Penyanyi Dayang Nurfaizah mendominasi dengan enam pencalonan dalam Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) yang bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, 11 September depan.

Dayang tercalon menerusi album Belagu bagi kategori Kulit Single/Album Terbaik, Rakaman Lagu Terbaik menerusi lagu Tudung Periuk dan Malam Ku Bermimpi, Rakaman Album Terbaik serta dua kategori dalam Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Tudung Periuk dan Malam Ku Bermimpi).

Sementara itu, penyanyi Yonnyboii dan Ernie Zakri pula masing-masing tercalon dalam empat kategori iaitu Ernie tercalon menerusi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Sinar Mata Hati), dua kategori dalam Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu bersama suaminya, Syamel dalam lagu Goodbye Hello dan Berakhirlah Pencarianku duet bersama Hafiz Suip.

AIM23; Dayang Nurfaizah Unggul 6 Pencalonan, Yonnyboii & Ernie Zakri Pula Sukses Masuk 4 Kategori

Yonnyboii pula menerusi kategori Rakaman Album Terbaik (Deluxe Version), dua pencalonan dalam kategori Lagu R&B/ Hip Hop Terbaik (Tak Sangka & Orang Lain), serta kategori Album Terbaik menerusi album Yonny (Deluxe Version).

Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang juga Jawatankuasa Penganjur AIM23, Rosmin Hashim berkata, AIM23 menerima 650 pencalonan bagaimanapun hanya 105 disenarai pendek bagi 21 kategori yang dipertandingkan.

Ads

“RIM menerima jumlah yang memberangsangkan apabila menerima sebanyak 650 pencalonan untuk karya yang diterbitkan dalam tempoh satu setengah tahun bermula 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2022.

“Ini menunjukkan bahawa industri muzik tempatan berada dalam keadaan baik selepas pandemik. Penambahan beberapa kategori turut menyumbang kepada peningkatan jumlah pencalonan,” katanya kepada MH.

Rosmin ditemui pada majlis sidang media calon Top 5 AIM23 yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Khamis.

Ads

Menurut Rosmin lagi, seramai 113 terbabit dalam penilaian dengan setiap kategori diadili tujuh hingga 10 pakar dalam bidang masing-masing.

AIM23; Dayang Nurfaizah Unggul 6 Pencalonan, Yonnyboii & Ernie Zakri Pula Sukses Masuk 4 Kategori

Diketuai Datuk Mokhzani Ismail, juri lain adalah Omar K, DJ Fuzz, Adi Priyo, Shah Slam, Datuk Syafinaz Selamat, Fauzi Markuzi, Datuk Acis, Datuk Afdlin Shauki, Mas Idayu, Noryn Aziz dan ramai lagi.

Ads

“Proses penjurian dilakukan secara terperinci dan tiada unsur pilih kasih. Sekiranya juri mempunyai kepentingan dalam sesebuah kategori, mereka tidak akan dibenarkan duduk di kerusi berkenaan.

“Bagi penilaian kategori utama iaitu Rakaman Lagu Terbaik dan Rakaman Album Terbaik, ia dilaksanakan pada 12 Ogos disusuli penjurian kategori lain yang berlangsung pada 15,16 dan 24 Ogos lalu,” katanya.

Sementara itu, arisan artis yang bakal membuat persembahan serta hos AIM23 akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pihak penganjur.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI