Pelawak Ali Puteh, memuat naik posting yang mengejutkan ramai di laman sosial Instagram miliknya, pada Rabu.
Menerusi posting tersebut Ali, seolah-solah dipercayai sedang melepaskan rasa tidak puas hati terhadap balu Allahyarham Abam, Nor Hidayah Mohd Ali.
Bagaimanapun, posting tersebut telah dipadam Ali beberapa minit selepas dimuat naik.
Ali ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut berkata, dia tidak mahu memanjangkan perkara itu sebaliknya mencabar usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri bersemuka dengannya sekeluarga.
Memetik Gempak, rasa sabarnya hilang selepas menonton video ‘live’ yang dibuat oleh usahawan berkenaan ketika berkunjung ke rumah Hidayah untuk memberikan sumbangan berbentuk wang ringgit dan perkakas rumah.
“Saya tidak kisah dia nak melawat keluarga arwah, tetapi dia tidak sepatutnya memberikan komen mengenai apa-apa hal sekalipun.
“Tindakan dia telah mengguris hati emak dan kami sekeluarga. Tidakkah dia sedar yang tindakan dia tu boleh menimbulkan fitnah?
“Apa yang dia nak tunjuk kepada masyarakat di luar sana? Saya cabar Datuk Seri Aliff Syukri bertemu dengan saya dan emak!
“Kalau boleh esok juga!,” katanya terkilan.
Ali berkata, usahawan kosmetik tersebut tidak sepatutnya membuat kandungan untuk ‘menjual videonya’ dengan kesulitan yang sedang dihadapi orang lain.
“Apa motif dia buat content dalam keadaan sekarang? Kalau iya pun nak berniaga bukan macam ni caranya.
“Tolonglah, saya dan emak mahu berjumpa dengan dia!,” ujarnya lagi.
Terdahulu Aliff Syukri telah memuat naik video yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook (FB) Aliff Syukri Terlajak Laris.
Video tersebut kemudiannya mendapat pelbagai reaksi netizen dengan ribuan tontotan dan ratusan komen.
Sumber : Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI