Pelakon, Farali Khan mendedahkan dirinya telah mengalami kecederaan terkehel di bahagian rahang muka sewaktu melakonkan babak pertempuran di dalam filem sarat aksi terbaru, Tujuh Dua Belas.
Bagaimanapun, Farali menyifatkan kecederaan ketika berlakon filem aksi sememangnya lumrah sebagai seorang anak seni.
“Sebenarnya saya tak nak berkongsi. Saya tak mahu orang yang tak sengaja mencederakan saya itu rasa bersalah kerana ia agak teruk. Kesannya masih terasa sampai sekarang.
“Namun, cedera ketika berlakon filem aksi itu adalah normal dan saya pun tak salahkan dia.
“Ia memang sudah ditakdirkan berlaku pada waktu itu. Rahang saya telah terkehel. Kalau saya buka mulut luas, akan ada bunyi,” katanya kepada MH.
Farali yang juga merupakan adik kepada pelakon popular, Miller Khan berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Tujuh Dua Belas yang berlangsung di Starling Mall, Petaling Jaya pada Selasa.
Ads
Katanya lagi, insiden berkenaan berlaku kerana kurang latihan disebabkan waktu penggambaran yang agak terhad.
“Insiden tersebut berlaku disebabkan kami terpaksa mengubah koreografi pada saat akhir. Saya pula tak pernah berlatih berlawan dengan individu tersebut.
“Jadi, saya tak tahu anggaran dari segi ketinggian dan ketepatan masa. Keserasian juga masih tiada. Bila kami lakukan adegan tersebut serta merta, maka berlakukan kejadian itu.
“Saya tiada pilihan. Kita pula punyai waktu penggambaran yang sangat terhad. Mahu atau tidak, saya tetap kena buat juga.
Ads
“Jadi, saya hanya cuba buat yang terbaik. Benda nak jadi, kita tak boleh elak. Saya tak salahkan sesiapa,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Farali memaklumkan dirinya lebih selesa untuk tidak mendedahkan nama rakan pelakon tersebut.
Kongsinya lagi, dia lega selepas pihak doktor mengesahkan tiada kecederaan serius yang berlaku pada rahangnya itu.
“Saya sudah membuat pemeriksaan dengan pihak doktor dan tiada apa-apa yang serius berlaku. Cuma bunya ‘klik’ itu masih ada.
Ads
“Saya pun tidak menjalani sebarang rawatan susulan sebab pihak fisologi dan akupuntur kata tiada sebarang masalah.
“Jadi, saya biarkan sahaja dan tak mahu memikirkan sangat. Cuma bunyi itu sahaja buat rasa lain,” ujarnya lagi.
Terdahulu, filem Tujuh Dua Belas merupakan sebuah filem aksi yang mengangkat tema penculilkan dan pemerdagangan organ kanak-kanak.
Selain Farali, filem ini turut membariskan pelakon-pelakon seperti Johan As’ari, Idzham Ismail dan Chintya Chandranaya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pelawak, Issey Fazlisham berkongsi cerita tentang kisah persahabatannya yang sudah kian lama terjalin sejak mula melanjutkan pengajian tinggi di Universiti bersama Ain Sufia.
Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Husin menceritakan perkara tersebut bersama para pengikut di laman Instagram.
“Kami bertiga datang dari Fakulti dan Universiti yang sama. @hanafarahinhusni @ainsufiaa
“Hana junior sikit. Alhamdulillah sekarang partner untuk @redbeanproduction.
“Jatuh bangun bersama jugak untuk buat Production. Sekarang alhamdulillah. Masih bernyawa produksi kecik kami,” tulisnya.
Pada masa sama, Issey turut mendedahkan kisah persahabatannya dengan pelakon dan pelawak Ain Sufia sejak dari zaman universiti lagi.
“Ain pulak kawan aku dari diploma. Satu batch. Masuk degree pun satu batch. Masuk Bintang Mencari bintang pun sama sama.
“Memang kawan satu frekuensi la. Dalam industri pun sama sama,” tulisnya lagi.
Personaliti media sosial yang kini bergelar pelakon, Nur Amira Maslan atau lebih sinonim disapa Kak Girl dilihat ada memuat naik foto serta video yang menampakkan imejnya yang tidak bertudung.
Malah, posting yang dimuatnaik Kak Girl beberapa hari lalu menarik perhatian apabila bintang itu menulis kapsyen panjang berbentuk luahan.
Kongsi Kak Girl, ada beberapa perkara yang dirasakan boleh dikawal, tetapi ia adalah sebaliknya.
“Ada certain things yang kita rasa kita boleh handle,tapi sebenarnya tak. ada certain things yang kita rasa boleh kuat tapi sebenarnya tak. kadang2 kita terlalu menjaga hati orang tanpa pikir diri sendiri.
“Kadang2 kita terpaksa ikut kehendak orang,walau kita ada kehendak sendiri. Bertahun lamanya kita cuba jadi yang terbaik. the best version of me orang kata.
“Ya,saya ikut. Ya,saya okay,Ya saya boleh. Ya,saya dengar.dok dengar je apa yang orang nak kita buat. tapi still, takde yang benar2 menghargai. saya tak salahkan sesiapa selain diri sendiri,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut memohon maaf andai ada yang tidak selesa, meski dia hanya sedang menjadi diri sendiri.
“Maaf mungkin ramai yg akan kurang selesa. tapi saya sedang menjadi diri saya sahaja. the real me. the one who lost for lots of years,mementingkan orang lain berbanding diri sendiri.
“I didn’t make myself as a priority before,and now its killing me. Tak kira lah apa orang nak kata. i need space for myself,really and i dont owe anybody an explanations. saya berada dalam keadaan yang saya rasa i had enough and biarlah saya rawat kecewa ini sendiri.
“Maafkan saya dan doakan saya kalau sudi. Terima kasih. saya still orang yang sama. cuma mungkin kali ni kelihatan sisi yang berbeza,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Kak Girl Sebenar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon versatil, Adibah Noor mendedahkan dirinya ada merima mesej tidak senonoh daripada individu yang tidak dikenali menerusi Instagram.
Melihat kepada teks yang didedahkan, individu tersebut dikatakan meminta Adibah untuk menghantar foto lucah kepadanya.
Tidak melatah, Adibah sebaliknya membalas dengan foto aksi kucing kepada individu berkenaan.
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...