Nama penyanyi dan pelakon, Afieq Shazwan menjadi bualan di media sosial apabila dia muncul sebagai bintang utama menerusi drama bersiri, Diari Seorang Suami.

Penampilannya memberikan reaksi pelbagai di kalangan netizen, misalnya ada yang menyifatkan wajah Afieq tak komersial dan tidak bersesuaian dengan watak Hairi yang dibawakan di samping Yuna Rahim.

Mengulas mengenai dakwaan tersebut, Afieq akui apa yang diperolehi adalah peluang dan dia turut bertanya apakah ciri-ciri komersial yang dimaksudkan.

Afieq Shazwan Jawab Balik Bila Dikata Wajah Tak Komersial, Tapi Boleh Jadi Hero – “Terpulang… Saya Sudah Berikan Yang Terbaik.” Afieq Shazwan Jawab Balik Bila Dikata Wajah Tak Komersial, Tapi Boleh Jadi Hero – “Terpulang… Saya Sudah Berikan Yang Terbaik.”

“Okay kita tanya balik, komersial tu macam mana? Wajah komersial sekarang dengan komersial dulu macam mana? Sejujurnya, ini peluang saya. Jadi, komersial atau tidak terpulang pada selera penonton.

Ads

“Saya sudah berikan yang terbaik. Saya sendiri rasa watak ini berat untuk dijayakan. Komersial atau tidak, saya tidak boleh komen sebab tertakluk pada bagaimana orang melihat saya. Nilai komersial itu bersifat subjektif dan saya tiada jawapan yang tepat,” katanya.

Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Muhammad Shafieq Shazwan Zamros ini turut menjawab tentang segelintir penonton yang masih melihat Afieq sebagai seorang pelakon kanak-kanak, meski usianya kini sudah mencecah 24 tahun.

Afieq Shazwan Jawab Balik Bila Dikata Wajah Tak Komersial, Tapi Boleh Jadi Hero – “Terpulang… Saya Sudah Berikan Yang Terbaik.” Afieq Shazwan Jawab Balik Bila Dikata Wajah Tak Komersial, Tapi Boleh Jadi Hero – “Terpulang… Saya Sudah Berikan Yang Terbaik.”

Ads

“Saya sedar tentang perkara ini. Mungkin penonton sudah terbiasa melihat saya di layar kaca membawakan watak remaja, sebab itu mereka masih ada tanggapan bahawa saya masih lagi muda.

“Sebenarnya, saya ada menerima banyak tawaran berlakon bagi watak dewasa. Tetapi saya tidak dapat menjayakannya lagi atas alasan kekangan masa.

Ads

“Jadi, sebagai permulaan, saya membawakan watak Hairi iaitu lelaki kahwin muda,” katanya lagi.

Afieq Shazwan Jawab Balik Bila Dikata Wajah Tak Komersial, Tapi Boleh Jadi Hero – “Terpulang… Saya Sudah Berikan Yang Terbaik.” Afieq Shazwan Jawab Balik Bila Dikata Wajah Tak Komersial, Tapi Boleh Jadi Hero – “Terpulang… Saya Sudah Berikan Yang Terbaik.”

Afieq Shazwan Jawab Balik Bila Dikata Wajah Tak Komersial, Tapi Boleh Jadi Hero – “Terpulang… Saya Sudah Berikan Yang Terbaik.”Drama bersiri yang disiarkan menerusi slot Lestary TV3 bermula 12 November itu turut menampilkan Keith Foo, Fimie Don, June Lojong, Syanie Hisham, Khal Isyaf, Sani Sudin dan ramai lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI