
Tular di laman sosial apabila seorang netizen membawa troli ST Rosyam Mart menaiki pengangkutan awam, LRT mengundang kemarahan netizen.
Sikap tidak bertanggungjawab individu itu nampaknya telah mendapat perhatian Datuk Rosyam Noor, pemilik pasaraya tersebut.
“Aduhhh Kenapa Dengan Troly Aku Kau Angkut Sekali.”
View this post on InstagramAduhhhh kenapa dengan troly aku kau angkut sekali
A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam) on
Netizen ternyata keliru dengan kelakuan luar biasa individu itu dan menyifatkan tidak tahu mahu marah atau ketawa.
Mungkin disebabkan tidak mampu memiliki empunya pasaraya, dapat troli pun bolehlah.
Foto – Instagram Rosyam Noor
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Body Shaming Dah Tak Cool Dah,” – Aizat Amdan Akui Terkesan Sering Ditegur Pasal Bentuk Badan

Penyanyi dan komposer Aizat Amdan menyifatkan perbuatan ‘body shaming’ adalah suatu perkara yang tidak cool dan seharusnya dihentikan oleh mana-mana pihak yang berniat sedemikian.
Menurut Aizat, 34, dia mengakui berasa terkesan selepas dirinya dijadikan mangsa ‘body shaming’ berikutan keadaan terbaharu membabitkan fizikal tubuh badannya.
“Sekarang orang kena faham yang ‘body shaming’ tu dah tak cool dah.. contohnya mereka berkata tentang tubuh badan saya bila saya buat festival dulu, beribu-ribu orang datang cakap pasal badan saya, benda tu (buat) saya tak puas hatilah.
“Saya rasa dalam fatwa (body shaming orang) pun berdosa.. kenapa awak nak sebarkan dosa sampai semua orang kena body shaming.
“Saya luahkan kepada isteri yang sebenarnya benda ini beri kesan dekat saya dan mungkin disebabkan itu saya dah tak post banyak benda (di media sosial),” kata Aizat kepada MH.
Aizat ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Indigital dan FYP Media yang diadakan di Bangsar baru-baru ini.
Sementara itu ketika ditanya pengalamannya pertama kali beraya sebagai seorang suami, Aizat berkata dia raya kali ini dia dapat merasai sendiri kesesakan jalan raya selama lima jam dari Kuala Lumpur ke kampung di sebelah isterinya, Elyssa Alia yang terletak di Johor Bahru.
“Sebelum ini memang saya raya di Ampang sahaja dan tidak pernah melalui pengalaman orang lain tersangkut dalam jammed sampai berjam-jam.
“Pertama kali saya rasai jammed selama lima jam dari KL ke JB sahaja. Tapi saya okay sahaja sebab dapat mengenali lebih rapat lagi dengan sanak-saudara sebelah isteri saya,” katanya lagi.
Untuk info, Aizat mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Elyssa Alia pada 14 Ogos lalu di Puchong, Selangor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aliff Aziz Nombor 1 Lagi, Adibah Noor Kedua Dengan 72.8 Peratus & Nico Paling Corot, Lihat Juga Markah Diraih Semua Bintang GV8

Tiada penyingkiran untuk konsert minggu kedua program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung malam tadi, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Bertemakan Masih Aku Terasa, Aliff sekali lagi mengumpul markah tertinggi dengan 81 peratus sementara Adibah Noor menduduki tempat kedua dengan 72.80 menerusi lagu asal nyanyian Rahim Maarof, Istana Menanti.
Nikki Palikat di tempat ketiga dengan 71.70 peratus diikuti Suki Low dengan 69.70 peratus.
Ini carta kedudukan semua peserta bertanding;
Kesemua bintang GV8 diadili juri professional Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Ramli MS dan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.
Konsert GV8 diacarakan pasangan pengacara popular, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Juara akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 serta trofi.
Program tersebut membariskan 13 penyanyi yang menyaksikan persaingan tiga penjuru yang disertai artis-artis dari negara ini termasuk Indonesia dan Singapura.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mahu Sesuatu Bermakna Sempena Hari Jadi, Ini Yang Dilakukan Pelakon & Usahawan Fesyen Nurin Afiqah

Pelakon yang juga pengusaha fesyen, Nurin Afiqah yang kini tampil dengan koleksi baharu di bawah jenama Nada Identity iaitu Summer To Remember menjelaskan ia merupakan cetusan idea yang diterjemahkan kepada pengalamannnya ketika berada di negara orang.
Nurin Afiqah atau nama sebenarnya, Nurin Afiqah Zulkifli, 27, berkata dia mahukan sesuatu yang istimewa, mengenangkan kecintaan yang tinggi terhadap dunia fesyen dan kecantikan.
Malah graduan lulusan Pengurusan Perniagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini juga mahu memastikan pelanggan mencapai kepuasan terbaik terhadap koleksi baharunya itu.
“Apa yang boleh saya simpulkan, Summer To Remember ialah rangkuman daripada pengalaman saya sewaktu melancong ke Eropah sebelum ini. Kebetulan musim panas jatuh pada bulan hari jadi saya iaitu bulan Julai.
“Jadi mengapa tidak untuk saya jadikan momen tersebut sebagai kenangan yang lebih bermakna. Sebab kalau kita tengok, musim panas di Eropah sangat cantik dengan warna warni bunga-bungaan.
“Secara langsung, ia memberi inspirasi untuk saya terjemahkan ia terhadap koleksi ini dengan lebih ramai pelanggan di luar sana. Besar harapan saya agar koleksi ini dapat diterima ramai,” katanya.
Nurin Afiqah yang turut dikenali sebagai personaliti media sosial ini berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Summer To Remember di Majestic Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Koleksi yang hadir dengan tiga jenis material dalam satu koleksi ini juga sekaligus mencerminkan imej baharu Nada Identity yang lebih matang meski masih mengekalkan konsep floral.
“Koleksi ini saya anggap sebagai permulaan dan wajah baharu untuk Nada yang lebih matang, sesuai untuk wanita bekerjaya.
“Buat pertama kalinya juga, kami keluarkan tujuh penampilan berbeza dalam masa satu bulan. Terdapat tiga jenis material iaitu denim, pleated floral dan cotton.
“Yang penting, kesemuanya berkonsepkan floral bagi memberikan nuansa musim panas,” katanya lagi.
Mengulas mengenai perancangan masa depan Nada Identity, pelakon drama Wifi Sebelah Rumah ini optimis untuk mengembangkan bisnes yang diusahakan.
“Buat masa ini kami hanya ada showroom, namun matlamat saya ialah untuk membuka butik sendiri. Insya-Allah pada tahun hadapan,” katanya yang turut memaklumkan, ‘pop-up store’ Nada akan dibuka di KLCC, Ogos ini.
Pada majlis sama, Nurin Afiqah turut diraikan bersempena dengan hari jadi sambil disaksikan tetamu yang hadir seperti Sophia AlBarakbah, Aprena Manrose, Che Puan Syamim, Shaza Bae dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI