Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki menafikan dakwaan yang mengatakan dia terlibat dengan salah laku dalam perolehan sebuah projek di bawah naungan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti mana yang tular di media sosial.
Menurut Afdlin, tuduhan ini amat berat dan dibuat untuk mencalarkan reputasi dan nama baiknya
“Baru-baru ini, telah tular sebuah hantaran dalam Telegram Channel Edisi Siasat yang cuba mengaitkan saya dengan tuduhan salah laku dalam perolehan sebuah projek bawah naungan Datuk Bandar Kuala Lumpur.
“Pertama sekali, saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa telah terdapat apa-apa unsur salah laku dalam perolehan projek tersebut.
“Untuk perhatian saudara saudari sekalian, ini merupakan sebuah usaha oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburukkan nama saya.
“Agenda pihak ini hanya didorong oleh perasaan hasad dengki dan dendam yang tidak bertempat,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram pada Jumaat.
Ads
Sudah Buat Laporan Polis & Sedia Beri Kerjasama
Susulan itu, pelakon filem Buli ini turut memaklumkan dia telah membuat laporan polis dan bersedia untuk memberikan kerjasama dalam apa juga proses siasatan melibatkan dakwaan ini.
“Saya juga telah membuat satu laporan polis bersama pihak PDRM pada hari ini untuk membolehkan siasatan dijalankan berkenaan perkara ini.
“Saya difahamkan perkara ini juga sedang disiasat secara dalaman oleh DBKL.
“Oleh itu, saya menyeru saudara saudari sekalian untuk memberi ruang kepada pihak-pihak yang berwajib untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.
Ads
“Saya juga bersedia untuk memberi kerjasama penuh dalam mana-mana siasatan yang dijalankan berhubung perkara ini oleh mana-mana agensi penguatkuasaan,” katanya lagi.
Pada masa sama, Afdlin turut menyuarakan keyakinan bahawa kebenaran bakal terbukti tidak lama lagi.
“Fitnah dan tohmahan berniat jahat ini tidak seharusnya dibiarkan untuk berleluasa.
Ads
“Saya yakin dan pasti dengan izin Allah SWT akhirnya kebenaran akan tersuluh dan keadilan akan ditegakkan,” akhirinya.
Terdahulu, tular dalam aplikasi Telegram Edisi Siasat mendakwa Afdlin yang merupakan Ahli Lembaga Penasihat DBKL merupakan antara individu terlibat dengan salah laku dalam perolehan projek penerbitan bahan kreatif oleh DBKL yang dikatakan bernilai lebih RM10 juta.
Pendedahan yang telah mendapat perhatian ramai itu menimbulkan persoalan besar mengenai ketelusan dan akauntabiliti dalam takbir urus DBKL.
Sehubungan itu, Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan bebas secara menyeluruh.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Afdlin Shauki
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pemain bola sepak Kedah, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak sedikit terkilan apabila tidak dapat pulang ke kampung halaman di Seremban, Negeri Sembilan bagi berjumpa ibu dan bapanya.
Meski tidak berekesempatan pulang ke kampung halaman berhubung Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan Covid-19, atlet berkenaan dilihat menghabiskan masa bersama anak-anaknnya dengan melakukan aktiviti di halaman rumahnya.
“Cerita nye semalam dah ready nak balik seremban, dah siap cek kereta and service sebab nak jalan jauhkan.
“Lagi pun memang lama dah plan nak balik jumpa mak ayah, family di seremban.
“So we decide untuk bergerak malam sebab bila bergerak malam memang time budak2 tido so daddy akan drive dengan tenang…tupp tupp petang semalam dia org announces lebih baik to stay at home sebab masalah wabak covid 19.
“Ermmm tak ada rezeki nak blk kampung jumpa mak and family…maybe ada hikmah…so daddy pun plan lah activity yg boleh happy kan anak2 daddy.
“So maybe korang yg dah ada family and anak2 blh try plan mcm ni dekat rumah ok…happy holiday and stay safe guys,” tulisnya.
Terdahulu, tindakan orang ramai yang dilihat mengambil peluang untuk pulang ke kampung ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang dikenakan kerajaan akibat penularan Covid-19 memenuhi perkarangan Balai Polis sejak malam tadi.
Malah, hari ini (18 Mac) merupakan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa selama 14 hari sehingga 31 Mac bertujuan mengekang penularan Covid-19 selepas negara merekodkan peningkatan kes yang serius.
Video : Instagram Zaquan Adha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir bebas selepas hampir empat bulan terkurung akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktor Zulkifli Ismail menasihati agar rakyat Malaysia tidak terlalu teruja akan pelepasan yang diberikan pihak kerajaan.
Jelasnya, kita diibaratkan sebagai kura-kura tanpa cengkerang yang mudah terdedah dengan risiko sementelah negara masih lagi mencatatkan 31 jumlah pesakit hari ini.
“Virus Covid-19 masih ada. Jangan terlalu gembira kerana kura-kura itu adalah kita.,” kongsinya.
Hampir enam bulan sejak kes pertama dicatatkan, Malaysia mencatatkan perkembangan positif apabila kes jangkitan Covid-19 menunjukkan penurunan.
Dan kini, Malaysia melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020 selepas menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.
Foto : Instagram Zulkifli Ismail
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Meerqeen mencuri perhatian ramai apabila sepotong video yang memaparkan aksi dirinya yang dilihat seolah-olah mencium dahi pelawak terkenal Indonesia, Kiky Saputri ketika menghadiri beberapa program hiburan dan sesi bertemu peminat di Indonesia baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik Kiky di Instagram dan TikTok, pelawak terbabit turut membalas dengan mencium pipi peserta Hero Remaja 2019/2020 itu.
“Tidak mengapa kalau tak cantik yang penting kamu (Meerqeen) sayang sama saya,” tulis Kiki di ruangan kapsyen di Instagram miliknya.
Perkongsian berkenaan kini meraih perhatian apabila masing-masing mendapat lebih 320,000 tontonan dan 2,200 komen.
Sebelum ini, Meerqeen turut mengundang reaksi pelbagai dalam kalangan peminat tempatan apabila aktor terbabit membiarkan seorang peminat wanita di Indonesia memeluknya.
Difahamkan, peminat terbabit terlebih dulu meminta izin untuk memeluk pelakon berusia 21 tahun itu.
Meskipun, wajah Meerqeen seperti ragu-ragu dengan permintaan tersebut, namun dia tetap melayannya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!