Pelakon, Ardell Aryana berkongsi video dia memandu kereta di laman Instagramnya, baru-baru ini.
Kata Ardell, sudah berbulan dia tidak memandu kereta atas nasihat doktor kerana kondisinya itu.
“After a few months, i didn’t touch or drive the car because of my condition and doctor ask me to slow down driving cars because of my blood pressure its not stable .
“So today i challenge myself to be back on the wheel after a long break.
Ads
“I feel alive to do what i love the most, that is driving a car… now i dont need a driver anymore to drove me anywhere i want to go.
“#alhamdulillah i did it . #4×4 #4x4trucks #blessed #dontlosehope #youdeservethebest,” tulisnya.
Sebelum ini, Ardell dilaporkan mempunyai masalah kesihatan dan harus menjalani rawatan kemoterapi namun hingga kini dia tidak menjelaskan penyakit yang dihadapinya.
Ads
Dalam pada itu, menjengah di ruangan komen, para peminat berterusan memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Ads
Sememangnya ramai yang mengikuti perkembangan Ardell sejak dikhabarkan sakit tempoh hari. MH juga doakan semoga Ardell akan cepat sembuh.
Foto/Instgaram: Ardell Aryana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Sri Rossa mencipta sukses tersendiri apabila penjualan tiket pra-jualan Konsert Rossa: Here I Am yang dibuka pada 11 November lalu bermula jam 3.00 petang menerusi platform Ticket2U habis terjual dalam tempoh tiga jam.
Lebih mengujakan, tiket bagi kategori Festival pula ‘licin’ dalam masa 4 minit, sekaligus membuktikan pengaruh dan populariti penyanyi lagu Hey Ladies ini masih kuat di negara ini.
Sinonim dengan barisan lagu hits yang turut popular di Malaysia, penampilan Rossa di dalam sebuah konsert berskala besar pastinya menjadi antara momen yang dinantikan peminat setianya.
Konsert Rossa: Here I Am di Kuala Lumpur yang bakal dilangsungkan pada 14 Jun 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil, dianjurkan Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production dengan kerjasama SAH Entertainment.
Antara lagu yang bakal disampaikan Rossa di dalam konsert itu nanti termasuk Nada-Nada Cinta, Pudar, Hati Yang Kau Sakiti, selain segmen persembahan eksklusif yang hanya akan dipersembahkan pada malam istimewa tersebut nanti.
Meluahkan rasa teruja, Rossa akui tidak sabar untuk kembali membuat persembahan konsert di Malaysia.
“Saya sangat teruja untuk kembali ke Kuala Lumpur dan menyampaikan lagu-lagu yang membawa maksud mendalam buat saya.
“Sokongan peminat di sini sentiasa menghangatkan hati saya dan saya tidak sabar untuk berkongsi detik istimewa ini bersama mereka setelah 25 tahun berkarya,” katanya.
Rossa juga baru sahaja muncul dengan filem dokumentari, All Access to Rossa 25 Shining Years’ yang turut ditayangkan di pawagam Malaysia pada Oktober lalu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato’ Aizuddin Ghazali, menyatakan rasa terujanya terhadap kolaborasi terbaharu ini.
“Kami di PRIHATIN amat berbesar hati untuk bersama-sama menjayakan konsert ini sebagai satu inisiatif untuk merapatkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia melalui platform muzik.
“Ia secara tidak langsung turut membantu negara bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
“Rossa sebagai ikon seni yang disegani serta dihormati, dan kami yakin konsert ini akan memberikan pengalaman dan memori terindah buat semua peminat beliau serta memperkukuh ikatan persaudaraan serantau,” katanya.
Informasi lanjut berkenaan perkembangan terkini mengenai Konsert Rossa: Here I Am boleh diikuti menerusi akaun sosial media Rossa dan platform jualan tiket.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon terkenal, Ayda Jebat meluahkan rasa bimbang apabila permata hatinya, Ana Nayla yang kini berusia 10 bulan mengalami masalah pada kulit di beberapa bahagian badan.
Dalam hantarannya di Instagram Ananaylaofficial, penyanyi lagu Mata itu berkongsi beberapa lampiran foto berkaitan.
“Doktor kata Baby maybe allergic ubat yang baby makan (sebab baby demam, flu and batuk) or apa yang mommy makan. Alhamdulillah masih boleh tersenyum. Doakan baby cepat sembuh ya semua,” tulisnya lagi berkongsikan perkembangan.
Malah dia bersyukur kerana masalah yang dihadapi Ana Nayla kini beransur baik.
“Alhamdulillah! Miracle harini skin baby baik total! Alhamdulillah ya Allah, doctor Azizi & semua yang doakan baby. Swipe untuk tengok list ubat yang baby guna semalam! Semoga bermanfaat,” tulisnya lagi.