Umum mengetahui, penyampai radio Muhammad Azmir Selamat atau lebih dikenali sebagai AG meninggalkan stesen radio Kool FM dan kembali menjalankan tugas sebagai penyampai radio di stesen Hot FM, pada Khamis.
Sebagai rakan penyampai, Rohaizah Hanafi atau lebih dikenali sebagai Haiza meluahkan rasa sedih apabila terpaksa berpisah dengan AG setelah 5 tahun berkerjasama.
Dalam pada itu, Haiza ada mengimbau momen sepanjang berkerjasama dengan AG sebelum ini menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
“AG Sign Off From Kool FM Bila semua dah terungkai, saya orang yang paling sedih. Saya tau @heymuazkoolfm pun sama cuma dia tak tunjuk.
“Kita perempuan boleh la menangis, lelaki tak mungkin tunjuk.
“Perjalanan kami bertiga untuk AHM terhenti di sini. Moga sahabat saya @ag_azmeer terus terbang tinggi dan dapat membawa @hotfm976 lebih jauh. Kat sana dia akan dengar suara saya jugak sebab ada kembar suara saya @therealfafau.
“Terima kasih yang menyokong Ag&Haiza sampailah AHM (Ag.Haiza.Muaz) @koolfmmy #AHMKoolfm #completeeachother #aghaizamuaz,” tulisnya.
Sekadar informasi, Haiza turut digandingkan dengan rakan penyampai Muaz selain AG untuk segmen Suara Semasa yang sebelum ini dikenali sebagai segmen Pagi Hari Di Kool (PHD).
Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Haiza