Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam ada memuat naik satu rakaman video pendek menerusi akaun Instagram miliknya.
Rakaman video tersebut memaparkan aksi dirinya yang bergurau bersama dengan isteri, Awin Nurin.
Menghiburkan, apabila kelihatan Awin sedang menconteng wajah Izzue ketika sedang tidur dengan mengunakan pen.
“Kene lagi aku! Takpelah, 1 je harapan aku. Andai kata ade rezeki dapat anak, biarlah anak aku ni perangai sama macam @awinnurin.
“Biarlah dia nak conteng muka ke kereta ke baju ke atau ape2 je lah yg ade pada aku.
“Jangan dia conteng hati & perasaan orang yg belum tentu orang tu akan maafkan dia (jgn conteng arang dimuka bapak sudah! ),” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Izzue Islam (@izzueislam) on
Bagaimanapun, perkongsian pelakon berusia 29 tahun itu turut mendapat reaksi berbeza netizen, yang memberikan kritikan dan kecaman terhadap pasangan ini.
Ada yang merasakan Awin tidak sepatutnya melakukan perkara sedemikian terhadap penyanyi dan pelakon terbabit kerana dikatakan sangat tidak menghormati Izzue sebagai suami.
Untuk rekod, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan dan Awin mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013.
Namun, pasangan ini masih belum dikurniakan rezeki zuriat.
Video : Instagram Izzue Islam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cari Identiti Sendiri, Jangan Tiru Orang Lain,” – De Fam Jadi Penanda Aras, Azira Shafinaz Happy Dengan Girl Group Baru
Pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz akui teruja dengan kehadiran pelbagai grup-grup wanita baharu yang kini mewarnai industri muzik tempatan.
Menurut Azira yang juga merupakan anggota kumpulan De Fam, kemunculan grup-grup seperti Dolla dan Coex secara tidak langsung akan memberikan persaingan sihat untuk mengangkat industri muzik tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.
“Bagi saya, ia satu perkembangan yang sihat buat industri muzik tanah air. Kami pun tiada rasa nak bersaing dengan sesiapa.
“Setiap kumpulan punyai identiti yang tersendiri. Seperti Dolla, mereka lebih kepada vibe-vibe K-Pop. Buat De Fam pula, kami selalu hasilkan muzik yang kami suka dan ia datang daripada hati.
“Sejak daripada awal lagi, lagu-lagu kami mesti mengangkat martabat wanita. Baru-baru ini, saya lihat kumpulan Coex sertai progam Big Stage. Mereka bagus dan kualiti nyanyian harmoni mereka juga sangat baik,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Azira akui berbesar hati apabila sentiasa menjadi penanda aras buat pendatang baharu.
“Alhamdulillah tapi sewaktu awal kemunculan De Fam dahulu, ramai juga yang mengatakan kami ini sama seperti kumpulan Feminin dan Elite.
“Namun, kalau grup-grup masa kini mahu menjadikan kami sebagai penanda aras, kami amat berbesar hati. De Fam bermula sebagai penari dan kami bekerja keras untuk menjadi penyanyi.
“Jadi, buat grup-grup baharu, mereka perlu cari identiti yang tersendiri. Jangan meniru orang lain. Pada akhirnya nanti, identiti itulah yang akan kekal bersama mereka sampai bila-bila. Itu yang akan buat orang ingat,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai rahsia kumpulan De Fam yang mampu bertahan sehingga hari ini, pelakon filem, Penunggang Agama itu menyifatkan perbalahan merupakan lumrah namun segalanya harus diselesaikan dengan baik.
“Kami berkawan sudah lama dan nama kami naik pun bersama-sama. Kami sentiasa utamakan De Fam. Walaupun masing-masing ada karier solo, kami akan berkumpul semula bila ada urusan berkaitan dengan De Fam.
“Kalau De Fam belum ada projek pun kami akan selalu lepak bersama. Tipulah dalam grup tiada bergaduh tetapi yang membuatkan kami kuat adalah persahabatan itu sendiri,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Azira Shafinaz & De Fam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hati Ini Takut Dan Risau Dengan Apa Yang Berlaku Pada Pendakwah Hari Ini,” – PU Amin
Pencetus Ummah (PU) Amin berharap pada hari Jumaat; penghulu segala hari ini membawa 1001 kebaikan buat semua.
Dia pada masa sama turut menyuarakan bayangan risau dengan situasi yang menimpa pendakwah kebelakangan ini.
"Ya Allah Ya Tuhan Ku ! Dengan keberkatan hari jumaat yang mulia ini kau berikan lah kekuatan pada diri ku untuk terus berbakti dan berdakwah kepada masyarakat di dunia ini.
"Berikanlah taufiq , hidayah dan cahaya mu dalam meneruskan tanggungjawab dan amanah yang diwariskan Rasulullah Saw.
"Hati ini takut dan risau dengan apa yang berlaku pada pendakwah hari ini, pelbagai ujian dan halangan terpaksa dihadapi.
"Ya Allah ! Aku merayu dihadapan Mu , peliharalah kami para pendakwah agar ikhlas dan jujur dalam menyampaikan risalah dakwah ini, jauhkan kami Ya Allah dari cintakan dunia dan dosa yang cenderung kepada hawa nafsu," doanya.
Tidak putus-putus memohon doa kepada Allah, pemilik nama penuh Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim itu mahu terus berdakwah untuk kebaikan umat Islam.
"Ya Allah , berikan kekuatan dalam diri ini untuk terus menyampaikan kebaikan dan ilmu kepada ummat manusia, jauhkan diri ku dari kesesatan dan kezaliman, lindung aku dari menjadi fitnah dalam kerja dakwah ini..
"Ya Allah ! Peliharalah keluarga kami , Peliharalah diri kami , Peliharalah seluruh pejuang agama mu Ya Allah!
“Anugerahkan kami kekuatan dan tenaga yang banyak untuk kerja dakwah ini hingga mati nya kami dalam berjuang dan berdakwah untuk agama Mu Ya Allah," mohonnya.
Sementara itu, Amin menasihati para pendakwah agar tidak mencemarkan nama baik 'para ulama' sebagai penunggang agama untuk kepentingan diri semata-mata.
Sekali gus, ia membawa tanggapan negatif kepada masyarakat.
"Buat para pendakwah peliharalah diri dari kejahatan dan kesilapan, lihatlah apa yang berlaku , kerana ketelanjuran satu dua orang manusia yang memakai topeng pendakwah akhirnya merosakkan nama dan tugas pendakwah itu sendiri.
"Jangan kerana kita yang tidak menjaga nama pendakwah atau ustaz itu maka boleh menyebabkan hilang kepercayaan masyarakat pada pendakwah dan ustaz ustaz yang lain.
"Berhentilah dari menggunakan Agama untuk kesenangan diri sendiri , berhentilah dari mengguna nama ustaz untuk memuliakan diri , bertaubatlah dan kembalilah pada jalan agama yang sebenar wahai para pendakwah dan ustaz.
"Jangan kita rosakkan tugas pendakwah ini , fikir kan perasaan Nabi Muhammad dan Para Sahabat jika kita merosakkan kerja dakwah ini," akhirinya.
Menerusi perkongsian tersebut, Amin tidak menyatakan mana-mana pihak, sebaliknya sebagai peringatan dan nasihat buat semua individu.
Terdahulu, Amin baru sahaja pulang dari Kota Mekah dan turut berkongsi beberapa aktiviti di sana.
Foto : Instagram PU Amin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Dapat Cium Tangannya…,” – Jumpa Semula Selepas 30 Tahun, Thalia Baiduri Syukur Masih Ada Rezeki Berbakti Kepada Bapa
Rezeki bertemu semula dengan bapanya setelah 30 tahun terpisah menjadi satu kurniaan sangat besar dalam hidup bagi usahawan selebriti, Datin Thalia Baiduri.
Sejak mendapat semula hak bertemu bapanya pada Januari lalu, Thalia sebolehnya mahu terus berbakti kepada lelaki yang dihormati dalam hidupnya itu.
“Alhamdulillah Ramadan kali ini saya dapat cium tangan papa dan jumpa dia sebelum kita berpuasa.
“Bagi saya sebagai anak sementara kita ada peluang lebih baik jangan buang masa dan gunakan sebaik mungkin,” katanya yang mesra disapa Bunda Lia.
Pertemuan dengan bapanya yang turut ditemani adik Thalia, iaitu Dayana turut dikongsi menerusi platform TikTok miliknya sekaligus menerima respon baik warganet.
Tidak langsung menyimpan dendam atas apa yang berlaku, Thalia menyifatkan apa yang berlaku sebagai takdir yang tertulis.
“Tidak perlu ada rasa dendam apa yang berlaku biarkan berlalu, kita anak-anak kena berusaha berbakti kepada orang tua kita.
“Bila jumpa papa, nampak senyuman papa juga sudah buat hati saya lega dan tenang,” katanya yang ligat mengusahakan perniagaan produk kecantikan Dolly Milk selain fesyen jenama Talia.
@thaliabaiduri hubungan kami semakin hari semakin baik alhamdulillah. Datang melawat papa sebelum puasa 🤍 #fyp #talia #dollymilk #datinthaliabaiduri #putihkankulitmuseputihhatimu #ladybosstalia #susuputihtalia ♬ original sound – LAFF – LFD EMPIRE
Meninjau di ruangan terhadap video yang sudah pun ditonton hampir 300,000 kali itu, rata-rata warganet meninggalkan komen yang baik malah ada yang memuji tindakannya memuliakan bapa meskipun terpisah lama.
Bercerita lanjut, kakak kepada Madammu (Eriyca Baiduri) ini juga akui kerap berhubung dengan bapanya selepas peremuan semula Januari lalu dan sering bertanya khabar.
“Doa ibu bapa dan peluang melihat mereka adalah satu anugerah paling mahal bagi setiap anak. Jangan sia-siakan,” katanya yang pernah muncul menerusi drama Cinta Dalam Hati bergandingan bersama Remy Ishak.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI