Konsert ‘Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur’ telah berlangsung dengan jayanya di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Acara yang dianjurkan Kharisma Music (KM) dengan kerjasama Alha Alfa, Intan Gelombang dan Futurace itu nyata mendapat sambutan luar biasa apabila berjaya menghimpunkan ribuan penonton yang ternyata tidak sabar untuk menyaksikan dua penyanyi Indonesia itu beraksi di satu pentas yang sama.
Menurut Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengasas Kharisma Music, Ahmad Jeffny, dia amat teruja dengan sokongan yang diberikan para penonton seterusnya merancang untuk mengadakan acara konsert yang lebih besar pada masa hadapan.
“Kami sangat bersyukur dengan kehadiran peminat Afgan dan Lyodra yang sanggup ‘turun’ ke Kuala Lumpur dari serata negara semata-mata ingin menyaksikan konsert ADA ini.
“Untuk tahun 2024 ini, kami sedang dalam perancangan untuk menganjurkan lebih banyak konsert dan akan mula mengadakan beberapa siri konsert di luar negara seperti Indonesia dan juga Singapura pada tahun hadapan,” katanya.
Ads
Pada malam tersebut, Afgan nyata memukau para penonton yang hadir menerusi persembahan lagu-lagu hits seperti Jodoh Pasti Bertemu, Bawalah Cintaku, Kamu Yang Ku Tunggu dan banyak lagi.
Menurut Afgan, semangat yang ditunjukkan para peminat Malasyia nyata luar biasa dan dia sememang memanti suasana seperti ini sejak lama.
“Pengalaman malam ini sungguh luar biasa. Saya berasa teruja dapat berkongsi pentas dengan Lyodra dan berinteraksi secara lebih intim dengan peminat saya di Kuala Lumpur,” katanya lagi.
Ads
Konsert Ada ini terus digamatkan menerusi persembahan penyanyi jelita dan kecil molek, Lyodra yang tampil memukau menerusi kualiti vokalnya yang sesemangnya tidak perlu disangkal lagi.
Penyanyi yang kini mencetuskan fenomena di Indonesia telah menghiburkan peminat menerusi lagu-lagu popularnya seperti Sang Dewi, Tak Dianggap, Menyesal dan banyak lagi.
Ads
Kata Lyodra, dia amat teruja untuk bertemu dengan peminat di Malaysia buat pertama kali.
“Saya sangat berbesar hati dapat mengadakan konsert di sini dan bertemu dengan peminat yang sentiasa menyokong kerjaya muzik saya selama ini,” ulasnya.
Konsert ‘Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur’ inu turut diserikan lagi dengan persembahan pembukaan daripada penyanyi baharu berbakat besar, Ash Fasryll.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti popular, Neelofa memaklumkan dia masih lagi belum bersalin anak kedua, sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak susulan keberadaannya di hospital sejak beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, Neelofa, 34, berterima kasih atas kata semangat serta titipan doa yang diberikan peminat.
“Alhamdulillah keadaan saya semuanya baik dan masih menghitung hari untuk menyambut anak kedua.
“Ramai yang sangkakan kemasukan saya ke hospital kerana sudah selamat melahirkan, namun saya di hospital beberapa hari atas nasihat doktor dan tujuan pemerhatian kesihatan saya,” katanya.
Hos Next To Neelofa itu mengakui akan berkongsi berita gembira itu kepada semua pihak.
“InsyaAllah, kami akan kongsikan secara rasmi bila sampai waktunya nanti. Mohon semua doakan yang baik-baik,” katanya lagi.
Terdahulu pada Jumaat, suami Neelofa, Haris Ismail atau PU Riz menerusi sebuah program yang dihadiri memaklumkan isterinya bakal bersalin pada bila-bila masa.
Dalam pada itu, rakan gandingannya iaitu Fakhrul Radhi memohon doa agar urusan Neelofa dan PU Riz dipermudahkan Allah SWT.
Sementara itu, Neelofa ketika ditemui di sebuah majlis pada Selasa mengakui agak gementar untuk kelahiran kedua kerana memikirkan proses yang akan dilaluinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pemberita dan pengulas sukan tersohor, Abu Bakar Atan dikatakan bakal membuat penampilan terakhirnya bersama syarikat stesen televisyen swasta, TV3 hari ini.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh wartawan, Hasnida Hanim menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram miliknya.
Jelas Hasnida, Abu Bakar atau lebih popular dengan panggilan Abang Burn merupakan antara watak penting yang mencorakkan kerjayanya sebagai seorang wartawan sukan.
“Esok hari terakhir Abu Bakar Atan @abakaratan berkhidmat bersama TV3 sebagai penyampai sukan di Buletin Utama TV3.
“Sifu yang mula-mula mengajar saya dalam dunia kewartawanan sukan kepada seorang lepasan graduan Sains Sukan yang masa tu tau sukan silat je,” kongsinya.
Dalam pada itu, Hasnida turut berkongsi pengalaman pahit manis sepanjang berkerja bersama ikon penyiaran sukan itu.
“Ya rabbi memang skrip teruk nak pulak buat cerita bola sepak score 0-0 memang tak reti sebab masa tu balik dari stadium cakap dengan a. Burn “A. Burn game tadi 0-0 saya tak buat skrip”. Dia punya marah tak payah cakap la tapi tu semua pengalaman alhamdullilah.
“Banyak ilmu dan nasihat saya pelajari. Terima Kasih A. Burn semoga terus berjaya!,” tulisnya lagi.
Malah, Hasnida turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat apa sahaja bidang yang diceburi oleh Abu Bakar selepas ini.
Terdahulu, Abu Bakar difahamkan harus meninggalkan bilik berita TV3 kerana dikatakan bakal menjawat jawatan penting di tempat baru yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi.
Sumber: Instagram Hasnida Hanim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan hos, Ajak Shiro berkongsi memori tak ternilai dari isteri, Nur Afifah binti Amin sewaktu diberitakan pemergian pendakwah terkenal, Ustaz Ismail Kamus.
Cerita si isteri, sewaktu dia berusia tujuh tahun, dia pernah bertemu Allahyarham Ismail Kamus yang pada ketika itu arwah sedang menyampaikan ceramah di daerah Kluang.
Jelasnya, masih segar dalam ingatan akan keperibadian arwah yang pandai mengambil hati kanak-kanak dan turut diajak berbual.
“Isteri saya bersedih dengan berita pemergian Allahyarham Ustaz Ismail Kamus.
“Ketika isteri saya kecil, waktu itu dia berusia 7 tahun, isteri saya pernah bertemu Beliau.
“Ustaz ceramah di daerah Kluang waktu itu. Isteri saya diriba dan bersembang dengan beliau. Pandai ambil hati kanak-kanak.
“Segar dalam ingatan Isteri saya hingga hari ini. Semoga rohnya ditempatkan bersama insan yang beriman dan ketika kita kehilangan insan seperti ini, sememangnya itu adalah musibah bagi kita.
Terdahulu, pendakwah terkenal dan pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Datuk Ismail Kamus menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.30 tengah malam di kediaman beliau di Ampang.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, rata-rata peminat turut menzahirkan rasa selain memberi penghormatan terakhir buat pendakwah terkenal negara itu. Al-Fatihah.
Foto : Instagram Ajak Shiro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Conor Maynard, sebelum ini terpalit kontroversi apabila namanya dipetik sebagai bapa kepada bayi yang baru dilahirkan bintang The Traitors, Charlotte Chilton.
Namun kini,...