
Bakal melangsungkan perkahwinan, pengacara dan model, Ain Edruce berkongsi beberapa keping foto upacara mandi bunga dan berinai di laman Instagram miliknya.
Serba sederhana namun cukup bermakna apabila diraikan bersama keluarga tercinta.
View this post on InstagramA post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce) on
View this post on InstagramA post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce) on
Di ruang komen, rata-rata netizen memuji kecantikan wanita ini dan memberikan ucapan tahniah.
Ain dan Amirul bertunang pada 22 Jun lalu selepas lebih setahun berkenalan di Instagram.
Pasangan ini bakal disatukan sebagai suami isteri hari ini. Tahniah!
Foto : Instagram Ain Edruce
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pasangan Berjiwa Klasik Terperangkap Dalam Dunia Moden,” – Comel Ucapan ‘Anniversary’ Nad Zainal Pada Suami. Tak Hairanlah…

Pelakon, Nad Zainal semalam berkongsi beberapa foto dengan suaminya, Faliq Amirudin di laman Instagramnya mengundang pertanyaan ramai.
Rupa-rupanya, pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka itu berbuat demikian untuk meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ke-3 dengan suami tercinta.
Di ruangan kapsyen, kelihatan ada beberapa ucapan bersemut terhadap suaminya itu.
“Kita adalah pasangan berjiwa klasik terperangkap dalam dunia moden yang kadang-kadang teringin jadi hype beast.
“Sudah 3 tahun kahwin, selamat ulang tahun buat kita, Alhamdulillah 18.12.2018.
“Kita bercakau macam ghimau itu dah biasa, itulah. Tak tegur makna tak sayang. Banyak kali tegur bernanah telinga weh,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, di ruangan komen kelihatan ramai yang turut mendoakan pasangan itu agar berbahagia selalu.
Pasangan itu bernikah pada 18 Disember 2015 dan mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Fahad Ibrahim pada Oktober 2016.
Foto/Instagram: Nad Zainal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Wow! Miliki Wajah Tak Tumpah Macam Tokti & Mira Filzah, Model Hijabista Ini Curi Perhatian Netizen

Di zaman media sosial ini, kuasa viral dapat menjadikan seseorang itu terkenal dalam sekelip mata tidak kira sama ada perkara tersebut baik atau tidak.
Baru-baru ini, seorang gadis telah tular di media sosial selepas dikatakan memiliki raut wajah persis gabungan selebriti terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Mira Filzah.
Pemilik nama Qasrina Karim, yang juga seorang model muslimah itu mula mendapat perhatian apabila fotonya menggayakan tudung untuk sebuah jenama mula viral di laman Twitter.
View this post on InstagramFace enhanced x100 by @leenzakaria ? (Wearing basic essential by @alhumairacontemporary)
A post shared by Qasrina Karim (@qasqasss) on
View this post on InstagramBeautified by @boscoooooooooooooo ✨? #AlhumairaReputation2018 #SempurnaRaya2018
A post shared by Qasrina Karim (@qasqasss) on
Qasrina, 22, merupakan seorang penuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris.
View this post on InstagramThe face painter lady was going for the Mike Tyson look i suppose ??♀️
A post shared by Qasrina Karim (@qasqasss) on
View this post on Instagram@leenzakaria and her magic hands ????
A post shared by Qasrina Karim (@qasqasss) on
Wah, memang cantik betul Qasrina ni! Pandang berkali-kali pun wajah Mira dan Tokti tetap juga akan kelihatan. Agak-agaknya dah berpunya ke belum ye?
Foto: Instagram Qasrina Karim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terima Kasih 4 Kali Hampir Mati…,” – Ebit Lew Sambut Hari Lahir Isteri, Luah Kesyukuran Dikurniakan Bidadari Dalam Hidup

Pendakwah bebas, Ebit Lew memuat naik rakaman sambutan hari lahir istimewa buat isteri tercinta.
Dia menitipkan rasa syukur atas kurniaan wanita paling sempurna dalam hidupnya.
Malah jelas Ebit, dia kini sentiasa dirahmati atas berkat doa ibu, bapa dan isteri.
Malah pengorbanan isteri bertarung nyawa melahirkan empat zuriat turut diluahkan dalam entri terbaru Instagramnya.
“Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi benar bersyukur pada Allah. Selamat hari lahir bidadariku tercinta. Terima kaseh bidadari abang sebab sentiasa menemani hidup ini dari dulu sehingga hari ini.
“Bahagia bersyukur kerana Allah menemukan kita. Allah yang maha baik yang mengaturkan segalanya.
“Kasih sayang Allah. Doa bidadari ini. Dulu abang sentiasa ada doa mak ayah. Sekarang Allah tambah beri bidadari dalam hidup abang. Masa berlalu. Entah berapa hari yang tinggal.
“Terima kaseh kerana sentiasa bersama abang. Tak pernah meminta apa-apapun. Tak susahkan abang.
“Terima kaseh 4 kali hampir ‘mati’ melahirkan anak kita. 4 kali mati untuk abang. Abang takde korban apapun.
“Terima kaseh Allah atas semua nikmat dalam hidup ini. Syukur Allah hadiahkan bidadari disisi menemani perjuangan ini. Rindu dapat berjuang di jalan Allah.
“Membantu orang miskin dan anak yatim. Dirimu segalanya dalam hidup ku. Isteriku Bidadari. Hidup didunia saat rasa penat,pedih sakit,Allah beri dirimu bidadariku penyejuk mata, jiwa dan hidup ini.
“Terima kaseh sayang bidadariku. Selamat hari lahir 17 Jun. Allah beri bidadari abang sentiasa cantik menawan lawa baik solehah takwa paling indah dalam hidup ini-ebitlew,” luahnya.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Foto : Instagram Ebit Lew
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI