“Agaknya Korang Memang Nak Tengok Orang Lain Terjun Gaung Ke Apa?,” – Entri Sama Keluarga Datuk Ramli MS Dapat Reaksi Pelbagai, Ini Respon Padu Alyah

Share

Penyanyi, Datin Alyah meluahkan rasa apabila satu postingnya bersama ahli keluarga suami, Datuk Ramli MS mendapat reaksi pelbagai netizen.

Meski ada yang memberi reaksi positif terhadap perkongsian berkenaan, namun masih ada yang spektikal hingga mengundang rasa sedih penyanyi Meluruh itu.

Alyah ada berkongsi pandangannya menerusi Insta Stories.

“Post pic sedih kena hentam, post pic happy pun tak boleh. Agaknya korang ni memang nak tengok orang terjun gaung kd apa?

“Patutlah Agong (Permaisuri Agong) pun tutup akaun…dunia dunia. Ramainya orang busuk hati subhanallah,” tulisnya.

Foto: Instagram Alyah

Published by
MH