Pelakon dan model, Ahya Rosli mengakui berasa amat teruja menanti detik kehadiran cahaya mata sulung dalam keluarga.

Jelas Ahya, selepas hampir dua tahun melayari bahtera perkahwinan, mungkin kini sudah tiba masanya untuk dia menggalas tanggungjawab yang lebih besar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mr. Young (@ahyarosl)

“Dua tahun lepas masa kahwin memang doa minta kat Allah nak baby bila dah ready. Ni dah tiba masa jadi papa dah. Hahaha.

“Alhamdulillah. Thank you ya Allah. Mama paling happy sekali tak sabar dapat dua terus cucu tahun 2022,” tulisnya.

Ads

Rasa gembira itu dikongsikan oleh anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.

Ahya Rosli Sedia Jadi Bapa, Ucap Terima Kasih Buat Ibu Normah Damanhuri Atas Doa – “2 Tahun Lepas Doa Minta Kat Allah Nak Baby Bila Dah Ready.” Ahya Rosli Sedia Jadi Bapa, Ucap Terima Kasih Buat Ibu Normah Damanhuri Atas Doa – “2 Tahun Lepas Doa Minta Kat Allah Nak Baby Bila Dah Ready.” Ahya Rosli Sedia Jadi Bapa, Ucap Terima Kasih Buat Ibu Normah Damanhuri Atas Doa – “2 Tahun Lepas Doa Minta Kat Allah Nak Baby Bila Dah Ready.”

Dalam pada itu, Ahya turut menitipkan ucapan terima kasih bukan sahaja buat para peminat tetapi seluruh ahli keluarga yang tidak jemu-jemu mendoakan yang baik-baik buat dirinya dan isteri.

Ads

“Thank you mama sentiasa doa yg terbaik utk Ahya and Shahirah. Yang paling excited macam biasa kakak Ahya yang number 4. Love you akak @lianarosli_official love u @ujigorgy @kmbeauty_hq @sweetdara_masterstokis_kl love u sooo much.

“Terima kasih kepada semua yang wish Ahya tak dapat nak reply semua. Semoga semua baik-baik sihat dan happy sentiasa.

“@slimbellyofficialhq bidadariku semoga sihat sentiasa cantik. Sayang baby sangat,” katanya lagi.

Ads

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buah Ahya dan juga isteri.

Ahya Rosli Sedia Jadi Bapa, Ucap Terima Kasih Buat Ibu Normah Damanhuri Atas Doa – “2 Tahun Lepas Doa Minta Kat Allah Nak Baby Bila Dah Ready.” Ahya Rosli Sedia Jadi Bapa, Ucap Terima Kasih Buat Ibu Normah Damanhuri Atas Doa – “2 Tahun Lepas Doa Minta Kat Allah Nak Baby Bila Dah Ready.” Ahya Rosli Sedia Jadi Bapa, Ucap Terima Kasih Buat Ibu Normah Damanhuri Atas Doa – “2 Tahun Lepas Doa Minta Kat Allah Nak Baby Bila Dah Ready.”

Terdahulu, Ahya dan isterinya, Shahirah Sanusi telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 29 Mac 2019 dalam majlis yang berlangsung di Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur.

Sumber: Instagram Ahya Rosli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI