Bekas pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi berkongsi khabar gembira apabila memaklum dia selamat melangsungkan majlis pernikahannya bersama gadis pilihannya yang dikenali sebagai Aleesya Tajul pada Sabtu.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Khairul menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
“Finally I married my beautiful girl my life,” tulisnya ringkas.
Pasangan sama cantik sama padan ini dilihat segak mengenakan sepersalinan rona putih lengkap songket berwarna kelabu.
Menerusi entri yang dikongsikan oleh Aleesya dilaman Instagram pula, dia amat bersyukur kerana segala urusan perkahwinan mereka telah dipermudahkan.
“After 2 months and 9 days bercinta, finally! We made it,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan selebriti tempatan turut menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga pasangan ini akan kekal bahagia hingga ke Jannah.
Antara yang turut tidak ketinggalan menitipakan ucapan termasuklah rakan seperjuangan yang juga merupakan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syarin.
Dalam perkembangan lain, sebelum ini, Khairul atau popular dengan jolokan SuperKIP telah pun mengumumkan persaraannya daripada sukan permotoran meskipun usianya baru sahaja mencecah 22 tahun.
Kecederaan yang dialami Khairul sehingga memaksanya untuk memotong sebahagian jari kelengkeng dikatakan sebagai antara sebab pelumba tersebut sukar untuk kembali ke prestasi asalnya.