Pelakon Aedy Ashraf teruja dan tidak percaya apabila filem terbaharu lakonannya, Kahar: Kapla High Council terus merekodkan pencapaian sukses apabila kini mencecah kutipan sebanyak RM13 juta setakat ini.
Filem arahan Razaisyam Rashid terbitan Astro Shaw bersama beberapa produksi lain itu ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 28 November lalu.
Sukses RM13 Juta!
“Kalian memang ‘amazing’! Tak percaya kita mampu capai box-office RM13 juta, 13 juta kali terima kasih dari kami kepada kalian yang menonton filem kami!
“Kemenangan ini bukan hanya kepada kami, tetapi untuk kalian juga. Dedikasi kami kepada setiap daripada kalian hebat, yang sentiasa memberikan sokongan yang tidak pernah berakhir. Terima kasih.
“Terus mencintai dan sokong filem tempatakan kita, okay?,” kongsinya.
View this post on Instagram
Dedikasi tersebut dikongsikan Aedy menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, pada Jumaat.
Ramai Memuji Para Pelakon
Selain Aedy, naskhah yang mendapat klasifikasi 18 dari Lembaga Penapis Filem (LPF) turut menampilkan Amir Ahnaf, Fadhli Masoot, Sky Iskandar, Fazziq Muqris, Ayie Khairie, Thompson Goh, Khenobu dan Hasnul Rahmat.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan penghargaan sama selain tak kurang yang memuji keberkesanan para barisan pelakonnya yang mampu menjiwai watak dengan baik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI