008.

Hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Marissa Dania Hakim, Mohamed Danish Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Abby kini bahagia harmoni bersama suaminya, Muhammad Faizal Zakaria yang dikahwininya pada Ogos 2015.

Foto: Instagram Abby Abadi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI