
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Vida ada mengimbau kembali foto salah seorang anaknya, Cik B ketika masih kecil.
Vida atau nama penuhnya Hasmiza Othman berkongsi foto tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
Menariknya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin kelihatan sangat comel ketika masih kanak-kanak.
“Teka..Siapa ni? Agak agak umur brp..,” tanya Vida di ruangan kapsyen.
View this post on InstagramTeka..Siapa ni?. Agak agak umur brp.. .
A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on
Melihat di ruangan komen entri berkenaan, pula, rata-rata peminat turut memuji kecomelan Cik B.
Terdahulu dua anak lelaki DSV, Eddie Zuhdi Mohd Amin dan adiknya Edrie Zikrie maut dalam sebuah kebakaran rumah di Ipoh pada tahun 2013.
Selain Cik B, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘I Am Me’ ini mempunyai seorang anak lelaki Muhammad Eric Zaquan, 12.
Foto: Instagram DSV
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Genap 7 Hari, Nadzmi Adhwa Dedah Nama & Wajah Penuh Puteri Sulung, Arwa Malaikha Urwa

Genap tujuh hari dilahirkan, akhirnya pelakon, Nadzmi Adhwa mendedahkan nama puteri sulung mereka, Arwa Malaikha Urwa.
Perkara tersebut dikongsikan oleh suami kepada pelakon, Ardell Aryana itu menerusi akaun Instagram miliknya.
View this post on InstagramA post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on
“Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa @babyadhwardell My precious baby girl lahir pada hari Jumaat juga.
“Alhamdulillah umur dah masuk 7 Hari.
“Video ni masa lepas Urwa baru je lahir dan diqamatkan.
“Terima kasih Allah atas kurniaan mu ini Salam Jumaat,” tulisnya.
Menurut Nadzmi, video yang dimuat naik itu dirakam saat anaknya baru dilahirkan dan selesai diiqamatkan.
Video tersebut nyata menarik perhatian ramai setelah meraih lebih 150,000 tontonan dan dihujani lebih ribuan komen tidak sampai sejam ia dimuat naik.
Perkara sama turut dimuat naik oleh Ardell menerusi platform Instagram miliknya .
Pada masa sama, pasangan tersebut turut telah mencipta akaun Instagram buat anak sulung mereka dengan menggunakan nama @babyadhwaardell.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti tidak ketinggalan menitipkan ucapan tahniah buat Nadzmi dan juga Ardell.
Terdahulu, Nadzmi dan Ardell telah mendirikan rumahtangga pada tanggal 1 September 2019 dan telah dikurniakan cahaya mata pertama pada 5 Jun 2020 lalu.
Sumber: Instagram Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Benda Yang Wajib, Tak Boleh Bincang,” – Ringkas Jer Komen Caprice Fasal Emma Maembong Buka Tudung…

Sejak beberapa hari lalu, tiada apa yang lebih hangat dibincangkan peminat seni tempatan selain keterbukaan pelakon kacukan, Emma Maembong yang sudah pun membuka tudung sekitar seminggu lalu.
Malah, reaksi dan penjelasannya di media turut menerima reaksi pelbagai di kalangan netizen.
Bagaimanapun lain pula halnya dengan penceramah motivasi selebriti, Caprice yang secara ringkat menjelaskan;
“Benda yang wajib tak boleh discuss, tak boleh debate,” tulisnya di ruangan kapsyen terhadap sepotong videonya berkaitan isu berkenaan.
View this post on InstagramBende yang wajib tak boleh discuss, tak boleh debate.
A post shared by Caprice (@capriceofficial) on
Malah, jelasnya menerusi video apa yang lebih perlu diberi perhatian apabila bercakap mengenai krisis dalam Islam ialah penindasan terhadap kaum muslim dan isu melibatkan sekolah tahfiz.
Lalu, menerusi lebih 1500 komen setakat ini terhadap entri tersebut rata-ratanya bersetuju dengan pandangan Caprice.
Dengarkan apa yang diperkatakannya menerusi video tersebut dan korang nilaikan sendiri. Setakat ini, video tersebut sudah pun mendapat hampir 100,000 tanda suka.
Foto: Instagram Caprice/Emma Membong
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Memang Tak Makan Walau Sebutir,” – Che Puan Syamim Cerita Isu Tak Makan Nasi Sejak 9 Tahun Lalu, Namun Pasang Niat Jika Hamil…

Pelakon dan hos, Che Puan Syamim Farid akui pendedahannya yang tidak sentuh nasi sejak sembilan tahun lalu mengejutkan ramai, malah ada yang memberikan reaksi bercampur-campur mengenai perkara berkenaan.
Masih lagi mengambil makanan sihat, isteri kepada Y.M Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj ini juga menyifatkan dirinya beruntung kerana keluarga memahami akan rutin pemakanannya itu.
“Sebenarnya, saya mulai tidak jamah nasi apabila melakukan senaman giat di gim. Sejak itu saya terfikir apa cara terbaik untuk kekalkan bentuk tubuh dan lakukan pembacaan. Dari situ saya mula kurangkan ambil makanan yang ada kabohidrat yang tinggi.
“Sedikit demi sedikit, saya memang ‘cut off’ pengambilan nasi secara total. Sampai sekarang memang tak makan, walau sebutir nasi.
“Pada peringkat awal saya akui ia bukan satu hal yang mudah, tetapi lama kelamaan, ia sudah jadi normal bagi saya,” katanya yang tetap mengambil menu gantian lainnya.
Pada masa sama, Syamim turut akui suami juga kurang mengambil nasi sebagai hidangan utama.
“Dalam keluarga, setakat ini hanya saya seorang yang tidak mengambil nasi. Cuma, menu lain seperti sambal belacan saya masih makan, cicah dengan ulam-ulaman.
“Saya tidak ambil nasi sejurus tamat belajar di IPT. Cuma kalau siapa yang kenal saya, dulu memang saya kuat makan. Cuma sejak ke gim saya kian fokus untuk kekalkan ‘tone’ badan.
“Dulu bukan kata saya tolak terus nasi, tapi ambil dalam kuantiti sedikit sebelum tidak ambilnya terus,” jelasnya yang juga tidak mengambil daging dan ayam sejak dua tahun lalu.
Syamim ditemui pada majlis pelancaran produk Mawarose di Ryu Event Hall, di Suka Surce Bistro, Cheras, pada Isnin.
Menyifatkan dirinya seorang peskatarian, yang ambil ‘seafood’ dan sayur-sayurkan sebagai menu harian, Syamim sebelum ini ada terima pandangan skeptikal apabila mendedahkan mengenai perkara tersebut.
“Pernah ada yang komen, kalau tak makan nasi boleh jadi ‘sawan’ dan sebagainya. Bagi saya, setiap orang ada menu kegemaran masing-masing dan mengapa ada yang pertikai dengan apa menu yang saya amalkan?
“Tambahan pula, saya masih lagi makan sesuatu yang berkhasiat.
“Akan tetapi, sekiranya saya ditakdirkan hamil dan perlu makan menu lain dari sebelum ini demi kesihatan bayi, saya tidak kisah.
“Memang saya sudah niat. Hanya berikan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan. Cuma sekarang masih belum ada rezeki zuriat lagi.
“Manalah tahu bila sudah mengandung, selera makan saya akan berubah, siapa sangka kan? ,” jelas Syamim yang turut merujuk hal tersebut dengan mereka yang bertauliah.
Terdahulu, Naib Juara Dewi Remaja 2015 ini mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta pada 19 Mac 2016.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI