Aiman Tino Ditahan Wad Selepas Alami Kesukaran Bernafas, Ibu; “Pemantauan Akan Dilakukan Bagi…,”

Share

Penyanyi Aiman Tino terpaksa ditahan di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur selepas mengalami kesukaran pernafasan semalam.

Menurut ibunya, Hazelina Mat Jalil, anaknya itu dimasukkan ke hospital selepas mengalami gejala batuk berpanjangan.

“Kami bawa Aiman buat pemeriksaan dan doktor minta masuk ke wad untuk pemeriksaan lanjut.

“Pemantauan juga akan dilakukan bagi memastikan sama ada terdapat jangkitan kuman pada paru-paru,” katanya.

Hazelina pada mada sama menambah, penyanyi Ku Rela Dibenci itu juga dikhuatiri menghidap lelah walaupun dia tidak ada sejarah penyakit berkenaan.

“Saya juga nasihatkan dia kurangkan atau berhenti terus dari isap vape kerana bimbang akan mengganggu kesihatannya.

“Alhamdulillah Aiman dalam keadaan stabil dan perlu berehat serta memakai oksigen bagi stabilkan pernafasan juga,” katanya lagi.

Dia turut emohon doa semua agar mendoakan agar Aiman lekas sembuh dan diberikan kesihatan seperti sedia kala.

“Hati ibu mana yang tidak risau setiap kalo anak-anak sakit. Saya sentiasa anggap anak-anak masih kecil bila mereka sakit.

“Sebab itu saya lebih suka minta mereka segera dapatkan rawatan supaya tahu keadaan dan dipantau doktor,” katanya.

Hazelina sebelum itu berkongsi sekeping foto di media sosialnya yang memamparkan Aiman sedang terbaring di katil dengan memakai topeng oksigen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH