Penyanyi dan komposer terkenal, Aina Abdul mengakui dia berhabis ratusan ribu demi memberikan yang terbaik terhadap album sulungnya, Imaji yang dilancarkan pada Rabu.

Menurut Aina, meski ada kos yang mampu dikurangkan, namun Imaji perlu dilakukan dengan capaian kualiti terbaik susulan kejayaan beberapa buah lagu yang pernah dihasilkan sebelum ini.

“Bagi saya sekiranya ditanya mana-mana penyanyi pun, memang modal untuk hasilkan album penuh dalam ratus ribu ringgit.

“Malah untuk saya yang pertama kali, kita tak arif sangat mengenai sejauh mana kos yang dikira normal dalam sesebuah penghasilan album.

“Cuma saya bernasib baik boleh kurangkan sikit kos mungkin kerana kebanyakan lagu saya hasilkan sendiri.

“Namun walaupun ada ‘cut cost’ tapi saya cuba yang terbaik untuk capai standard terbaik memandangkan peminat saya ada juga yang mahir dalam bidang muzik.

“Malah ada lagu saya sebelum ini yang sudah diiktiraf. Jadi kalau bukan semua, sekurang-kurangnya kena ada tiga atau empat buah lagu yang kuat untuk dipertandingkan.

Ads

“Anggaran sekitar RM300,000, tapi kita bayar secara ansuranlah. Kos tersebut merangkumi album fizikal, penggambaran, muzik video, proses rakaman dan sebagainya,” katanya kepada MH.

Aina berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pra-Dengar & Pelancaran Imaji Aina Abdul di Hulu Langat, Selangor, pada Selasa.

Aina Abdul Berani Labur Modal RM300,000 Buat Album – “Saya Banyak Berdepan Laluan Sukar Sepanjang 9 Tahun…” Aina Abdul Berani Labur Modal RM300,000 Buat Album – “Saya Banyak Berdepan Laluan Sukar Sepanjang 9 Tahun…” Aina Abdul Berani Labur Modal RM300,000 Buat Album – “Saya Banyak Berdepan Laluan Sukar Sepanjang 9 Tahun…” Aina Abdul Berani Labur Modal RM300,000 Buat Album – “Saya Banyak Berdepan Laluan Sukar Sepanjang 9 Tahun…”Aina Abdul Berani Labur Modal RM300,000 Buat Album – “Saya Banyak Berdepan Laluan Sukar Sepanjang 9 Tahun…”Aina Abdul Berani Labur Modal RM300,000 Buat Album – “Saya Banyak Berdepan Laluan Sukar Sepanjang 9 Tahun…”

Dalam bidang penulisan puisi, Imaji bermaksud susunan kata yang dapat memberi gambaran seolah-olah efek khayalan sehingga pembaca mampu untuk turut sama merasa, melihat dan mendengar emosi sebenar yang ingin diungkapkan penulis.

Ads

Oleh itu, ia sebagai simbolik kepada keseluruhan tema penceritaan untuk menteriemahkan seribu satu rasa bagi kesemua lagu yang dimuatkan dalam album ini.

“Alhamdulillah, syukur kerana akhirnya saya berjaya merealisasikan impian sekian lama terpendam untuk memiliki album penuh yang dinspirasikan daripada perialanan hidup sendiri.

“Setiap lagu yang dihasilkan adalah intepretasi saya terhadap emosi diri yang sarat termasuklah rasa marah, sedih, kecewa, diabaikan, dicintai, dihargai dan sebagainya

Ads

“Imaji juga adalah hadiah hari jadi paling bermakna dalam diri saya sebagai penyanyi. Proses penghasilan album ini juga bukan mudah.

“Di sebalik kecemerlangan yang beriaya dilakar, saya banyak berdepan laluan sukar sepanjang 9 tahun perjuangan untuk mengukir nama sebagai ‘Aina Abdul’.

“Jika disorot kembali, pelbagai ranjau dan duri, kritikan dan pujian yang saya terima. Saya bersyukur dengan pengalaman tersebut kerana ia bukan sahaja mematangkan.

“Malah turut memberi kekuatan kepada diri saya untuk bekeria keras dan terus berkarya secara jujur bagi meletakkan bakat yang dianugerahkan kepada saya di tempat yang betul,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

@mediahiburanofficial Di Big Stage sebelum ini, Ramli MS (juri jemputan) ketika itu pernah nyatakan artis yang anjurkan konsert lebih baik mempunyai album terlebih dulu. Aina terkesan & ambilnya secara positif. #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI