Sebagaimana kebanyakkan pengguna media sosial lainnya, penyanyi dan pelakon terkenal, Ayda Jebat juga tidak melepaskan peluang menyahut cabaran terkini, #UntilTomorrow.
Memuat naik beberapa keping foto serta video lamanya kira-kira enam tahun dulu, perkongsian penyanyi Better Than You ini nyata mencuit hati ramai, khasnya peminat bintang popular berkenaan.
“Aib! 2014 lagi Nah! #UntilTomorrowChallenge yang tidak tidak. Dengan takde suara sibuk nak nyanyi bunyi macam cerek dah panas.
“Macam Garfield pun ada. Aib! Jap tengah scroll lagi. Apa benda yang saya buat ni.
“Persoalannya : Tu kening ke lintah ya AJ?
Ads
“Awaa saia ta kuad. Muahciked! Legend!!! Haha!,” tulisnya pada satu entri.
Dalam pada itu, para peminat dilihat turut sama memberikan reaksi, terhibur dengan gelagat serta penampilan bintang ini pada zaman awal remajanya.
Dalam perkembangan lain, Ayda baru sahaja melancarkan lagu dan muzik video Duduk Diam Diam bersempena tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan di negara ini sehingga 14 April depan.
Sekitar tahun 60-an sehinggalah tahun 2000, individu yang merokok mungkin akan dianggap sebagai seorang yang berkarisma atau ada gaya.
Hal ini berlaku disebabkan strategi pemasaran dan promosi produk rokok yang diadakan secara besar-besaran.
Masakan tidak, sekitar tahun tersebut, produk rokok merupakan antara penaja-penaja utama bagi program hiburan skala besar seperti konsert atau liga bola sepak tempatan.
Malah, budaya merokok ini juga dipaparkan di dalam drama atau filem secara terbuka.
Situasi ini secara tidak langsung menggalakkan orang ramai untuk mula mengamalkan cara hidup yang sama. Bermula hanya sekadar ikut trend, seterusnya menyebabkan ketagihan.
Ini adalah disebabkan nikotin dimana ia menyebabkan ketagihan, namun ia bukanlah penyebab utama penyakit yang berkaitan merokok. Itulah sebabnya nikotin digunakan dalam Terapi Penggantian Nikotin (NRT) seperti gula-gula getah nikotin dan patch, yang disyorkan oleh pengamal kesihatan bagi membantu perokok tegar.
Selain Terapi Penggantian Nikotin, , ada pelbagai kaedah dan alternatif yang boleh digunakan untuk mengurangkan risiko terbabit bagi individu yang tidak mahu berhenti merokok.
Antara alternatif itu adalah menerusi Kaedah Pengurangan Kemudaratan Tembakau (THR). Kaedah itu banyak diamal di negara seperti di United Kingdom (UK), Norway, Sweden, Jepun dan Korea Selatan yang menjadikan vape, nikotin patch dan produk tembakau yang dipanaskan sebagai alternatif kepada rokok.
Menurut laporan Scientific Update, Philip Morris International, Jepun merupakan antara negara yang telah menunjukkan perkembangan memberangsangkan dalam usaha menurunkan kadar merokok populasi dewasa di negara itu.
Pada tahun 2015 hingga 2018, purata sebanyak 9.8 peratusan penjualan rokok telah menurun pada setiap tahun di negara tersebut. Segalanya disebabkan kempen kesedaran yang membuatkan perokok di Jepun beralih kepada produk tembakau yang dipanaskan.
Memetik laporan Berita Harian pula, Naib Pengerusi New Nicotine Alliance (NNA), Louise Ross, mengakui vape kini menjadi pilihan perokok tegar yang mencari produk alternatif sebagai peranti untuk mengurangkan risiko kesihatan berbanding rokok tradisional.
Menurutnya, alternatif kepada rokok ini berpotensi besar menjadi alat untuk menghentikan tabiat merokok, tetapi memerlukan kawalan dan pemantauan.
“Tidak dinafikan ramai mencuba pelbagai cara menghentikan tabiat merokok seperti menggunakan terapi pengganti nikotin (NRT), tetapi mereka memerlukan lebih daripada itu.
Selain itu, Pakar Perkhidmatan Berhenti Merokok Barnet, Nicky Coote pula memaklumkan kaedah pengurangan kemudaratan tembakau amat perlu untuk membantu perokok tegar yang mahu mengurangkan risiko kesihatan akibat rokok tradisional.
“Kita tidak galakkan amalan rokok, tetapi kita perlu membantu mereka dan mengurangkan kesan buruk rokok kepada mereka dan orang sekeliling,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan Berita Harian.
Diharapkan perkongsian ini dapat membuka mata para perokok tentang bahayanya tabiat tersebut buat kesihatan mereka. Negara-negara maju yang lain sudah pun menunjukkan perkembangan positif menerusi usaha mereka untuk memperkasakan langkah alternatif kepada perokok yang tidak mahu berhenti.
Walaupun tidak bebas daripada risiko, produk alternatif ini dikatakan pilihan lebih baik daripada terus merokok. Namun begitu, pilihan terbaik bagi perokok untuk berhenti merokok sepenuhnya atau bagi yang tidak merokok, janganlah mula merokok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Berita Harian, Scientific Update, Philip Morris İnternational
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perasan atau tidak, fenomena Kpop semakin menular di Malaysia. Sana-sini ada sahaja geng-geng yang ‘gilakan’ muzik kpop ini.
Bukanlah bermaksud ia adalah satu yang perkara tidak baik memandangkan setiap orang ada citarasa mereka masing-masing kan?
Namun, tidak hanya terhad pada netizen,para selebriti juga dilihat ada yang dikatakan ada iras-iras Kpop ini sama ada dari paras rupa ataupun stail mereka.
Apa-apapun, jom lihat artis mana yag dikatakan macam Kpop ini!
Alvin Chong
Mempunyai raut wajah seakan-akan warga Korea Selatan, Alvin memang sering kali dikaitkan seperti artis Kpop ini.
Aiman Hakim Ridza
Sebuah foto Aiman sebelum ini dikatakan mempunyai wajah seakan-akan artis Kpop.
Nazim Othman
Nazim sememangnya diketahui ramai terhadap minatnya kepada Kpop ini Lihat sahajalah dari segi pemakaian, dan stail yang dibawakannya. Kpop habis!
Sean Lee
Sama seperti Alvin, Sean juga mempunyai raut wajah jambu dan kacak seakan-akan sama dengan orang Korea Selatan.
Aeril Zafrel
Sebelum ini, Aeril pernah ditahan untuk bergambar semasa bercuti di negara Kpop. Ternyata, orang sana pun mengakui ketampanan Aeril kan?
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Beberapa hari lalu, selebriti popular Neelofa Mohd Noor berkongsi momen bermakna apabila suami tersayang, Haris Ismail atau PU Riz membuat kejutan memberi bingkisan hadiah.
Menurut Lofa, PU Riz yang ditulisnya sebagai ‘Pak Ustad’ di media sosial berbuat demikian sejurus pulang dari Solat Jumaat.
Video pendek pemberian dikongsikan ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi Tik Tok.
“Suami balik dari Solat Jumaat bawa balik hadiah. Terkejut terharu happy syukur dan semua perasaan yang baik-baik alhamdulillah,” tulisnya.
Syukur nikmat atas pemberian berupa seutas gelang, Lofa akui tumpang gembira apabila menonton video seumpamanya.
“Sebenarnya ni bukan kali pertama Pak Ustad bawa bali surprise hadiah dan Lofa suka tengok video-video bila suami bagi hadiah kat isteri.
“Doakan kebahagiaan rumah tangga kami,” pintanya sambil disusuli emoji berbentuk hati.
Meninjau ke ruangan komen, pengguna Tik Tok masing-masing menitipkan komen pelbagai. Antaranya;
“Semoga bahagia selalu Neelofa dan Haris, diberikan keberkatan dan rahmat dalam rumah tangga.”
“MasyaAllah alhamdulillah.”
“Alhamdulillah.”
“Bahagia yang kita cipta. I doakan perkahwinan you dan Pak Ustad till jannah.”
“Terasa positive vibe di sini.”
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton lebih sejuta kali.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu dan selamat menimang cahaya mata pertama, Muhammad Bilal 29 Januari 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!