Pada Sabtu malam yang lalu kira-kira jam 11 malam waktu Malaysia, pelakon dan pelawak, Afdlin Shauki selamat tiba di Lubnan.
Tujuan Afdlin ke Lubnan adalah untuk melaksanakan misi kemanusiaan iaitu Misi Bantuan Pelarian Syria selama seminggu.
Di dalam misi kemanusiaan tersebut, saluran bantuan yang bakal diberikan kepada pelarian di Syria di sana adalah seperti bantuah dalam bentuk wang, makanan dan ubat-ubatan.
Rombongan ke Lubnan ini juga turut disertai oleh lima orang wakil dari Yayasan kubra dan Yayasan Afdlin Shauki.
Terdahulu, sebelum Afdlin bertolak ke Lubnan, dia ada berkongsi sedikit tentang apa yang telah membuka hatinya untuk memberikan bantuan adalah kerana hatinya tersentuh apabila mengetahui pelarian di Syria hanya berbuka dengan memakan rumput sahaja.
“Saya masih ingat pada tahun lalu ketika sedang berbuka puasa, seorang rakan memberitahu pelarian di Syria berbuka puasa dengan merebus rumput!.
“Serentak itu, saya rasa terpukul dan perasaan ingin kesana pada Ramadan sangat kuat dan telah membuat perancangan teliti untuk membantu menerusi Yayasan Afdlin Shauki dan Yayasan Kubra sejak beberapa bulan lalu,” katanya.
Untuk pengetahuan semua, Afdlin mula bergiat aktif dalam melakukan kerja-kerja amal sejak tahun 2012 lagi dan pernah ke Jordan pada awal tahun 2015.
Namun misi bantuan Syria pada bulan Ramadan ini merupakan kali pertama buat dirinya.
Semoga perjalanan Afdlin dan misi kemanusiaannya di sana berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Diharapkan juga dengan sedikit bantuan daripada misi kemanusiaan ini dapat memberikan sedikit kesenangan kepada pelarian-pelarian di sana.
Sumber: Instagram Afdlin Shauki
[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]