Aina Abdul Bakal Sepentas Duet Dengan Jac, Kongsi Foto 7 Tahun dulu; “Sangat Teruja & Gemuruh.”

Share

Penyanyi Aina Abdul meluahkan keterujaannya apabila berpeluang berkongsi pentas dengan idolanya, penyanyi Jaclyn Victor.

Berkongsikan perkara itu di laman Instagram, Aina berkata meski gembira namun timbul juga kerisauan dan perasaan gemuruh untuk membuat persembahan duet pada konsert Gegar Vaganza 9 (GV9) minggu kelima, malam ini.

“Saya sangat teruja dan juga gemuruh. Percaturan Tuhan adalah sesuatu yang cantik dan menakjubkan.

“Ingat lagi ketika tahun 2015, saya menonton Kak Jac membuat persembahan di Rumah Terbuka PM (Perdana Menteri), saya sangat terpesona dan jatuh cinta dengan nyanyiannya.

“Dan sekarang di tahun 2022, kami berpeluang berkongsi pentas dan berduet bersama, ia perkara gila!

“Doakan kami, terima kasih Kak Jac dan Kak Zalique untuk peluang ini,” tulis Aina di ruangan kapsyen.

Menerusi entri itu juga, Aina turut mengepilkan gambar selfie dia bersama Jaclyn pada tujuh tahun lalu.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, Jaclyn turut menitipkan kata-kata buat Aina yang bakal bergandingan dengannya.

“Saya juga teruja dan sangat takut dalam masa yang sama tapi saya sangat bersyukur ada kamu di samping nanti ketika buat persembahan.

“Masa tahun 2015 tu saya masih mengandungkan Jonah (anak sulung Jac), lagi sebulan nak bersalin.

“Much love and respect to you adikku Aina Abdul,” tulis Jaclyn.

Jac dan Aina akan berduet lagu Cinta nyanyian asal Marsha Milan pada minggu kelima GV9 malam ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Instagram Aina Abdul

Published by
Juliana Johar