Drama Silang yang mengetengahkan kisah pemuda disleksia lakonan Emma Maembong dan Nazim Othman menerima pujian netizen kerana memaparkan realiti hidup yang jarang diketengahkan.

Namun menjengah di Instagram Sheila Rusly, ada pengguna media sosial yang mengkritik hasil penerbit popular ini.

Ada yang mendakwa, terdapat fakta yang ditonjolkan tidak benar.

Anak disleksia tak gagap. Dan anak disleksia takde lah smpai ade masalah memori. Agak agak lah sis nak create awareness pada disleksia pun.

“Sakit hati pulak tengok cerita ni bila faktanya tak amek betul betul tapi hanya amek secara ringan je. Betulkan sikit ye lepasni nak buat cerita anak anak oku pun,” tulis individu berkenaan.

Namun, pengacara rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan ini pula membalas reaksi, dia telah melakukan kajian dan tidak pernah menerbitkan drama ‘syok sendiri’.

“@kekasih.by.themelvinsawak ingat dyslexic ada 1 sintom jer. Kami jugak buat research. Nak komen pun jaga lah adap. Awak ingat saya buat cerita syok sendiri ke? Tak suka jgn tengok abaikan atau buat drama version awak saya pulak nak tengok😅Boleh?” tulisnya.

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen cukup terkesan dengan penyampaian Silang yang disifatkan cukup menyentuh hati, apatah lagi mereka sendiri punya anak disleksia.

Foto : Instagram Sheila Rusly

Apa Kata Anda