
Pengacara dan pelawak, Ain Sufia atau sinonim dengan panggilan Ain Awok ada berkongsi berita gembira bersama peminat di akaun Instagram miliknya.
Kongsi Ain atau nama sebenarnya Nurul Ain Othman, bintang memaklumkan dia telah selamat melahirkan anak pertamanya, petang semalam.
“Alhamdulillah… selamat mader melahirkan seorang puteri #babyindah ditemani pader @matnor_forza.
“Dilahirkan pada : Rabu, 30.10.2019 | Jam 1.29pm | Berat baby 3.62kg .
“Maaf byk msg, text, dm saya tak dapat nak reply drpd semalam. Mader tak larat.
“Terima kasih yang mendoakan, yg bagi ucapan, bg semangat Sekarang, #misinakkurus
View this post on InstagramA post shared by Ain AWOK (@ainsufiaa) on
Dalam pada itu, peminat turut menitipkan ucapa tahniah kepada Ain dan suami.
Untuk rekod, Ain telah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Nor Ab Mutalib, 33 pada 1 Februari yang lalu.
Ain, sebelum merupakan anggota kumpulan Awok dan menyertai program komedi terbitan Astro, Skool of Lawak pada 2014 serta Projek Komedi Warna setahun selepas itu. Tahniah!
Foto : Instagram Ain Sufia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebagai Anak Sulung, Saya Tak Boleh Kompromi Hal Nyawa,” – Ujian Azharina Sebelum Konsert Di Australia, Bapa Kena Serangan Jantung

Penyanyi Azharina Azhar yang bakal mengadakan konsert konsertnya, Live In Melbourne, Azharina Azhar pada 28 Mei ini mengakui pada awalnya dia pernah berhasrat untuk membatalkan persembahan.
Perkara itu susulan bapa yang telah diserang sakit jantung kritikal hujung April lalu.
Hati penyanyi Elegi Sepi itu jadi berbelah bahagi hingga memaksa dirinya menunda tarikh asal persembahan yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 7 Mei lalu.
Dia bagaimanapun bersyukur kerana selepas berbincang dengan penganjur konsert termasuk pihak pengurusannya, Currizy Popz di sana, 28 Mei diputuskan sebagai tarikh baharu.
“Saya sepatutnya terbang ke Melbourne pada 30 April. Tapi hati jadi tak senang dan gundah dengan keadaan kesihatan bapa. Tambah pula dia dimasukkan Pusat Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Sabah. Dia juga melakukan pembedahan jantung.
“Sebagai anak sulung, saya tak boleh berkompromi hal nyawa. Dia satu-satunya bapa saya dan memang tiada galang ganti. Soal konsert atau apa saja boleh difikir kemudian. Malah saya pernah terlintas nak batalkan saja konsert mini itu.
“Tapi saya tidak boleh mementingkan diri. Justeru, saya memohon pertimbangan penganjur dan syarikat pengurusan untuk menunda tarikh konsert mini itu. Mujur mereka memahami dan akhirnya saya terbang ke Melbourne 19 Mei lalu,” katanya.
Juara Bintang RTM 2001 itu pada masa sama akui, hasratnya untuk melawat bapa di Sabah tidak kesampaian.
“Dijadikan cerita, tiket penerbangan semua habis. Syukur keadaan bapa semakin okey. Ibu tiri yang banyak mengemas kini keadaanya kepada saya. Bapa pun tak mahu susahkan saya balik bertemunya.
“Malah bapa suruh saya fokus kepada anak dan persiapan konsert yang ditunda itu,” katanya lagi yang kini sibuk mempromosikan konsert mininya itu yang akan berlangsung di 333 Swanston Street Melbourne City Conference Centre.
Azharina juga memaklumkan, dia turut menerima jemputan persembahan di lokasi sekitar.
“Sejak sampai di Melbourne, jadual saya memang ketat. Ada majlis tertutup seperti makan malam dengan klien kena dihadiri. Malah ada promosi dan majlis impromptu yang saya kena hadiri membabitkan komuniti Asia di sini.
“Termasuklah promosi di stesen radio dan penerbitan akhbar di sana. Saya ke sana pun umpama strategi serampang dua mata. Selain tumpuan untuk konsert mini, saya juga mahu melebarkan saya perniagaan yang boleh diteroka.
“Ada juga majlis raya yang hanya menuntut kehadiran saya semata-mata dengan bayaran istimewa. Tak ketinggalan ‘busking’ impromptu dengan ‘Bob Marley King’ di Camberwell, Victoria. Pendek kata mereka sangat menyokong saya,” katanya.
Berkongsi lanjut, Azharina memberitahu setakat ini tiket konsert itu sudah 85 peratus terjual.
“Saya bangga menjayakan konsert mini ini kerana penganjurnya orang Melayu yang bawa artis pertama dari Malaysia membuat persembahan di Melbourne. Kebetulan saya mengenali mereka.
“Memang ada yang cakap kenapa artis suam-suam kuku macam saya. Kenapa bukan artis gred A lain dari Malaysia? Kebetulan, rezeki itu dapat kepada saya.
“Yang beli tiket persembahan saya kebanyakan orang Borneo dari Asia yang sangat menyokong. Malah mengejutkan saya diberitahu ada orang Indonesia, Singapura dan mat salih pun membeli tiket,” katanya.
Azharina dijangka menyanyikan enam ke lapan buah lagu pada persembahan berkenaan yang akan berlangsung dua jam bermula 3.30 petang waktu tempatan.
“Antara lagu wajib tentunya Elegi Sepi, Rawan, Seandainya dan lain-lain. Saya hanya akan menyarung sepasang saja persalinan rekaan Zamzuri Ali.
“Saya ke sana sendirian. Tapi setibanya di sana ada tujuh ‘entourage’ yang setia menemani saya termasuklah jurusolek,” katanya yang akan pulang ke ibu kota pada 4 Jun depan.
Sekembalinya di Malaysia dia akan sibuk pula dengan konsert keduanya tahun ini di Melaka dijangka berlangsung Julai depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nak Tarik ‘Hand Break’ Atau…,” – Masih Digelar ‘Imam Muda’ Meski Usia Nak Masuk 40, Ustaz Asyraf Terfikir Nak Tukar Nama?

Pengacara dan pendakwah selebriti, Imam Muda Asyraf mendedahkan dia sebenarnya sudah mula terfikir untuk tidak lagi menggunakan gelaran ‘Imam Muda’ memandangkan usianya kini sudah hampir menjangkau 40 tahun.
Menurut Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, meskipun nama tersebut sudah sinonim dengan dirinya, namun, dia mahu memberi laluan buat generasi-generasi baru untuk meneruskan tanggungjawab tersebut.
“Ini yang saya nak ceritakan, daripada tahun 2010 sampai 2022 orang panggil saya Imam Muda. Dah 12 tahun dah. Daripada Imam yang muda sampaikan dah tua. Ada juga yang tanya sampai bila nak guna gelaran itu?
“Nak tarik ‘hand break’ atau letak jawatan macam poyo pula. Ini bukan jawatan yang diberikan oleh Sultan atau universiti.
“Tetapi bila difikirkan semula, ramai lagi pewaris dari kalangan anak-anak muda, maka saya fikir perlu untuk saya menghulangkan gelaran yang dah tak sesuai untuk saya,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh juara program Imam Muda musim pertama itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Asyraf juga sempat berseloroh mengenai nama baharu yang mungkin akan diguna pakai olehnya selepas ini.
“Dah tua dah dan anak pun dah tiga orang dah. Umur juga nak masuk 40 tahun dah. InsyaAllah mungkin lepas ni akan tukar gelaran lain seperti Asyraf Official, Asyraf Tiger, Asyraf Dragon atau apa-apa sahajalah.
“Walaupun dah melekat dan nak ubah pun susah sebab orang yang bertahun panggil sebegitu, tapi rasanya kurang sesuai dah.
“Semoga Allah berikan kebaikkan dan sejarah ini tetap terpahat di hati saya sampai bila-bila,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, Asyraf memaklumkan dirinya tidak kisah mengenai panggilan tersebut asalkan ia disertakan dengan doa yang baik-baik.
“Saya ‘OK’ saja hendak dipanggil apa. Imam Muda ka Imam Tua ka, Ustaz ka, Bro ka, Acab ka, Imam saja ka, Pakcik Asyraf ka, Encik Asy ka. Tak kesah.
“Asalkan panggilan itu sesuai dengan iringan doa yang baik,” akhirinya.
Sekadar informasi, Asyraf telah dinobatkan selaku juara bagi program Imam Muda musim pertama pada tahun 2010.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Imam Muda Asyraf
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Orang Hadiahkan Doa Terasa Bagai Mendapat Wang Jutaan,” – Kaabah Seakan Memanggil, Nourul Tanam Hasrat

Menerusi posting terbaharu, Nourul Depp berkongsi hadiah bermakna yang dikirimkan sahabat sewaktu di Tanah Suci Mekah.
Menurutnya, melihatkan foto wajahnya bersama suami dirakamkan di depan kaabah bagaikan memanggil-manggil untuk turut sama mengerjakan ibadah.
“Ya Allah bergenang air mata petang2 ni. Memang bila kita dah pernha ke Mekah, bila nampak kaabah memang terasa sangat2 memanggil. InsyaaAllah satu hari nanti saya dan husband nak ke sana juga sekeluarga insyaallah.
“Ini kali ketiga dalam 6 bulan ini mereka yang dekat dengan saya mendoakan saya dan suami di depan kaabah . Terima kasih wahai hambaNya yang baik hati @zulmohd_fitonline yang selalu saya kaguni kebaikan hatinya. Yang berusaha sekerasnya untuk maju di dalam apa yang diusahakannya. Semoga jojo juga mendapat apa yang diimpi dan di doakan. Terima kasih kerana ingat pada kami apabila jojo berada di depan kebesaran Allah.
“Terima kasih juga kepada @shasaad550 dan juga puan Nor (kes lupa nama ig padahal follow) yang juga mendoakan kami semasa mereka di tanah suci. .
“Semoga kalian sentiasa di dalam redha Allah. berjaya di dunia dan di akhirat.”
Tiada apa yang lebih bermakna apabila didoakan sahabat, lebih-lebih lagi di Tanah Haram. Kata penyanyi jelita ini, ianya tidak mampu ditandingi wang ringgit.
“Bila orang hadihakn doa terasa bagai mendapat wang jutaan atau hadiah yang sangat sangat berharga. Tak boleh dibanding dengan wang ringgit sebenarnya.
“Terima kasih terima kasih Ya Allah kerna menghantar mereka yang baik2 untuk berada di sekeliling aku.”
View this post on InstagramA post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
Terharu dengan tindakan sahabat penyanyi ini, ulas netizen, sahabat di sekeliling adalah cerminan diri kita.
Foto – Instagram Nourul Depp
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI